Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ...


.



Marilah sama-sama kita merenenungi khutbah baginda yang sangat bermakna buat kita semua dan ia sudah cukup untuk menjelaskan tentang kelebihan Ramadhan, ia berbunyi:

““Wahai manusia ! Sudah datang kepadamu bulan yang penuh barakah, di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan dan Allah s.w.t mewajibkan puasa didalamnya, bengun dimalam harinya merupakan sunnah. Barang siapa menghampirkan dirinya kepada Allah dengan melaksaksanakan amal kebajikan, samalah dengan mengerjakan yang wajib (fardhu), pahalanya seperti tujuh puluh yang wajib di bulan lain.


Ramadhan merupakan bulan kesabaran, sementara ganjaran atas kesabaran tersebut adalah syurga. Ramadhan juga merupakan bulan pertolongan dan bertambahnya rezeki. Sesiapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, akan memperolehi keampunan atas segala dosanya, juga berupa pembebasan dari api neraka.

Para sahabat kemudiannya bertanya Rasulullah. “Ya Rasullullah, tidak semuanya kami mampu berbuat demikian.” Dengan tegas Rasullullah menjawab: “Ketahuilah bahawa Allah s.w.t akan mengurniakan pahala kepada orang yang memberi makanan puasa walaupun dengan sebiji kurma atau seteguk air ataupun sedikit susu.”

Permulaan Ramadhan adalah rahmat (kasih sayang), pertengahannya merupakan pengampunan dosa, sementara di akhir atau penghujungnya merupakan pembebasan dari api neraka. Siapa yang meringankan pesuruhnya dari tugas, Allah akan mengampuni dan memebebaskannya dari api neraka.

Kemudian perhatikanlah empat hal ini iaitu dua hal untuk keredhoan Tuhanmu dan dua hal lagi adalah untuk keperluanmu. dua untuk Allah adalah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan memperbanyakkan minta ampun kepada Tuhanmu. Untuk keperluanmu sendiri pula adalah mengharapkan syurga dari Allah dan berlindung kepadaNya dari siksa api neraka.

Barangsiapa yang memberi minuman (berbuka) kepada orang yang berpuasa, Allah akan memberinya minuman dari telaga (kausar) yang mana sekali sahaja minum tidak akan haus selamanya sampai ia masuk syurga dengan selamat.”” (Riwayat Ibnu Khuzaimah dari Salman al-Farisi)

Nabi s.a.w bersabda:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Selamat datanglah kepadanya. Bulan puasa datang dengan berbagai barkah. Alangkah mulianya tamu yang datang itu” (Riwayat at-Tabrani)

pengertian puasa

Ps : Selamat menyambut bulan ramadhan dr Haziq, Faris , iurf... ;)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails