Yang berlalu biarlah berlalu..


.

Salam Ramadhan... Mohon Maaf Zahir & Batin..

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. Kerana bagaiamanapun, berbagai peristiwa itu hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tiada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk di masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharap matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu ke payudara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

Dengan kembali ke masa lalu, bermakna anda akan merasai kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan mensia-siakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah S.W.T telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka buat :

"Itulah umat yang telah lalu...." (Al Baqarah:134)

Semuanya telah berlalu dan tidak pernah berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana masa itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubahnya seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh prang yang menangisi masa lalu : "Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya".

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa ada segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai : "Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu?" Keldai itu menjawab : "Kerana aku tidak suka kebohongan".

Bencana akan menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita mensia-siakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semua itu mustahil.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan; air akan menglir ke depan; setiap kafilah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

Yang Berlalu, Biarlah Berlalu (dipetik dari buku LA TAHZAN karangan Dr, Aidh bin Abdullah Al-Qarni)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails