Ikan Sweet Sour


.

semasa merewang cari barang di kedai arab di town semalam,terjumpa dengan ikan talapia merah ni.. besarnya hampir 1 kg, harga 3 euro.., teringin pula makan..
jadi kami pun belilah seekor.. faris & haziq punyalah excited tengok ikan besaq ni..
penin la pulak fikir nak masak ape..pas duk belek2 myrespi jumpalah 2 resepi yang sesuai ..
kena wat pilihan nih nak stim ke atau nak goreng..sebab dedua nampak sedap & lazat ..
last2 amik jek resepi kat bawah ni.. mudah sgt..

Bahan-bahan ( 2-3 org )
  • 2 keping ikan merah(aper2 pon bole)
  • serbuk kunyit
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dimayang)
  • 1 biji cili merah(mayang)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak
  • 1/2 cawan air
  • mixed vegetables (bole jugak gune)

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan. Sapu serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng.(Boleh juga diganti dgn tepung jagung dan garam. sapu garam pada ikan kemudian tabur tepung rata atas ikan)
  2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. kacau kejap dan masukkan air.masukkan cili besar. masukkan garam dan gula. tunggu kuah menjadi pekat barulah masukkan ikan.. siap!
  3. jika gune mixed vegetables, masukkan ia sebelum masuk ikan.
p/s : Thanx minami di MR, tak menyesal cuba..anak2 pun suka sebab tak pedas..

2 Responses to “Ikan Sweet Sour”

  1. sismimi says:

    adoii la..besa gedabak sungguh ikan itew..dh hampir same saiz ngn si kicik yg tomei..ehehe..

  2. hehehe...sib baik muat kuali masa goreng...ehehe... tp mmg besh.. sedap sgt isi dier..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails