Archive for February 2008

Pau Kukus Inti Kacang Merah


.

Pau kukus.. 1st time buat..kat kampung tak pernah terfikir nak buat..tau makan je, dekat sini teringin makan.. terpaksa la buat dalam rela..hehe.. :) besh... time buat nie..berdebar-debar jantungku sebab takut tak jadi..nampak sangat cuaknye..hehehe , lepas kukus tengok lawa je dia mengembang..alhamdulillah..jadi akhirnya..


* nie haziq yang buat.. cantik tak?? ehehe.. kite bagi dia sikit tepung,
nak sangat try bila tengok mama dia duk hempas pulas uli tepung, faris pun de buat gak..
tapi belum sempat jadi lagi dia dah ngappp dlm mulut dia..
belum masak pulak tu..ish ish ishhh....


p/s : thanx buat kak jo atas tunjuk ajar & nasehat..:)

ramuan :: add on 3 march 08

tepung gandum 1000gr
Yis segera mauripan 11gr(sebungkus)
Gula 200gr(1 cwn)
minyak jagung 100gr(1/2 cwn)
Air 460gr (2 1/2cwn)

catitan : jumlah air digunakan bergantung mutu tepung ..

caranya :

Gaulkan tepung & yis segera dan larutkan gula dlm air.
Gaulkan semua ramuan di dalam mangkuk adunan. uli adunan tersebut dgn tangan selama 10 hingga 15 minit atau sehingga adunan menjadi licin dan kenyal
3.timbang adunan tersebut 60gm (2 oz) setiap satu.buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 10 minit.
4.Canaikan adunan dan isikan dgn inti
5.tutup inti dgn mencantumkan hujung adunan tadi mengkut bentuk yang disukai.letakkan setiap adunan tadi ke atas sekeping kertas kalis gris 4 segi.
6. biarkan adunan pau selama kira2 35 minit.
7. letakkan semua kepingan adunan tadi dalam pengukus & kukuslah selama 10 minit pd suhu tinggi.

Lengkong & Bubur Cacha ..cha cha cha..!!


.

* Resipi fr kak kin.. - sedap.. thanx kak kin..

* lengkong bahasa jawa, kalau in malay dipanggil puding agaknye..,
biasa kenduri kawin org2 jawa buat benda nie..simple sangat2.. just masak air,masuk agar - agar ,masuk gula secukupnya & letak syrup merah.. kacau2..tunggu semua larut..
kalau bahan tak larut jadi putih2 cam kat atas bear nie bila dia sejuk..

p/s : pengajaran..
lenkali masak biar lama sikit.. tak sabo nak tengok hasil ehee..

last time i buat sendiri benda nie masa darjah enam agaknye..
ade jamuan kelas..
tu pun dimonitor oleh bonda ku yang tersayang.. hohoho...

Daging Masak Kicap


.


simpe aje nak wat benda nie..
daging 500gr tlh dihiris nipis
- tumis bwg besar (satu labu bwg) + bwg putih (3 biji) + halia 2inch2x,
yg telah dihiris
- masukkan bunga lawang 3 bj,buah pelaga 3 bj,kayu manis sbtg 3 inch
-sos tiram 2 sudu,& kicap manis 4 sudu
garam & gula secukup rasa..

tambah lada putih & black paper..sedap gak..

cuba lah.. :)

Award from kak e


.

* Terima Kasih wat kak e, orang bagi kiter amik lah..ehehe.. nak serahkan juga kpd Kak Ummu Wafi, Kak Kin, kak Sid, mamasya & Ina..gantung ye kat rumah... ;c)

Tomyam


.

* Masak tomyam bile da xder idea nak masak per.. yummy!!

Masjid pertama di Tokushima Japan


.

Masjid pertama di Tokushima Japan

Assalamualaikum wbt,

Kepada rakan-rakan sekalian,

Umat Islam di Tokushima, di bawah Tokushima Muslim Assosiation, tidak kira yang bekerja, mahupun seorang pelajar, sedang giat menjalankan kutipan derma bagi mendirikan masjid yang pertama di Tokushima.

Sekiranya anda ingin memasukkan terus ke akaun bank Tokushima, maklumat
adalah seperti di bawah.

Bank Information
Name: Tokushima Bank
Branch No.:042
Account no: 6488171
Holder: OBARI ABDUL KADER

Akan tetapi, saya ingin memberikan alternatif lain iaitu dgn memasukkan ke akaun saya di CIMB dengan sasaran derma yang agak terhad iaitu sehingga RM 10,000 sahaja. Saya akan tukarkan wang derma anda kepada yen jepun.

Maklumat adalah seperti di bawah:

Nama : SITI RAHAH BINTI MOHD NORIN
No Akaun : 01180066268525
No IC : 801003-14-5302

Setelah anda bank-in, sila emailkan kepada saya maklumat berkenaan akaun
anda agar saya boleh mengira derma yang telah dapat dikumpulkan sebelum
ianya mencecah RM 10,000.

Email : snoopy_weepy@yahoo.com

Derma di buka sehingga 15 Mac 2008

Uthman (RA) reports that the prophet (SAW) said:
"Whoever builds for Allah a Masjid, seeking by it Allah's grace ,Allah will build for him a house in Paradise"

**link informasi masjid di Jepun :
(sila copy link di bawah)

www.kobemosque.org


**Tujuan link ini diberikan bagi menunjukkan bahawa wujudnya usaha-usaha mendirikan rumah Allah di bumi sakura ini. Secara langsung aktiviti dakwah turut dilaksanakan. Maklumat di dalam web ini adalah di dalam bahasa jepun, khusus bagi rakyat jepun.

Terima kasih,

Wassalam wbt.

p/s : memfwd bagi pihak kak sid & masyarakat islam jepun umumnya..semoga usaha kita mendapat ganjaran pahala & rahmat drp Allah swt.. Ameen

Ikan Singgang ?


.


dr Myresepi.com

bahan - bahan semua sama kecuali tambah dengan sedikit bunga kantan ala - ala macam kak azma buat.. :) . ikan plak guna je ikan yang ade dalam icebox.. sedap..

p/s : makan nie teringat time masa berpantang dulu..
mak selalu buatkan.. ade rasa2 sama tapi tak tahula nama ape..
ala.. rindu kat mak.. sob2.. ;(

New family member..


.

VS

actually bukanlah baru.. dah sebulan lebih..
yang lama cam da nak nazak..
keyboard pon da nak taknak je idup.. da lebih 3 tahun guna yang lama nie..brand twinhead..takde brand pon tapi oklah..puas hati juga time guna..
sebab dulu penah kekanak nie main ngan cokelat puding atas keyboard dier..
abis satu laptop disapu dengan puding coklat...
tapi ahamdulillah ...
still bernyawa lagi..ingat dah tak boleh diselamatkan da..

so time balik mesia ritu cari kesempatan nak beli yg baru..
lepas servey2 kat lowyat & imbi KL,
kat pc fair and etc..akhirnya HP Pavillion tx1000 menjadi pilihan kami..
besh lah tapi agak slow skit..
maybe sebab guna Vista (Premium),
spec.. 12 inc, 1gb,hdd 140gb AMD Athlon2x Processor..
so kena tambah ram kot.. beli pon sebab rasanya kat mesia lagi murah banding di jerman..
newest model from HP & up to date.. kat sini tak banyak model2 baru..
apolah..nama je negara maju..;p

p/s : vista..walaupun interface besh tapi processor slow skit,
kena tambah ram lebih drp 2gb baru laju ..
tapi laptop nie the besh because boleh touch screen ,
have a remote for playing dvd player (x penah play cd lagi pun..) ..
& ala2 tablet pc gitu.. semoga laptop nie bertahan selamanya.. ameen..hehee


Ketam Masak Sambal Merah


.

Suatu hari tu my hubby bawa balik ketam..
wa.. bukan main seronok lagi kami anak beranak exp haziq, suka sangat dengan ketam..
tapi frozen lah.. tak jumpa lagi yang fresh kat sini. Makan benda ni tak selalu..kira2 sekali je sebulan.. nak je makan ketam selalu, tapi takleh la..nanti botak rambut..kering...
poninn pala.. ehehe..

* Masak Merah

dan untuk anak2 i masakkan sup ketam.. bukan main lagi makan bebudak nie..
selera sangat..maklumla lama tak makan...

faris pon da pandai makan ketam.. suka sangat dia..

p/s : kalau kat mesia mesti nak mak masak ketam..rindu lah ngan sambal ketam mak.. uwaaa

Muffins ..alahai..


.

Semalam try wat muffin segera yang cara buat dia mudah sangat.. tapi ...
hampa.. tak jadi.. awat x jadi ntah.. sedangkan benda tu cuma tambah air,telur and minyak..mix sumer.. bakar.. hampa hatiku ini... agaknye sebab bakar dengan microwave oven.. kut..
tak sesuwayyyy... sebab tu dier takmo naik...agaknye??? huhuhu....
dah....
toksah tengok lelama.. baik tengok nie..

atau...
baik wat camni...

zzzzzz.....

asyik tak jadi je bila wat benda2 berkaitan kek nie.. takde rezeki lagi kot.. cam da nak give up..tapi.. insya allah nanti cuba lagi bile da de semangat balik... huhuhu

p/s : adakah aku dilahirkan untuk tidak pakar membuat kek..atau sebaliknya..?? Masih terlalu awal nak menilai... usaha tangga kejayaan..kan.. kan... haha

Mee Goreng Mamak Simple


.


:: Bahan - bahan ::

mee kuning / mee spaggeti (sudah direbus) - setengah bungkus 0.5kg
bawang besar - 1 biji
bawang putih - 3 biji
telur - 2 biji
sos tiram - 2 sudu
kicap pekat manis- ikut suka
lada putih - 1 sudu (optional)
sawi atau sayur (optional)
cili padi 4 biji - kalu taknak pedas takyah letak
cili kering kisar - 2 sudu besar (optional)
udang / ayam / etc ( bagi tambah sedap)
garam secukup rasa

:: Cara Masak ::
tumis bawang2 dan masukkan cili
masukkan udang/ayam/etc - tunggu kejap
masukkan sos tiram,kicap dan cili kering kisar
masukkan garam secukup rasa
masukkan mee
masukkan sayur..

makan time panas.. sedap.

Ikan Masak Sambal


.

Jom Makan..!!!

p/s : thanx buat niah (jb) atas idea resepi..heheee

Cerita di suatu hari


.

* Tengah-tengah stad perasan tak ade iklan bergerak depan tu.. cute..

semalam jalan2 kat stad(town),biasalah...sabtu jela time nak berjalan bsama satu family..ahad sume kedai tak buka..so duk berhibernasi je la aritu.. ari len kerja.. jalan2 tu tak berjalan mana pun.. setakat window shopping,ikut je kaki mana nak p.. tak jauh pun dr rumah..dlm 500m sampai la ..sebab rumah ni dekat tgh town.. selalu malas nak keluar rumah sebab tinggi sgt,malas nak memanjat tangga..takde lift,tingkat 4..tak larat la makcik nie da tua..huhuhu..

* Apartment umah,tingkat 4 tu umah kami.. antik kan..ehe

last tu p plus(pasaraya murah kat sini) blanje brg dapur.. syok tempat ni sebab brg lebih murah banding tempat lain.. dekat bawah umah kami je..leh nampak dr tingkap umah..ehe,so tak susah la kalau brg habis..tapi dengarnya nak tutup dah hujung bulan 3, pasni tak tahula nak beli belah katne.. sedey2..sob2..

* Hs ngan tool bocsh baru,biar diorang rajin bertukang,da besar nanti boleh buat rumah utk mama ngan papa dier..

Dua Muka


.

pisau.jpg

“Sesak dada!”, keluh sahabat saya.

Memang sesak dada.

Ini kali pertama saya berada di Malaysia semasa kempen pilihanraya. Lama merantau di luar negara, kempen pilihanraya tidak menyesakkan dada. Jika saya rimas dengan laporan berita yang tidak tentu hala dan memperbodohkan manusia, saya tutup sahaja komputer, dan duduk bersama anak di tingkap rumah melihat daun kusam terbang ditiup angin sejuk.

Tetapi kini tidak lagi. Televisyen, radio, surat khabar, internet, sembang kedai kopi, sembang LRT… sesak dada dibuatnya.


AMERIKA SYARIKAT ITU

Saya iri hati dengan amalan kelas satu kempen pilihanraya di Amerika Syarikat. Negara taghut, negara kufar, negara zalim… sebutlah apa pun, tetapi negara itu tidak secara terbuka memperbodohkan rakyatnya. Debat umum untuk pemilihan calon presiden… memakan masa lebih setahun. Presiden yang naik, bukan dilantik di dalam mesyuarat parti yang menang, tetapi DIPILIH.

obamaclinton.jpg

Dipilih, bukan kerana dia dilakarkan rajin ke gereja, atau penyayang kepada orang tua, atau pernah menyumbang cek sebesar alas meja ke sebuah pertubuhan pencinta alam. Tetapi dia dipilih kerana seluruh pemikirannya dimuntahkan di pentas debat. Segala macam isu dikeluarkan dan dicanang habis-habisan. Segala-gala tentang cerdik, karisma, bijaksana, atau bercakap hanya dengan teks… yang sampah-sampah sudah tersingkir lama sebelum pertandingan mula berlangsung. Itu baru betul memilih.

Tetapi tidak di negaraku yang satu ini.

news.jpg

Televisyen memutar-mutar bahan-bahan yang menghina pemikiran rakyat…

KENAPA PERLUKAN SIARAN BERITA?

Apakah selama bertahun ini kita tidak punya mata untuk memerhati sendiri?

Apakah selama bertahun ini kita tidak punya telinga untuk mendengar sendiri?

Apakah selama bertahun ini kita tidak mengalami suka duka, pahit dan manis yang dirasakan sendiri?

Apakah selama ini kita kaku, tidak meneliti dan memerhati?

Mengapa harus segala yang diperhati, didengar, dan dirasakan sendiri selama ini… harus dipejamkan sahaja, lantas berita yang sehari dua ini mahu diambil kira?


Sesungguhnya kelemahan untuk membuat keputusan sendiri, hasil pemerhatian, pendengaran dan pengalaman sendiri, merupakan suatu kelemahan yang SANGAT MERBAHAYA. Ia bukan sekadar mangsa musim pilihanraya, tetapi mangsa tipu helah akhir zaman yang jauh LEBIH BENCANA.

Daripada Abu Hurairah bahawa sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda,

ruwaibidhah.jpg

“Sesungguhnya akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. (Pada masa itu) pendusta akan dianggap benar (dipercayai) , dan orang yang benar akan dianggap pendusta. (Ketika itu) pengkhianat akan dipercayai lalu dianggap sebagai seorang yang amanah. Dan (pada masa itu) akan bercakap-cakaplah golongan al-Ruwaibidhah” .

Baginda ditanya, “apakah al-Ruwaibidhah itu?”

Jawab Baginda SAW, “orang yang lekeh bercakap tentang urusan orang ramai”

Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah serta yang lain-lainnya

Hargailah mata yang boleh melihat, telinga yang boleh mendengar, akal yang boleh berfikir dan hati yang boleh merasa. Membiarkan diri untuk dimanipulasi dengan begitu mudah oleh permainan golongan al-Mala’, adalah muqaddimah bencana jika sampai zaman munculnya PENDUSTA yang lebih besar dan dijanjikan Allah itu.

butahati.gif

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar ? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada”
Surah Al-Hajj : Ayat 46

Hargailah nikmat Allah itu dengan memakainya.

“Seeru ‘ala barakatillah”

p/s : di ambil drp emel rakan.. original source from http://saifulislam.com/?p=1494.


Nasihat Al Qamah


.

Nasihat al-Qamah: 5 cara pilih sahabat
************ ********* ********* ********* ***
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Su c ikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1..Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan..~
2..Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu.. ~
3..Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu..~
4..Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memi liki mu..~

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAHnASIHAT

p/s : di ambil drp emel kawan.. untuk perkongsian bersama..



Ikan Masak Paprik


.

Ikan senyum, London


.


* Subhannallah.. ;c)

My Preescholer This week


.

Hello from BabyCenter!

Now that walking's old hat, your 2-year-old has probably moved on to running, jumping, and hopping. When she gets all wound up, let her go — otherwise you'll have a restless, cranky child on your hands. You can channel some of her energy into games such as hopscotch. It will give her a chance to work off some of that energy while helping her build strength and coordination.
>> Read more about your 25-month-old's development

Kek Coklat tak jadi..


.


:: Bahan-bahan ::

daripada site myresepi.com

ntah kenapa da dua kali wat tapi tak naik.. rasa boleh tahan.. cuma tak kembang.. mungkin sebab tak letak soda bikarbonat.. apetu?? kat sini tak tahu mana nak cari benda nie..
kenape jadi beginiiiii??.. sesape leh tolong tak.. tolong le bagi nasihat..ehehe.. tapi lepas letak topping choc ice cream nampak yummy.. ;c)

p/s : i wat kek nie time besday faris ngan haziq aritu.. tapi sebab tak menjadi terpaksalah sorokkan kat belakang tabir...last2 i ler yang kena habiskan sendiri.. ehehehe..

Nasi Lemak Sotong


.



:: Bahan - bahan ::

* Nasi *
santan - 1 biji kelapa
garam 1 sudu kecik
halia 3 inch
bwg besar & bwg putih skit
pandan. (opt..kasi wangi)

* Hiasan *
ikan bilis.
telur
kacang
timun

:: Cara Masak nasi ::
basuh beras, kali kedua nya masukkan santan ( tahap air cam masak nasi biasa)
masukkan halia, garam dan daun pandan.

tunggu sampai nasi masak.

* sambal *

sila lihat pada cara nak wat sambal sotong nie.. hehehe

selamat mencuba!!!

Sambal Sotong


.

:: bahan - bahan ::

sotong kering ( sotong biasa pon ok..)
gula garam secukup rasa
sos tiram 2 sudu kecil.
minyak masak 3 sudu

*bahan kisar*
cili kering potong2 agak2 dpt semangkuk kecil..
belacan 3 inch
ikan bilis (ikut suka)
2 labu bwg besar
4 biji bwg putih

:: Cara Masak ::

Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar.
masukkan sos tiram
tunggu naik minyak
masukkan sotong.
gula (lebihkan gula utk rasa manis..)
garam secukup rasa

( biasanya sotong kering perlu di rendam dulu sebelum di masak.. & mengambil masa yang lama sedikit drp sotong segar ketika memasak.. harap bersabar..;p.. bila sotong dah agak lembut.. sedia untuk hidangkan untuk dimakan ..)

p/s : makan dengan nasi lemak.. gerenti power!!!

Ayam Masak Merah


.


:: bahan - bahan ::

di ambil drp site myresepi ..than Miss Shieza..
sedap... cubalah try.. mudah jer.. ;)
guna bahan2 yang ader..

sebenarnya nak wat sambal sotong untuk dimakan dengan nasi lemak, tapi time p pasaraya aritu..tersalah beli rupernya.. ingatkan sotong..rupanya isi ikan yang da siap di belah.. maklumla kami ni bute bahase jerman...huhuhu (malu2..huhuhu)..

so, tau pun time tgh2 masak.. jadi menu tu automatik tukar jadik ayam masak merah.. sebab ayam je yang ade time nie.. hehe.. terkejar2 cari resepi kat internet maklumla da tua.. lupe cara nak masak benda nie.. alhamdulillah jumpa kat myresipi..bagus gak website nie...!!

time masak pulak .. tersalah masuk garam.. ingatkan gula.. banyak plak tu... ish ish ish... ponin pala den... cobaaan lagi... uhuh!! lepas tambah itu ini.. kentang leh kurangkan masin eh??
so abe kata soh tambah kentang.. x tau la betul x.
.sbb katanya penah terbaca dalam internet.. i letak jelah..
alhamdulillah.. menjadi gakla masakan nie..
abe kate sedap... yahooo ... ;c)

Makan - makan


.

Siang tadi de buat makan-makan kat rumah..semperna besday faris & Haziq yang da lepas.. Thanx buat warga saar yang sudi datang makan, bawa makanan & bawa hadiah utk haziq n faris .. seronok rasanya dapat berjumpa lepas sekian lama.. ;c)

tuan rumah watkan nasi lemak sambal sotong untuk tetamu ( lunch makan nasik lemak..??? hentam ajelah...ehehehe) ... dgn ayam masak merah... jugak roti canai special.. ;c)

thanx buat kak azma sebab buatkan donut yang sedap utk kami.. dill & rafis bawa keropok ikang.. hamka jg bawa keropok ... kak yam ratu agar2..;p thanx buat sume!!!




* buka adiah ..

p/s : insya allah makan2 seterusnya biler ye..?? ;)

Roti Canai


.

:: Bahan - bahan ::

di ambil drp blog kak jo thanx kak jo!!

homemade roti canai, sebenarnya teringin makan roti canai sbb asyik teringai roti canai kat mesia jer( bukan ngidam eh..ehe) ... try wat request kat hubby.. tak sangka huby nak watkan.. 1st time wat.. fuh...penuh dengan skill menebar.. hebat..!!! lepas biarkan doh semalaman...

inilah hasilnye... ;c)

cecah dengan kari kambing yang i baru buat semalam.. rasa dier.. wow... mengancam!!!! eheheh.. alhamdulillah.. 1st time wat roti canai terus menjadi.. lembut roti dier.. pasni da takyah pk roti canai mamak da.. sbb da de penganti yg leh wat sdiri roti tu.. takyah beli!!! eheheheh...

Kari Kambing


.


:: Bahan- Bahan ::

di ambil drp site myresipi cuma ganti daging dengan kambing & tambah sedikit cili kering yang di kisar bagi yang suka pedas... lagi pedas lagi besh..leh berasap telinga..huhuhu

rasa dier..emmm... sedap hingga nak lagi!!!! ,. hehehe...
kenapa?? tak percaya??
try la kalau nak rasa..

terima kasih pada penghantar myresepi, lynn..;c)


p/s : My huby baru lepas uli doh nak wat roti canai..
wa... beshnye.. tengoklah nt jadik ke tak roti canai tu.. hehehe... ;c)

Warga Saarbrucken


.


* Last dinner warga saarbrucken with farr(duduk tgh tudung kaler cokelat) .. sob..sob...
Nov 07, rindu kat farr ( back to malaysia for good..) ..

p/s : bila lagi warga saar nak wat makan2 nih..? lamanya tak kumpul reramai eh... ;)


Tag lagi... ;)


.



tak pernahnye dapat solan gini panjangnye..hehe.. takpe.. jawab.. jawab... ;c)


Soalan dan jawapannya...

1. Name one person who made you laugh last night?
- Haziq & faris lah...

*:: pembetulan ye kak kin.. Haziq.

2. What were you doing at 0800?
- Siapkan makanan utk huby kije ngan anak2 breakfast..

3.What were you doing 30 minutes ago?
- chatting..ngan azraa..hihihi

4. What happened to you in 2006?
- banyak.. yang besh..balik mesia.. p paris..p swiss....p italy & tempat2 len... sonot!!! hihihi..

* :: a ah 2006 masih kat mesia..lahirkan faris.. saat paling menakjubkan..hehe

5. What was the last thing you said out loud?
- "Haziq!!!.. takmo baling bola atas mejaaaaaaaaaa......"

6. How many beverages did you have today?
- 4 kali kot.. x ingat

7. What color is your hairbrush?
- takde hairbrush...(benda ape nie? huhuhu..)

*
:: oo sikat eh.. kaler hijau..hehe

8.What was the last thing you paid for?
- sewa rumah..belanja kt pasaraya plus..

9. Where were you last night?
- teratak yang bersepah2..hohoho..

10. What color is your front door?
- coklat2 gelap..

11. Where do you keep your change?
- tabung.. seriusss...;p

12. What's the weather like today?
- kejap mendung...kejap cerah.. malam..setiap masa sejukkkk...

13. What's the best ice-cream flavor?
- Coklat + strawbery.. yummy...

14. What excites you?
- travelling...heheeee

15. Do you want to cut your hair?
- nope..

16. Are you over the age of 25?
- baru je terkeluar...tapi still maintain.....;p

17. Do you talk a lot?
- nope..kot.. tp kadang2 banyak.. kadang2 pemalu sampai tak reti nak cakap per.. seriuss..!!.

18. Do you watch the O.C.?
- No.. (benda per nih>?)

19. Do you know anyone named Steven?
- Steven tak penah..seven or stephen kenal lah..haha...ha .. steve blue..haziq suka sgt2..

20. Do you make up your own words?
- mayb..no.. (tak paham solan..ehehe)

21. Are you a jealous person?
- tengok keadaan.. kadang2 jelous bangettt!!

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
- ARIEF???..harharhar..Adibah...(kak adibah...;p).. kak azma eh.. azraa cork..akma sheffield...kak akma.. lagi.. Ayu??? namaku..ehehe.... ramai ah....

* :: Arief je lah..kalu sorang je kena tulis..ehehe..

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
- K? em..sat2.. aa..emmm... ummm... Kamaliah? ehe.. K..em tak ramai... tak ingat...huhuhu

* :: baru ingat..Kak kin pon starting from K gak tapi nama penuh lenn..ehe

24. Who's the first person on your received call list?
- Entahlah.. budak jerman yg duk praktikal kat Mesia ritu... Dia speaking jemen.. tapi aku x tahu nak jawap per...hahahaha siannn dier..

25. What does the last text message you received say?
- hepi belated birthday to haziq from achik tina.. kt kampung..;)

26. Do you chew on your straw?
- Nope..

27. Do you have curly hair?
- Yes..

28. Where's the next place you're going to?
- insya allah... UK & Ireland.... yahoo!!...

* :: tak sabo nak p umah kak kin..hihi


29. Who's the rudest person in your life?
- em.. adela..

30. What was the last thing you ate?
- Laksa..kek..strawbery..fillet fish.. banyak....

31. Will you get married in the future?
- Mane leh kawin reramai... bersyukur dengan apa yang ada..

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
- Cite kelakar.. Upssss...

33. Is there anyone you like right now?
- ramai..kawan2 baru..

34. When was the last time you did the dishes?
- kul 5 ptg tadi..

35. Are you currently depressed?
- yes

36. Did you cry today?
- yes..

37. Why did you answer and post this?
- saje2.. takde kije..heh...

38. Tag 3 people who would do this survey.

- sape eh..of course my sis kat bangi.. (UMMU WAFI..) Kak Kin... &.... sian.. tambah la peninnnn...pala eh... eheheheh... jawab eh... ;p.. lagi sorang kiv sat eh.. ehehe thanx kak azma sbb ingat kat kite..;c)

* :: Pembetulan untuk komen drp kak kin shj.. harap maklum..sekian..terima kasih..hehehe

Haziq.


.


suatu hari mama haziq tengah sibuk nak memasak kat dapur..
sambil diperhatikan haziq dan faris..

lepas mama haziq basuh ikan ( niat nak goreng ikan..) sambil melumurkan tepung kat ikan tu..

Haziq : "Mama.. mama tengah sabun ikan ye..

Mama haziq : .. " bukan... mama tengah sapu tepung..nak goreng...
(gelak kecil..bertuah punya budak)

Haziq : "Ooo.. yeke.. ( senyum...senyum..)


p/s : semalam masak sup ayam ala-ala mamak stail.. tapi lom sempat ambil gambar dah licin.. next time kena snap cepat2 lah.. huhuhu

Mengundi Vs Taknak Mengundi


.


"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."


Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12

Hari mengundi8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen13 hari
Jumlah pemilih berdaftar10,922,139
Pemilih awam10,701,054
Pemilih pos221,085
Jumlah parti politik berdaftar30
Jumlah kerusi Parlimen222
Jumlah kerusi DUN505


al-Quran dengan firman Allah yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali- kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” (Al-Maidah: 8).

kepada kengkawan yang boleh mengundi.. setiap orang akan di tanya apakah yang mereka lakukan untuk membantu agama allah..janganlah kita mengambil sikap tidak pedulisme yang di tafsirkan oleh abusaif pada artikel sebelum nie..

p/s : Andai boleh berada di tanahair ingin sangat nak mengundi.. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada pejuang- pejuang kebenaran, bagi menegakkan keadilan di dunia yang fana ini.. ameen.. :)

Jom Boikot Danmark & Israel.


.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20080213230441/Article/index_html

Akhbar cetak semula karikatur hina Rasulullah

Lakaran kontroversi gambarkan seseorang pakai serban berbentuk bom

COPENHAGEN: Beberapa akhbar utama Denmark semalam mencetak semula karikatur kontroversi yang menghina Nabi Muhammad SAW dengan lakaran seseorang memakai serban berbentuk bom.

Mereka mendakwa kononnya tindakan itu bertujuan menunjukkan komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara selepas tiga orang ditahan kelmarin atas tuduhan berkomplot untuk membunuh lelaki yang melakar karikatur itu.

Lakaran itu, oleh Kurt Westergaard dan 11 karikatur lain menimbulkan kemarahan orang Islam di seluruh dunia dua tahun lalu apabila ia disiarkan oleh akhbar di Eropah.

Akhbar Jyllands-Posten, yang mula menyiarkan 12 lakaran itu pada 30 September 2005, mencetak semula karikatur Westergaard. Beberapa akhbar utama lain, termasuk Politiken dan Berlingske Tidende juga mencetak semula karikatur berkenaan, yang menunjukkan seseorang memakai serban berbentuk bom yang dilengkapi fiusnya.

Sebuah lagi akhbar tabloid, Ekstra Bladet turut mencetak semula semua 12 karikatur berkenaan.

Agensi perisik polis, PET, berkata dua orang keturunan Tunisia dan seorang warga Denmark daripada keturunan Maghribi ditahan kelmarin dalam serbuan yang diadakan pada awal subuh di Aarhus di barat Denmark.

Ketua PET, Jakob Scharf berkata tujuan operasi berkenaan adalah "untuk mengelakkan pembunuhan salah seorang pelukis kartun yang melakar karikatur Nabi Muhammad SAW. Jyllands-Posten mendakwa komplot itu ditujukan kepada Westergaard, 73, yang bekerja untuk akhbar berkenaan.

Scharf berkata suspek dari Denmark itu akan dibebaskan selepas disoal siasat tetapi dia masih boleh dikenakan tuduhan melanggar undang-undang keganasan Denmark. Dua lagi suspek keturunan Tunisia itu akan dibuang dari Denmark sebab mereka dianggap ancaman kepada keselamatan nasional, katanya.

Penyiaran karikatur itu mencetuskan bantahan besar-besaran dunia Islam pada awal 2006. Melihat reaksi itu, rakyat Denmark seolah-olah tidak percaya dengan kebangkitan kemarahan itu apabila bendera negara berkenaan dibakar dan kedutaannya diserang di beberapa negara Islam termasuk Syria, Iran dan Lubnan.

Barang dari Denmark juga diboikot di beberapa negara Islam. - AP

p/s: niat dihati dan melawat semua negara europe.. nampaknya.. negara nielah satu2nya yang takkan aku jejak...huh!!!!

marilah kita boikot barangan israel & denmark.. semoga allah memberikan bala kepada musuh allah nie... ameen..

Selamat Hari Lahir Muhd Haziq syafi


.

semalam besday haziq..
mama haziq bawa haziq jejalan kat town & belikan barang yang haziq suka..

tengok ape yang haziq dapat masa besday dia..

taraaa......!!!!!!
wa... seronok sangat haziq..
dah 4 tahun anak mama kesayangan mama nie...
mama & papa doakan haziq sentiasa sihat selalu..

tak nakal2..

sayang & jaga adik baik2..
dan yang paling penting membesar menjadi anak yang soleh... ameen.... ;c)


p/s : nak wat kek utk haziq tapi tak reti pulak.. tengok hujung minggu nanti canne..
insya allah....
hehehehe...


Ayam Masak Lemak cili Api


.


:: Bahan - Bahan ::

ayam ( utk sekilo ayam )
santan 1 paket
satu sudu serbuk kunyit
garam & gula secukup rasa.

bahan kisar ( masukkan sume bahan & kisar)..

bawang besar sebiji
bawang putih 3 biji
cili api 10 biji ( nak pedas lagi tambah lagi byk2)
belacan 2 inchi
ikan bilis sedikit

:: Cara Masak ::

bersihkan ayam .. alihkan..

tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau..
masukkan serbuk kunyit ( bagi kuning2 )
masukkan ayam.. tunggu hingga naik minyak

masukkan gula & garam secukup rasa..
last sekali masukkan santan

tunggu mendidih.. ok...

siap.. untuk dimakan... ;c)

Donut


.

semalam ade perasaan ingin nk wat donut..

resepi di ambil drp site kak kin kat limerick, ireland.. tapi sebab 1st time cube.. amatla tidak menarik donut2 yang saye wat, tambahan pulak masa tengah tunggu donut tu kembang si kekanak ni (haziq & faris) dah wat experimen sdiri kat donut2 tu.. abis penyek sume donat ambo... huaaaa...... cobaaaaannnn....

nila donut tercantik yg dapat dihasilkan.. ( leh bayangkan bertapa buruknya donut2 ku yang lain...huhuhuhu ..)

thanx atas resepi yang kak kin bagi.. rasa leh tahan.. cume rupanye je... tak menawan.. hahaha...


p/s : time menguli tu lenguh gak eh.. huhuhu..sib baik de tenaga..eheeee..

Hari Valentine


.

Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w mengingatkan, “Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Daud)

firman Allah, Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)... (al-Baqarah: 120)


Sesungguhnya tidak ada cinta lebih utama untuk diberikan hanya kepada Allah SWT, kerana sebagai orang Islam, kita diajar oleh al-Quran, bahawa cinta sejati ialah hanya kepada Allah sepertimana yang termaktub dalam ayat 165 surah al-Baqarah, Allah berfirman maksudnya:"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah (objek-objek lain) selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman, mereka benar-benar mencintai Allah."
-->

Jelas daripada penjelasan ayat di atas, mengkhabarkan kepada kita, bahawa cinta orang-orang beriman yang sebenarnya hanya kepada Allah dan Rasul-Nya, ia bukan bermakna cinta antara manusia dengan manusia dilarang oleh agama, terutamanya cinta seorang lelaki terhadap seorang wanita.

rujukan..untuk artikel penuh.. klik sini..

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada tahun 2004 menyatakan bahawa menyambut Hari Kekasih adalah diharamkan.

Apabila ada unsur ritual agama lain dan kita pula sama-sama raikannya, seakan-akan kita reda dengan perbuatan menyekutukan Allah (syirik) sedangkan syirik adalah dosa yang tidak terampun.

Ini ditegaskan dalam mafhum-Nya, Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya... (al-Nisa’: 116).

rujukan .. untuk artikel penuh..

Laksa penang ( jerman stail..)


.


:: Bahan - bahan ::

mee laksa sebungkus.
ikan ( sini guna ikan tuna dlm tin jer..) 2 tin kecil.
bawang besar 1 biji ( kisar )
bawang putih 3 biji ( kisar)
pes cili kering utk bagi kaler merah..
belacan 2 inci
asam keping ( wajib)
bunga kantan ( optional.. kalu ade sedap baunya..)
daun kesum (optional ..klu ade lagi sedap..)

:: hiasan ::

telur
cili merah
nenas
timun
bawang

:: cara masak ::

rebus mee hingga masak..

untuk kuah,

masukkan semua bahan yang dah diblend dalam periuk..
masukkan belacan, bunga kantan, asam keping
tunggu sehingga mendidih dan naik minyak
masukkan gula dan garam secukup rasa

siap.. makan panas2 lagi sedap.. leh lah ubat keempunan nak makan laksa lebih kurang cam kat mesia..resipi ni sy belajar dr orang2 mesia kat jerman nie.. dill & kak azma..
thanx !!

Ikan Masak Asam Pedas express..


.


:: Bahan ::

ikan (tak tau nama ikan nie.. tapi bukan ikan jaws rasenye..)..
bawang merah 5 biji (biasa kt cni guna sebijik bwg besar je sbb bwg merah susah dpt)
bawang putih 3 biji.
2 cawan air.
garam & gula secukup rasa.
perencah asam pedas adabi ( express..hahaha)
:: cara masak ::

tumis bawang putih & bawang merah/besar
masukkan perencah asam pedas adabi.
masukkan air
gula & garam secukup rasa
(kalu ade daun kesum lg besh)..

tunggu masak.. siap..

Preschoolers


.

Highlights
Why preschoolers whine
What to do about whining


Why preschoolers whine
Your preschooler relies on adults for almost everything — food, drink, love, toys, transportation, you name it. He has to get an adult's attention to obtain the things he needs, and that can be a challenge. A whine is the sound of a child who feels powerless and is pitching his request in higher and higher tones to get someone to pay attention to him. "Children do what works, and a whiner is looking for a response — any response," says Jane Nelsen, co-author of Positive Discipline for Preschoolers. So if a positive response isn't forthcoming, a negative one will do just fine.

What to do about whining
Define it. Before you pin on your No Whining button and draw a line in the sand, make sure your preschooler knows what you're talking about. Adults often assume that children know what whining is and realize how awful it sounds — but that's not necessarily the case. Label whining when you hear it, and ask your child to use his regular voice instead. If he has trouble hearing the difference, demonstrate it for him. Use dolls to play-act an exchange between a whiny child and his exasperated parent (or dust off your thespian skills to do a role-playing exercise with your preschooler). Explain that whining sounds annoying and makes people stop listening. Practice "good" and "not so good" voices together — hearing you at your whiniest will probably elicit a good laugh from your preschooler.

Acknowledge your child's need for attention. Preschoolers sometimes resort to whining when they've tried and failed to get their parent's ear. That's why you'll often hear it when you're trying to talk with a friend, balance your checkbook, or keep track of where you are in a recipe. In short, any time you're focusing on something else and your preschooler needs (or thinks he needs) your help is prime time for whining.

Whenever your child asks for something in a pleasant way, try to respond to him as immediately as you can. Of course, you don't want to encourage your preschooler to "need" you every time you strike up a conversation with someone, so make sure you explain this to him. "If it's really important, politely interrupt me, without whining, and I won't put you off. But if you can wait, then please do!" If you're in the middle of something, take a second to acknowledge his need, give him a ballpark estimate for when you'll respond ("Honey, I know you need help with your puzzle; hang on for two minutes and I'll sit down and tackle it with you"), and follow through. Make sure the wait is a realistic length: You can expect your preschooler to be patient for as many minutes as he is old (three minutes if he's 3, for instance). Don't just say "later," which is vague, at best. And be sure to praise him for waiting when he does.

Show him a better way to address the problem. Sometimes kids whine because they can't express their feelings, so help your preschooler identify his when you can. You might say to him, for instance, "I can see that you're upset. Is it because I can't take you to the park right now?" This will help you get a conversation going.

Be sure to carve out regular time to read a story together, play a game, or just talk — without your preschooler having to complain first. Thank him when he remembers to ask nicely, too. When he sees that other methods of voicing his needs produce results — and that whining doesn't — the whines will taper off.

Avoid triggers. Kids often get cranky and whiny when they're hungry or tired. Taking a hungry preschooler grocery shopping before dinner and expecting him to understand that cookies will spoil his appetite is like putting a new trampoline in the kitchen and expecting him not to jump on it until the soufflß is done: It's a foolproof recipe for disaster. Feed him before you go, or pack some healthy snacks he can eat on the way or in the store. Likewise, life will be easier for both of you if you can avoid dragging him on errands — or even to the zoo, for that matter — at the end of a long day.

Respond consistently. Whether or not his demand is reasonable, it's important to let your preschooler know that his way of asking just won't cut it. Say something like, "I can't understand you when you talk like that. Please use your normal voice and I'll be happy to listen to what you're saying." Keep your tone and facial expression neutral (letting yourself get riled will only feed the fire). Some preschoolers respond better to visual cues; try holding your hands over your ears and squinting your eyes in mock pain to signal that you hear whining (cup your ears and smile serenely when you don't). Most importantly, keep saying or doing the same thing, and don't give in. "Picture yourself as a Las Vegas slot machine," says veteran mom Lisa Levi. "Your child pulls the lever and pulls the lever again. One win — even after 12 losses — will show him that a slot machine is a good bet for making money, and that's not what you want him to learn."

As important as responding consistently to a whine is acknowledging a switch: When your child does use his normal voice, respond to him immediately so he learns that this works. Don't feel obligated to give him what he wants because he asks without whining, though. Just be empathetic and appreciative. "I'm sorry that you can't play now, but it's time for bed. Thanks for asking so nicely!"

Be — or at least pretend to be — nonchalant when the whining goes into overdrive. The last thing you want your preschooler to learn is that whining in public is a good way to get what he wants, so stick to your principles. No matter where you are, whom you're with, or what kind of tone your preschooler uses, keep your cool. Don't blow up or give in ("Oh, go ahead, do whatever you want!"). Even if it gets you immediate relief from that annoying whine, you'll pay in the long run by hearing more and more of it.To share your thoughts and concerns about your child's behavior problems with other parents, see our bulletin boards.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails