Lopes Perantau


.

da lama teringin buat.. sekali da buat.. menjadi ..alhamdulillah... besh.. mekasih buat ummi @ myresipi.com

Bahan:-
2 cawan beras pulut (basuh dan rendamkan)
2 cawan santan
sedikit garam
1 cawan jus pandan
1/2 biji kelapa muda parut (gaul bersama sedikit garam)

Cara Memasak:-

Masukkan kesemua bahan kecuali kelapa parut, ke dalam loyang dan kukus hingga masak (lebihkurang 30 minit). Bila masak, sejukkan sebentar. Keluarkan pulut tadi dan masukkan ke dalam acuan tudung botol yang telah dialas dengan plastik. Tekan-tekan kuat sikit agar pulut mampat dan kemas. Keluarkan (dengan menarik plastik alas tadi) atas kelapa parut, ratakan dan letak dalam pinggan hidangan. Hidangkan bersama air gula merah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails