Izzah safiyyah - part 1


.

- Izzah day 1 to 4 -

Dulu awal2 menjejakkan kaki ke sini tak pernah pun terfikir nak mengandung dan bersalin di negara orang.. kununnya nak cuti2 europe sambil melihat anak2 yg dua ni membesar dulu n bile dah nak balik baru nak ade beby.. tapi perancangan Allah adalah yg terbaik buat semua,alhamdulillah.. semua pengalaman tu adalah kenangan yang manis buat mama iu mengenal erti hidup ini..yelah kadang2 hidup kita bukan seperti yang kita rancangkan, yang kita mahu.. tapi percayalah di sebalik apa yg berlaku itu pasti ada hikmahnya.. jadi,jangan lah
bersedih hati sekiranya apa yg kita perolehi sekarang tak seperti yang kita mahu pd masa lalu.. Allah maha tahu apa yg terbaik buat kita semua.

Seronok!!!.. itulah gambaran yang dpt di ucapkan ketika bersalin di bumi asing ni,walaupun tak banyak beza bersalin di negara sendiri tp ianya cukup memberi makna dlm hidup ini, hospital tempat mama iu bersalin ni namanya Frauen Uniklinik Universitas Des saaland ( Klinik perempuan) khas untuk ibu2 yang bakal melahirkan anak.. kat Uni Klinik ni gaklah buah hati study.. tapi bukanlah kat bangunan ni..tp tempat lain ( neurologi).Uni Hospital ni besar dan banyak jabatan2 lain yang terletak dlm bangunan2 yang berbeza..

Drp segi servis kat sini boleh lah di katakan amat memuaskan..walaupun tak ramai yang boleh ckp english..tapi diorang still cuba nak comunicate dlm bahasa english..paling cikai pun kalu x tahu nak ckp blh guna bahasa isyarat..hehe.. ala mama iu pun bukan reti sgt ckp english..ntah betul ntah x ayatnye main sebut je..segan gak bile x reti berbahasa ni.. rata2 nurse kat hospital ni sgtlah muda..mungkin dlm awal 20 an.. tapi nampak sgt pro & bagus drp segi kualiti kerja dan khidmat yg diberikan.. hmmm.. jarang nampak nurse yg 30an or pertengahan kecuali lah mgkin ketua dia..ataupun makcik cleaner..hohoho..

Time bersalin mama iu di temani oleh dua org hebamme ( ape bhs englishnye x reti- bhs melayu bidan kot) dua2nya sangatlah baik..sangat peramah & time sakit2 bersalin tu diorng ni x jemu bagi kata2 semangat..time ni gak buah hati ade di sisi utk bagi semangat..pegang tangan mama iu.. & mama iu pegang tangan kuat2 time contraction yg teramat sakit dtg sekali sekala..fuhhh... Doktor takde lagi masa ni..mayb sedang odw sbb time ni da tgh2 malam buta.. oleh sebab mama iu tak tahan dah nak meneran & hebamme n papa pun da memandang dgn penuh sayu... kami teruskan ajelah aktiviti menyambut bby tanpa doktor.. time ni mama iu macam x byk sangat tenaga..sbb b4 tu tak makan byk.. dan alhamdulillah...akhirnya pas dlm 4 ke 5 kali meneran dgn sepenuh tenaga akhirnya beby pun lahir... syukur tak terkira masa tu.. ade terfikir gak masa

- Izzah day 5 to 9 -

tgh2 meneran b4 tu kalau2 tak dpt nak keluarkan beby camne ye..nt kena vakum ke,operate ke..da risau dlm hati..tp masa tu diri bertawakal je pd allah dan terus usaha nk keluarkan beby gak.. dan yg tak leh lupe tu time2 semangat nak meneran dan mengeluarkan beby tu hedamme suruh stop push dan tahan kejap ..pulak...aiii..sakitnya masa tu...dengan nk menahan sakit sekali meneran tu.. ikut jelah ckp nurse.. buah hati kata mayb dia nk suruh beby kuar sendiri..time contraction dtg.. dan lagi satu mungkin supaya taknak paksa beby keluar sebab takut bahagian tu terkoyak.. alhamdulillah..time ni dpt ikut arahan hebamme dan tak kena jahit.. jadi kesakitan akibat di jahit tu mama x rasa kali ni.. berbanding sewaktu melahirkan faris dlu.. memang terasa hidup2 dijahit sbb tak dibius pun tpt tu...terasa jarum dan benang tu menusuk..dan dgn jahitannya satu persatu..sakitnya..Allah je yang tahu,tp mayb x sesakit saat melahirkan beby..time haziq pulak di jahit juga tp tak terasa sbb da kena bius..hehe

Terdengar tangisan beby masa lahir tu da cukup melegakan hati..walaupun bru lepas merasai kesakitan antara hidup dan mati tapi bila memandang wajah bayi yang di kandung selama ni menguatkan lagi semangat utk bertahan menahan kesakitan itu.. hebamme tanya nk letak beby tak atas badan mama.. dan beby diletakkan atas bdan mama dlm setengah jam n di selimutkan supaya beby tak sejuk.. snow kat luar time ni..hehe.. kendian lepas setengah jam kat situ..uri baru keluar..dan hebamme kata tu la tpt yang selama ni beby duduk..1st time tengok benda tu..b4 bersalin anak2 b4 ni tak pernah pun dr nak tunjuk.. dan time ni Dr baru sampai..semuanya da selesai baru sampai..?? tapi tak kesah pun sebab da selamat semuanya... hebamme yg menyambut beby pun ala2 doktor juga.. bagus sgt.. pas cek2 & bersihkan ape2 yang patut mama iu dibenarkan untuk berehat di bilik bersama beby dan papa.. :).. b4 tu hebamme bersihkan beby dan pakaikan baju lawa2 untuk beby.. time ni sokmo beby tido.. sesekali terdengar rengekkan manja beby..pastu tido balik..dia tak minta susu lagi.. lagipun rasanya time ni mama iu tak byk susu lagi..

to be continued...:)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails