Pau Kukus Inti Kacang Merah


.

Pau kukus.. 1st time buat..kat kampung tak pernah terfikir nak buat..tau makan je, dekat sini teringin makan.. terpaksa la buat dalam rela..hehe.. :) besh... time buat nie..berdebar-debar jantungku sebab takut tak jadi..nampak sangat cuaknye..hehehe , lepas kukus tengok lawa je dia mengembang..alhamdulillah..jadi akhirnya..


* nie haziq yang buat.. cantik tak?? ehehe.. kite bagi dia sikit tepung,
nak sangat try bila tengok mama dia duk hempas pulas uli tepung, faris pun de buat gak..
tapi belum sempat jadi lagi dia dah ngappp dlm mulut dia..
belum masak pulak tu..ish ish ishhh....


p/s : thanx buat kak jo atas tunjuk ajar & nasehat..:)

ramuan :: add on 3 march 08

tepung gandum 1000gr
Yis segera mauripan 11gr(sebungkus)
Gula 200gr(1 cwn)
minyak jagung 100gr(1/2 cwn)
Air 460gr (2 1/2cwn)

catitan : jumlah air digunakan bergantung mutu tepung ..

caranya :

Gaulkan tepung & yis segera dan larutkan gula dlm air.
Gaulkan semua ramuan di dalam mangkuk adunan. uli adunan tersebut dgn tangan selama 10 hingga 15 minit atau sehingga adunan menjadi licin dan kenyal
3.timbang adunan tersebut 60gm (2 oz) setiap satu.buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 10 minit.
4.Canaikan adunan dan isikan dgn inti
5.tutup inti dgn mencantumkan hujung adunan tadi mengkut bentuk yang disukai.letakkan setiap adunan tadi ke atas sekeping kertas kalis gris 4 segi.
6. biarkan adunan pau selama kira2 35 minit.
7. letakkan semua kepingan adunan tadi dalam pengukus & kukuslah selama 10 minit pd suhu tinggi.

2 Responses to “Pau Kukus Inti Kacang Merah”

  1. Ummi says:

    Salam kunjung iu..xleh msuk lak kat chtbox iu tu..tk sudi try ikan stim tu..best ek makan dgn nasi bila musim sejuk2 kat sana ek..Wah dah menjadi pau kat dia...sedap ni, akak suka inti kacang merah..hehe..

  2. ha aa.. ummi sedap & senang nak wat.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails