Archive for October 2007
pengorbanan
.
Category artikel


kehidupan..
.
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...
Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan
thanx zura ;)
Category artikel, video / mp3


Terima Kasih atas perhatian & kasih sayang
.
sakit kepala tahap atuk gaban..
x tau kenaper..
tapi...
..........................
takperlah..
utamakanlah yang utama..
Allah knows...
Category moody


10 wasiat al -quran
.
Wasiat tersebut diabadikan oleh Allah menerusi ayat 151-153 daripada surah al-AnĂ¢€™am yang boleh diklasifikasikan urutan tegahan Allah yang perlu diambil kira sebagi berikut:
1) Larangan Allah daripada melakukan syirik terhadap-Nya.
2) Larangan daripada berlaku tidak baik terhadap kedua ibu bapa.
3) Larangan daripada membunuh anak kerana takut menjadi miskin.
4) Keyakinan terhadap Allah yang memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya.
5) Larangan daripada mendekati perkara-perkara yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi.
6) Larangan berbunuhan sesama manusia.
7) Larangan daripada memakan harta anak yatim.
8) Perintah berlaku adil dalam timbangan dan segenap tuntutan hidup.
9) Perintah Allah untuk mengikuti jalan yang lurus iaitu Islam.
10) Larangan daripada terikat dengan pegangan ciptaan manusia yang tergelincir daripada kebenaran Islam./tajdiddipetik dr harakahdaily
Category artikel


Beraya di Frankfurt, Germany - Raya kedua..
.
dpt jemputan raya drp konsulat jeneral malaysia di frankfurt, Germany...
naik train kul 850pg.. sesudah subuh.. sampai ke frankfurt jam 1130 pg lebih kurang..
duk dlm train hampir 3 jam sgt memenatkan.. tp seronok sbb nk jalan2 di frankfurt utk pertama kalinyer...
jamuan makan tu kul 3 ptg.. so adelah skit masa sebelum tu jalan bandar frankfurt. smpt berkelah kjap kat tepi sungai frankfurt.. wpun sejuk.. sbb autumn pon nak abis da... makan nasi impit ngan lode ngan sambal kak yam.. memang besh... time manyak makanan x tau mana satu yang besh..ehehehe...
secara keseluruhannya.. seronok makan2 bersama org penting mesia kt german ni..wpun formal.. tp sbb bwk kekanak ni.. memacam gaya ader... tp x la susah sgt pon.. ok jer...
mekasih kpd pihak yg menjemput dan kpd pemandu pelancong juga kpd penunjuk jalan.. ;)
Category travel


1st Time beraya di perantauan...
.
pertama kali beraya di perantauan x tau rasa camne .. sedey sbb x dpt bersama mak ayah & family di kampung.. tp kengkawan jugak jd penghibur duka..membz kan diri so x byk sgt teringat hal kat kg.. kalu sorg2 maunye tak meraung di buatnyer.. apepun ni pengalaman dan ujian drp yang kuasa...menu2 nye...
satayy.. gotng royong di monitor oleh pak godi bersama pak hamka..
kuah lode.. oleh pak hamka.
rendang daging & rendang ale2 (sejenis siput)& pulut.. farah & fariz
kari kambing & nasi &sayur &chesse oreo kek oleh kak azma ngan family..
sambal ikan bilis oleh kak yam
lemang by farr
kek coklat 2 biji by kak dora
kuah kacang& kueh cornflakes & air siraporen by dill
dadih by fadil
nasi impit & sup tulang ayam by iurf
terima kasih atas sumbangan kue raya.. farr ,hamka dan kak azma ;)
juga terima kasih kpd tetamu yang memeriahkan majlis sambutan raya ini..
mohon maaf atas cacat cela & kekurangan di sepanjang berada di rumah ini... hehehe
jumpa lagi.. salam :)

Category travel


Sejarah Baru Malaysia..
.
Tahniah Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Malaysia kerana telah berjaya dalam pelancaran kapal angkasa Soyuz TMA-11 pada tepat pukul 9.23 waktu malaysia (10 oktober 2007, jam 7.23 mlm, waktu Baikaonur Cosmodrome). Pelancaran roket Soyuz TMA-11 ke orbit berjalan lancar dan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke orbit.
Mereka akan mengambil masa lebih kurang 2 hari di orbit sebelum tiba di ISS. Masa 2 hari di ambil untuk “catchup” kapal ISS yang juga bergerak mengelilingi bumi. Tahniah Malaysia..tahniah buat semua yang terlibat…agaknye berape kos yg terlibat dlm program ni ye..? hehe..
sumber asal drp gcloud
Category isu semasa


Mahmoud Ahmadinejad - Iran President @ Columbia University
.
in a debate with americans students in Columbia univ :: You know quite well that Palestine is an old wound, as old as 60 years. For 60 years, these people are displaced; for 60 years, these people are being killed; for 60 years, on a daily basis, there's conflict and terror; for 60 years, innocent women and children are destroyed and killed by helicopters and airplanes that break the house over their heads; for 60 years, children in kindergartens in schools, in high schools are in prison being tortured; for 60 years, security in the Middle East has been in danger, for 60 years...
part 2 of 4
part 3 of 4
part 4 of 4
Category artikel, video / mp3


Sure u can!
.
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”
Sure you can..!!
Category video / mp3


Suasana Hari Raya..
.
* liriks *
Hai selamat hari raya
Kami semua ucapkan
Menikmati hidangan
Yang kami sediakan
Sila jamu selera
Dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah segan
( korus 1 )
Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuihku
Pilihlah yang mana satu
( korus 2 )
Hai... di hari begini
Kita menjamu selera
Kita bermaaf-maafan
Di suasana hari raya
Category video / mp3


Aktiviti di pagi raya aidifitri..
.
Daripada hadis sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.
Aktiviti pagi raya
1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.
2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.
3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.
4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.
Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.) - mks.
dipetik dr harakahdaily.net
Category artikel


Muhasabah diri...
.
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Lailatul Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."
Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: ucapkanlah:Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."
Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.(Hadis riwayat Muslim )
Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.(Surah al-Qadr, ayat 1-5).
mampukah kita mencapai malam lailatul Qadar?...
Category artikel


berbuka bersama untuk kali terakhir... agaknye..hehe
.
untuk kesekian kalinye, warga saar berbuka bersama2..
tiada yg plg special selain dpt makan makanan yang sedap2 & berkhasiat...
hasil drp ketabahan dan usaha gigih ketua chef arini.. warga saar dpt makan mee sup..
wpun pd mulanya da buat pon menu cadangan sebelum tu mee bandung..
tp atas kesilapan teknikal yang x dpt di elakkan .. tetiba menu bertukar serta merta..
da nak siap pon mee bandung tu... tp.. Allah lebih meyayanginya... kuah mee bandung terpaksa dikuburkan di sinki dapur rumah ... sabar aje lah pak hamka!!!...
dibantu oleh pemotong bawang terhormat arief dan ayu... heheheh...
beehon goreng yang sgt menarik.. ( sbb de udang besar2... ayam lg..sayur2 bermacam kaler...fuhhhh... nyummmyyy) dr farr dan fatah...
bergedil yang 70% daging.. emmm sedappppp! oleh kak yam...
popia daging dibawakan khas oleh dill...
pembawa air minuman ...godi..
sambal kicap tu kak do bawak ek...ke..
kami sediakan kek pisang ngan kek coklat yang x berapa menjadi... ;(
di bantu dgn quark buah2... sbb mudah je nk wat..hihi
oh ye pisang goreng ranggup...pon adaaa....
mekasih yang sudi dtg makan!
Category event


Ya Allah jagalah Iman ku..
.
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”
Category video / mp3


Autunm in my heart..
.
ingat kat luar tu je autumn..rupernye dlm hati ni pon autumn gak... ;(..
sedey nye.. bebaru ni mak n adik kat kg ade pos brg utk raye ni. then arini adik gtau time barang tu nak bawak naik fight takleh bwk sbb makanan x dibenarkan .. apela.. geramnyaaa.... apsal makanan x leh nak hanta plak.. ni yg rasa nk tunjuk perasaan nihh!!!.. x-(... sedeynye hati ni..
b4 ni punya la seronok sbb raye ni leh la makan kue raye ngan sambal tempe yang mak masak... tapi hatiku hancur berkecai... siape lah yang tau.. yg paling sedey tu.. adik ckp.. mak pon sedey n nagis sbb x dpt nk hantar makanan yg mak masak sendiri utk anak dia yang kat perantauan ni... sayunye....aaa... sedeyyyyyyyyyyyyyyyyyyy ;(
hari ini hari yang sgt sedih!!!!!
tade mood... ;(
Category moody, video / mp3


Iftar + Besday girl..
.
1 oktober 2007
iftar kali ni special skit sbb ketua bandar terhormat kita ie faradilla hanim khudri wat makan2 semperna menyambut kedatangan kawannye drp Hannover..ie Su.. pastu extra best sbb hari ni gak besday dill.. " Hepi Besday Dill " di doakan semoga panjang umur dan selalu murah rezeki..
menu yang ada rini..
laksa penang + nasi goreng belacan (ala2 nasi goreng kampung + udang + papadam)
by ketua chef.. dill hanim.. hehe
special brownies made by achik farr utk dill & pakwe2 dill.. ;p
cekodok + kue seri muka.. dill gak wat..
aiskrim by qunud + budin (dtg dr jauh tu.. thanx !!!)
actually masak sesama reramai..cam ala2 kenduri gitu2..
meriahnye lelagi ade la org tu da stat nyanyi lagu raye.. ;p.. tak sabo nk rayaa..hehehe..
terima kasih kpd yang sudi menghadirkan diri...
sesekali leh la dgr lagu raya b4 raya ni..
Category event, video / mp3


Selamat Tinggal Teman
.
Mengharungi suka duka
Sekian lama kita hidup
Bagai sekeluarga
Walaupun redha hati ku
Akan tetap terluka
Di hari perpisahan kita
Tangis dalam hiba
Selamat tinggal teman-teman
Berakhirlah perjuangan
Selamat tinggal semua
Kau tak akan daku lupa
Selamat tinggal teman-teman
Kita kini di persimpangan
Moga satu hari nanti
Ditakdirkan bertemu
Kembali
Abadikanlah segala
Kenangan
Ingatlah daku
Di dalam setiap doa
Dan aku sedari kini
Mimpi kita berbeza
Bebas pergi dan terbang tinggi
Kau tetap di hati...
Selamat tinggal teman-teman
Berakhirlah perjuangan
Selamat tinggal semua
Kau tak akan daku lupa
Selamat tinggal teman-teman
Kita kini di persimpangan
Moga satu hari nanti
Ditakdirkan bertemu
Kembali
Tuk' kali terakhir
Dakaplah diriku ini
Biarlah kita tangis kan
Segala memori
Memori...
Category video / mp3


sahabatku..
.
SAHABAT saya buah hati saya,
Mesra Kami penawar duka.
Rindu kami menambahkan cintaMU,
Rajuk kami membuah ceria,
Silaturrahim kami UKHHWAH FILLAH,
Bermusuhnya kami Nauzubillah,
Berpisah mati innalillah.
Pengubat hati Doa Rabitah.
Ya ALLAH RAHMATIlah Kami meniti usia.
Terpisah kami di alam nyata temukan semula di TAMAN SYURGAMU..
amiin ya rab.
di petik dr emel rakan..
Category artikel, video / mp3

