Andalucia - La Alhambra, Granada - Part II


.

Selepas 7 jam berada di dlm kereta, kira-kira jam 1230 mlm kami sampai di Hostal Dona Lupe ( book kat Hostalworld.com) yg terletak 0.5m shj drp kaunter tiket La Alhambara..saje nak mencari tpt menginap yang paling hampir dgn Alhambra sebab di sinilah satu-satunya tempat yang ingin di tuju di Granada.Hostal ni merupakan hostal termurah time ni hanya 16 euro p/p..sume 32 euro utk smlm.. & terdapat parking berbayar di tpt berhampiran. (1.35 p/hour).. hostal ni dilengkapi dgn bathroom,bilik ok..tapi agak berbahang..panas tp bila buka tingkap ok je.. saba je la nk murah katakan..

jam 8 pagi kami da bertolak ke alhambra,tp dah ramai org beratur utk membeli tiket..alhamdulillah..kami da book awal tiket so blh ke kaunter tiket yg tak ramai ketika tu..tp bagi org yang baru nak beli tiket dinasihatkan keluar awal seawal jam 630 pagi sebab kaunter mmg akan sesak.. (betul jangkaan tu)..ada 3 cara utk beli tiket ni..satu beli terus kat kaunter(tp kena beratur menunggu- tak sesuai utk yg ada anak..bujang ok kot), kedua book kat internet (cam kami wat) & ketiga beli guna kad kredit melalui mesen yang di sediakan di situ.. (x tau la cara ni cane).. harga tiket masuk biasa 13 euro & student dpt diskaun,hanya perlu byr 10 euro..kanak2 free..(ada had umur).. info nak book tiket kat serviCaixa.com.



Terdapat 3 bahagian dalam Alhambra ni..ie Al cazaba, Palace generalife & Nasrid Palaces. Nasrid Palace adalah yang paling grand & hanya boleh dimasuki pada masa yang telah di catatkan di dalam tiket yang telah dibeli.. blh lihat masa tu time book tiket di internet ..time kami masuk adalah jam 930 pagi.. b4 tu kami jalan2 dulu di kawasan sekitar ie di Palaces de Generalife. Tempat ni mmg lawa.. pokok2 oren yang ranum memang byk kat sini.. tp tak tahulah leh makan ke tidak oren tu..npk macam x menarik sgt buahnya..pokoknya ranum..

selesai berjalan kat taman ni.. kami bergegas ke Nasrid palace utk mengejar masa yg tercatat dalam tiket.. sampai je depan tpt tu ada satu lagi pos kawalan yg kena di lalui.. punyalah ramai org beratur..aiii sik nk kena beratur ajerr..sesapa yg nk masuk tp bukan dlm masa yg ditetapkan kat tiket tu memang janganlah harap2 nk ngelat masuk..sebab mmg tak dapat punya.. mak guard kat situ mmg cek satu2 tiket org yg beratur tu sumer.. takpelah..takla lama sgt beratur pun wpun ramai org sebab..da memang ada had2 jumlah pengunjung yg dibenarkan masuk..




Pengalaman meninjau seluruh kawasan Nasrid Palace ni memang tak dapat nak di ungkapkan dengan kata-kata..( tak pandai nk meluahkan dgn ayat yang sesuai) tp..memang menyeronokkan..melihat seni2 islam..yg pernah bertapak di sini masih jelas kelihatan..pemandangan atas bukit yang sgt cantik (alhambra terletak atas bukit).. ukiran-ukiran seni islam di dinding..tiang bangunan..tingkap..di hiasi dgn fountain yg menawan..kolam yang cantik..pokok2 oren..dgn kicauan burung berterbangan amat menenangkan hati & perasaan..anda mungkin akan bertemu dgn kucin2 yg comel di dalam ni..mereka mmg peramah..peramah sbb kelaparan..nak makan..hehe ..



utk lebih jelas sewalah alat bantuan pendengaran untuk mengetahui info lanjut mengenai point ke point dlm palace tersebut (6 euro-seluruh alhambra). dlm jam 1230 tgh kami selesai melawat semua kawasan di setiap penjuru palace ni.. memang berbaloi mai sini..tak heran la mrk menerima beribu2 pengunjung setiap hari..


Last skali kami ke bahagian yg ketiga dalam La Alhambra ie Alcazaba.. tempat ni tak seluas 2 bahagian yang lain.. tapi lawa jugalah pemandangan kat sini..di temani dgn cuaca yang panas..tp berangin..boleh la tahan..kena bawa bekalan air minum byk2..alhamdulillah..wpun penat semalaman berjalan..kanak2 ni masih bertahan & seronok utk berjalan.. risau juga kalau mengamuk diorg nie..skit2 tu biasalah.. budak2 kan..tp alles ok..!!

tips : bawa payung / topi yek)..

" The Alhambra was a palace, a citadel, fortress, and the home of the Nasrid sultans, high government officials, servants of the court and elite soldiers (from the 13th to the 14th century)." cik wiki

di Granada kami sempat juga melawat al bayzin yang terletak berdekatan dgn kawasan alhambra...

El Albayzin. ie Winding streets and houses dating back to the sixteenth century.

Sierra Nevada ..gunung yang sangat cantik.. beberapa km drp alhambra.. juga menarik untuk di lawati..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails