Jangan mencari yang terlalu sempurna


.

Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh… . cukuplah sekadar keperluanmu… . Apabila sekali ia retak… . tentu sukar untuk kamu menampalnya semula… . Akhirnya ia dibuang…

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi… . Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya… . Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa… . Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya… . akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya… .

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… .. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU… MENGASIHIMU… Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL.



p/s : nice artikel from irma kat UK, n suke plak lagu ni from sarah blog...
share sama sume eh.. hehe ... thanx!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails