Projek Filem Hina Al-Quran


.


Kitab al-Quran pula difitnah

Ahli politik Belanda mahu tayang filem kutuk ayat suci, tolak nasihat PM

AMSTERDAM: Seorang ahli perundangan Belanda, Geert Wilders, mendesak al-Quran diharamkan dan menyamakan kitab suci itu dengan buku Nazi Jerman, Mein Kampf, serta menegaskan filem mengenai pandangan jahatnya terhadap al-Quran akan tetap ditayangkan.


* wilders

Wilder, sebelum ini berkata, filem itu akan menunjukkan bagaimana al-Quran mencetuskan keganasan dan ketidakadilan terhadap wanita serta golongan homoseksual. Beliau juga menegaskan, reaksi negatif terhadap filem itu 'cuma membuktikan' Islam wajar dikritik.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende, meminta Wilders mengkaji semula langkah untuk menyiarkan filem itu,'

* Pm Holland

Beliau memberi amaran, negara itu akan berdepan risiko sekatan ekonomi negara Islam selain kemungkinan rakyat Belanda dan kepentingannya di luar negara diserang jika ahli politik berhaluan kanan berkenaan tetap dengan hasrat menayangkan filem itu.

"Produk Belanda sudah pun ditolak, kumpulan Taliban mengumumkan tindakan ke atas tentera Belanda, pramugari dan pramugara takut untuk bertugas dalam penerbangan tertentu," katanya kepada wartawan dalam satu taklimat.

Balkenende juga tidak menolak kemungkinan rakyatnya dibunuh. Beliau tidak mendesak Wilders menghentikan hasratnya menayangkan filem itu tetapi menegaskan kerajaan Belanda tidak berkongsi idea biadap Wilders.

Berikutan amaran itu, Wilder, berkata dalam laman webnya: "Perdana Menteri kita amat takut dengan akibat tayangan filem itu sehingga sanggup tunduk kepada Islam daripada mempertahankan nilai dan hak demokratik kita.

"Saya hendak menjelaskan: filem itu tetap ditayangkan."

Wilders, yang menjadi sasaran ancaman bunuh di laman web militan, berkata beliau sudah menyiapkan filem itu dan sedang berunding dengan stesen televisyen untuk penayangannya.

Media melaporkan ia dijangkakan ditayangkan pada Mac atau April ini.

Parti pimpinan Wilders mempunyai sembilan daripada 150 kerusi dalam Parlimen Belanda, dan mendapat sokongan dalam tinjauan baru-baru ini.

Beliau memberi amaran 'tsunami Islam' di negara itu yang mempunyai hampir sejuta penduduk Islam.

Tiga syarikat Belanda menggesa Wilders tidak menayangkan filem berkenaan dan berkata ia akan menjejaskan perdagangan.

"Kami menolak kenyataan menghina dan tidak hormat," kata pengerusi kumpulan majikan VNO-NCW, Bernard Wientjes. � AP/Reuters


p/s : sumber utusan malaysia,2 mac 08.. erm.. nampaknye cam tak jadi nak berjalan kat holland..nyampah..!! ;x.. kenapa nak kacau kita..kita tak kacau dia pun.. ;(


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails