Mengundi Vs Taknak Mengundi


.


"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."


Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12

Hari mengundi8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen13 hari
Jumlah pemilih berdaftar10,922,139
Pemilih awam10,701,054
Pemilih pos221,085
Jumlah parti politik berdaftar30
Jumlah kerusi Parlimen222
Jumlah kerusi DUN505


al-Quran dengan firman Allah yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali- kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” (Al-Maidah: 8).

kepada kengkawan yang boleh mengundi.. setiap orang akan di tanya apakah yang mereka lakukan untuk membantu agama allah..janganlah kita mengambil sikap tidak pedulisme yang di tafsirkan oleh abusaif pada artikel sebelum nie..

p/s : Andai boleh berada di tanahair ingin sangat nak mengundi.. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada pejuang- pejuang kebenaran, bagi menegakkan keadilan di dunia yang fana ini.. ameen.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails