Jom Boikot Danmark & Israel.


.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20080213230441/Article/index_html

Akhbar cetak semula karikatur hina Rasulullah

Lakaran kontroversi gambarkan seseorang pakai serban berbentuk bom

COPENHAGEN: Beberapa akhbar utama Denmark semalam mencetak semula karikatur kontroversi yang menghina Nabi Muhammad SAW dengan lakaran seseorang memakai serban berbentuk bom.

Mereka mendakwa kononnya tindakan itu bertujuan menunjukkan komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara selepas tiga orang ditahan kelmarin atas tuduhan berkomplot untuk membunuh lelaki yang melakar karikatur itu.

Lakaran itu, oleh Kurt Westergaard dan 11 karikatur lain menimbulkan kemarahan orang Islam di seluruh dunia dua tahun lalu apabila ia disiarkan oleh akhbar di Eropah.

Akhbar Jyllands-Posten, yang mula menyiarkan 12 lakaran itu pada 30 September 2005, mencetak semula karikatur Westergaard. Beberapa akhbar utama lain, termasuk Politiken dan Berlingske Tidende juga mencetak semula karikatur berkenaan, yang menunjukkan seseorang memakai serban berbentuk bom yang dilengkapi fiusnya.

Sebuah lagi akhbar tabloid, Ekstra Bladet turut mencetak semula semua 12 karikatur berkenaan.

Agensi perisik polis, PET, berkata dua orang keturunan Tunisia dan seorang warga Denmark daripada keturunan Maghribi ditahan kelmarin dalam serbuan yang diadakan pada awal subuh di Aarhus di barat Denmark.

Ketua PET, Jakob Scharf berkata tujuan operasi berkenaan adalah "untuk mengelakkan pembunuhan salah seorang pelukis kartun yang melakar karikatur Nabi Muhammad SAW. Jyllands-Posten mendakwa komplot itu ditujukan kepada Westergaard, 73, yang bekerja untuk akhbar berkenaan.

Scharf berkata suspek dari Denmark itu akan dibebaskan selepas disoal siasat tetapi dia masih boleh dikenakan tuduhan melanggar undang-undang keganasan Denmark. Dua lagi suspek keturunan Tunisia itu akan dibuang dari Denmark sebab mereka dianggap ancaman kepada keselamatan nasional, katanya.

Penyiaran karikatur itu mencetuskan bantahan besar-besaran dunia Islam pada awal 2006. Melihat reaksi itu, rakyat Denmark seolah-olah tidak percaya dengan kebangkitan kemarahan itu apabila bendera negara berkenaan dibakar dan kedutaannya diserang di beberapa negara Islam termasuk Syria, Iran dan Lubnan.

Barang dari Denmark juga diboikot di beberapa negara Islam. - AP

p/s: niat dihati dan melawat semua negara europe.. nampaknya.. negara nielah satu2nya yang takkan aku jejak...huh!!!!

marilah kita boikot barangan israel & denmark.. semoga allah memberikan bala kepada musuh allah nie... ameen..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails