Manchester and Liverpool


.

info

semasa berjalan-jalan di kedai cenderahati dalam Stadium Old Traffod yang glamer itu,kami telah terserempak dengan ramai warga malaysia ( tengok drp cara pakai tudung, bahasa dll) ada yang peramah.. ada yang buat- buat tak nampak aje.. huhuhu.. kami kalau nampak orang malaysia mula la nak senyum2.. almaklum kat germany tak ramai sangat orang malay,so kalu jumpa tu jakun lerr skit.. kendian ade peluang nak berborak dengan beberapa malaysian dalam kedai tu.. & salah sorang daripada nya adalah Encik Zaini & keluarganya yang tinggal di Manchester,time tu mereka sedang membawa kawan-kawan yang datang kerumah mereka jalan-jalan di sekitar stadium tu.. beliau memang peramah & walaupun baru kenal dah ajak kitaorg datang dinner di rumahnya malam tu..

mula-mula segan juga,tapi kesungguhan beliau tu menyebabkan kami tak sanggup nak menolak ajakannya..(bukan sombong..tapi takut susahkan aje..sebab dah ramai tamu yang dibawanya time tu..) tapi, last-last en zaini suruh follow kami ke rumahnya,ape lagi.. bak kata mak, rezeki jangan ditolak.. so kami pun singgah dirumahnya.. memang ramai tamu time tu.. meriah sangat..dengan kanak2 yg ramai, mak ayak kekanak yang ramai.. terasa mesranya ketika tu.. sungguh seronok..kendian banyak makanan plak tu.. ada ayam bakar,ikan bakar,lamb,kepah sambal .. nasi impit,nasi putih dan macam-macam menu lain.. yang telah diprepare semasa siang2 tadi.. alhamdulillah rezeki... dapatlah merasa masakan melayu di Manchester..

semasa pulang daripada rumah en zaini di Manchester kami sempat singgah di Liverpool,pergi ke Stadium dia je..sebab hari pun da lewat malam..kemudian kami teruskan perjalanan ke Shefield..

p/s : terima kasih buat en zaini & keluarga,juga rakan-rakan baru di Manchester, kalau jalan-jalan di germany jemputlah singgah ke rumah kami.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails