London - 17 March 2008


.

Perjalanan ke London stanted airport mengambil masa kira2 sejam drp frankfurt hann aiport. dalam kegelapan malam seawal 130 pagi kami telah keluar rumah untuk menaiki bus daripada hautbanhof saarbrucken untuk ke frankfurt airport yang mengambil masa kira2 3 jam untuk sampai kesana. alhamdulillah.. kami selamat sampai di airport pada masa yang telah dirancang.

* odw to London

Malangnya takdir telah menetapkan,kami diberitahu flight ke london pada pagi tu delay selama 12 jam.. 12 jam???? ya... 12 jam...? aduhhh... lama nya nak tunggu.. jadual flight yang asalnya jam 630 pg tetapi sebab delay terpaksalah menunggu sehingga jam 6 petang. disebabkan tak larat nak menunggu selama itu..cik abe telah mengambil keputusan untuk stay & berehat di Hotel yg berada di depan aiport. kalau nak ikutkan sebenarnya sayang nak spend duit duk hotel,tetapi disebabkan tak sampai hati dengan anak2 & isteri yang da nak pengsan takpelah spend skit duit tu..lagipun jauh lagi perjalanan..

alhamdulillah,sampai di London kira2 jam 730 malam kami terus mencari jalan ke tempat hotel travelodge di king cross yang terletak tidak jauh drp central London. oleh kerana ini merupakan pertama kali menjejakkan kaki di bumi london maka agak peningla juga nak mencari jalan.. tapi taklah susah sangat pun sebab sistem transport dia antara yang tercanggih didunia so pelancong baru yang bertandang seperti kami ni taklah susah sangat nak mencari jalan. tiba di hotel kira2 jam 9 malam.

* Travelodge King Cross & Convent Garden

seawal 8 pg kami check out hotel utk meletakkan beg di hotel kedua di convent garden travelodge. tempat ini lebih dekat daripada hotel di king cross..selepas meletakkan beg jam 11 pagi,tibalah saat yang selama ini dinantikan.. it's jalan-jalan time.. yahoo.. walaupun planning da agak tunggang langgang sebab flight yang delay,kami tetap meneruskan perjalanan.. ada sehari je kat london, takpe..kita p jelah tempat yang sempat kita pergi.. redha dengan qada' & qadar yang Allah swt da tentukan.. ecehh..yang penting kita sampai & happy..jauh perjalanan luas pengetahuan.. ye tak?? ;p..* Big Ben & Houses of Parliment

Tempat pertama yang kami lawati adalah The Tower of Big Ben & Houses Of Parliment atau nama lainnya Palace of Westminster, sebenarnya kedua - dua tempat ni tak jauh antara satu sama lain, cepat2 snap gambar sebab masa yang semakin suntuk.. selepas itu kami ke London Eye, selepas membeli tiket yang berharga 15pound p/p kami beratur untuk menaiki London Eye. orang ramai masa ni..tapi beratur taklah lama sangat.. bagus sistem dia..;), puas hati sebab dapat naik London Eye.. permandangan dia.. subhannallah.. memang lawa..

* London Eye

kemudian kami berjalan menaiki menaiki bot di sungai london untuk ke Tower of London yang berharga 7 pound lebih p/p (return ticket). kami melalui beberapa buah jambatan antaranya Tower Bridge, London Bridge , Millennium Bridge dan jambatan2 lain yang da lupa namanya.. seronok naik bot nie..* Naik Boat keliling sungai nak ke Tower of London

Lastly kami sempat singgah sebentar di Buckingham Palace. Oleh kerana sampai dah petang takdelah show yang dapat dilihat.* Bungkingham Palace, hari dah nak senja..

* Makan malam di rumah kak siti di London, Greenwich

malamnya kami ade makan-makan yang special di rumah kakak kepada kakak biras sy di London..

p/s : Terima kasih kepada kak siti & family kerana jemput datang ke rumah,sebab tersilap comunication jadi dapat datang sekejap je..kalau tak,leh duduk bermalam lama sikit disini.. thanx sebab pinjamkan tom2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails