:: Bidadari Hidupku ::


.



perasaan lahir dari sebuah pertemuan
berputik rindu dihati yg amat mendlm
mekar menyinar seluruh alam kehidupan
segar sentiasa ia dalam ingatan

cinta yg kulafaz bukanlah cinta gurauan
kasih yg kudamba bukanlah kasih igauan
seikhlas hati kusemaikan benih kasih syg
moga kekal bersinar dlm keredhaan

kau umpama mutiara di tgh lautan
bak bidadari yg menghiasi hidupku
bersama kasih sygmu

hadirlah kasihmu sentiasa dlm hidupku
mekar bersama ikatan penuh keikhlasan
moga harumannya kan kekal bersama keimanan
menyegari ruangan hati kesyahduan

kudambakan padamu sebuah kasih dan syg
yang lahir dr hati yg penuh ketulusan
doaku agar tuhan memberkati cinta kita
disinari kehidupan dgn rahmatnya

isteriku...engkaulah bidadariku
hadirlah bersama ku disetiap waktu
kujanjikan setiaku hanya utkmu
dan kasihku hanya padamu
oh isteriku....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails