Izzah Safiyyah - part2


.

- Izzah day 10- 15 -

Duduk di hospital selama 3 hari.hari pertama tak banyak masalah sebab sepanjang hari beby hanya tido.. tak minta susu pun sampai mama iu risau dan selalu tanya kat Dr dan nurse2 yang dtg kenapa beby tak nak menyusu..yelah takut dia lapa..tapi diorang ckp normal kalau beby selepas lahir taknak menyusu lagi sehari dua sbb dia masih kenyang dan mungkin terasa masih berada dlm perut ibu.. ooo gitu rupenye.. lega sikit.. mlm pertama selepas beby lahir huby
temankan sampai ke pagi.mujur katil seblah belum ada orang lagi..awal2 pagi tu buah hati balik ke rumah kejap masakkan sup untuk mama..sian sbb mlm tu huby pun tak tido juga.. dan pagi2 dah kena balik ke rumah berbasikal dgn snow yang tebal lbh kurang 30 minit naik basikal.. terharu sgt rasanya dgn pengorbanan buah hati.. dlm hati rasa syukur sgt2 dan semakin sayang sgt pada huby.. time ni da x risau pd anak2 sebab ade adik di rumah yang tlg tengok2 kan... pas anta sup huby balik semula ke rumah dan nanti nk dtg semula dgn anak2 dan adik kat rumah.. cian pd diorang sbb time sejuk2 snow ni terpaksa dtg ke hospital nk melawat mama dan beby...tp nampaknya anak2 seronok dan asyik kiss2 je bile tgok beby...sayang betul diorg pd beby.. :)

kendian hari kedua..time siang dia tdo.tp start malam tu asyik merengek wpun da diberi susu.. mungkin susu tak cukup atau tak keluar lagi.. start jam 10 mlm sampai 5 pagi mama iu bersengkang mata x tido risau ngan beby yang setiap kurang 15 minit akan terjaga dan menagis.. huby xde time ni sbb mama iu suh rehat je kt umah,smlm dah la x tido & ingatkan beby leh tido mcm mlm semalam..tapi cubaan btl..bby meragam sket mlm ni..time ni mama pun masih x larat sbb masih sakit lps bersalin dan juga perlukan rehat secukupnya.. kalau beby asyik menangis camne mama nk berehat dan nak ade tenaga nk menjaga beby pada keesokkan harinya... so mama pun bercadang nk letak beby kat bilik bayi sekejap supaya mama dpt berehat dgn sempurna... b4 tu da beberapa kali tolak tpt tido beby tu utk ke bilik bayi tp bile sampai je kat pintu nk keluar dia start menangis balik.. aduhai... terpaksa balik semua ke katil untuk tenangkan beby dulu.. kalau menangis pun nak letak di bilik bayi si nurse di situ akan pulangkan pd kita balik beby kalau dia x dpt nk diamkan beby...so kena pastikanlah beby da kenyang..dan x menangis..

then lepas beberapa kali menyusukan akhirnya beby tido dan tak menangis.. time ni cpt2 bawa ke bilik bayi.. dan bila da letak disana..cepat2 mama balik ke bilik semua untuk meluruskan badan.. ahh.. leganyaa selepas semalaman hanya duduk dan mengiring menyusukan beby dpt juga nak meluruskan kaki dan badan.. nikmatnya... tapi selepas lebih kurang 15 minit nurse dtg balik ngan beby.. katanya asyik menangis nk susu.. so terpaksalah tahan juga.. semalaman la mlm tu ngan beby camtu.. tapi alhamdulillah bile stat pagi je beby da x menangis.. mayb dia penat gak sbb semalamam tak leh tdo.. time ni la mama berehat.. selepas breakfast jam 730 pagi di bilik breakfast (hari 1st je dia anta bfast ke bilik,hari seterusnya kena berjalan utk amik bfast sdiri..) mama berehat dan tertido sehingga jam 10 am, time ni sib baik nurse kejutkan sbb nk cek beby..kalau tak mayb mimpi sampai ke petang.. heheheh..

sepanjang 3 hari di hospital, rutinya di pagi hari Dr bersama 2 org nurse akan dtg melawat dan bertanya khabar.. periksa perut mama..dan tanya kalau ada ape2 soalan...sbb tak tahu nk tanya ape..biasanye kejap je la dr melawat..b4 tu akan ade 2 org nurse yang mengambil tekanan drh,cek suhu badan dan inject di lengan.. hari 1st ade gak amik ujian drh.. dan nurse akan kemaskan katil gak..:) bile tgh lunch dan dinner akan di hantar ke bilik..cuma breakfast je kena jalan sket.. tupun start hari kedua.. lebih kurang cam kat mesia gak.. tp kat sini.. biasanya makan roti je..yogurt , buah ngan sayur2..takde nasi ke ape..tak semeriah kat mesia.. boleh minta taknak ade ayam atau daging kat sini sbb bukannya halal nk makan pun... huhuhu... dan kat spital ni besh gak sbb hari kedua tu da stat de ahli fisioterapy (nurse gak), yang akan memberi tunjuk ajar ttg senaman yg boleh di buat.. lepas tu dia tlg urutkan belakang badan sket... wah.. sedapnya time di urut tu...tapi taklah sehebat tukang urut kat mesia nuuu... tapi oklah drp x di urut langsung.. bisa tulang pinggul dan badan masa bersalin time ni mmg sakit sangat.. kalau tak terpaksa..malasnye nk tinggalkan katil.. tapi rasanya lagi kita bergerak..lagi cpt baik..drp tak bergerak langsung lagilah sakit.. tp tgok org kot..kalau nk bergerak pun hati2 lah.. :) ..

tula serba sedikit pengalaman bersalin kat sini..tak banyak beza sgt berbanding di Mesia, lagi bagus di sini rasanya sebab adanya pemeriksaan susulan selepas bersalin. kalau di mesia biasanya kalau pagi tu bersalin rasanya petang hari tu gak nak cepat2 balik rumah.tp beza di sini..paling awal pun boleh balik ke rumah dlm 3 hari sbb adanya pemeriksaan susulan untuk ibu dan bayi tersebut..ada ahli fisioterapy yg menerangkan senaman2 lps bersalin & sebelum balik ke rumah beby akan di periksa oleh pakar kanak-kanak dgn teliti bagi memastikan bayi benar2 sihat..pemeriksaan trhdp jantung beby dilakukan dgn menggunakan ultrasound,kekuatan tulang beby diperiksa, keadaan perut dll.. kalau semuanya sihat barulah bayi dibenarkan pulang..

mula2 ingat nk bersalin dlm air.. tp bile pk balik cam takut plak..Doktor ckp bsalin dlm air sepatutnya x sakit sgt sbb beby keluar lbh smooth..tak byk luka dalaman.. tapi..hati pun cam x sedap plak.. kalu bleh normal knp x nk bersalin secara normal..tapi sekarang alhamdulillah.. semuanya da selesai.. leh berehat panjang pasni..hihihihi..pantang cam biasa spt kt kg..berbekalkn brg2 yg dipos oleh keluarga dulu dan yg dibawa adik kelmarin..kehadiran adik kat sini sedikit sebanyak meringankan kerja2 di rumah...sayang kamu tina!.. juga orang yang paling byk membantu dan memberikan semangat adalah huby sendiri, wpun tak selengkap penjagaan selepas bersalin spt di kampung kehadiran huby dan adik serta sokongan moral drp ahli keluarga dan rakan-rakan banyak membantu mama iu..terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan kalian semua.. :) syukurlah sekarang badan semakin pulih dan dan beby makin membesar menjadi sihat dan cantik... hehehe..

7 Responses to “Izzah Safiyyah - part2”

  1. aunty kin turut bergumbira untuk baby izzah safiyyah.. :).

  2. CikMin says:

    sedapnyer nama izzah safiyyah....comei baby mama iu....tahniah sekali lagi mama iu....

  3. Hana says:

    alhamdulillah....akhirnya dpt juga cerita baby Izzah dan mama iu.

    interner dah ada kat rumah?nak hantar email ni. guna yg mana ye?suami tgh xm sampai sabtu ni.lpas tu, kami bincang betul2.. take care ayu.

  4. ishamizu says:

    Salam mama iu n baby izzah safiyyah! akhirnya..hihihi..dpt tgk beby izzah senyum! so cute!:D

    nway, smg iu slmt bpantang..so beruntung ada adik dtg jauh2 nk jge kakak dia n anak2 buahnya!=)

    Kte plak ler mhitung hari nii..doakn yek!=)

  5. Zuri@ni says:

    Akhirnya, dapat tau jugak nama baby dia, what a sweet name :) semanis tuannya juga :)

  6. kak kin.. izzah kirim slm kat hamdan ..ehehehe :)

    -----------------------------

    terima kasih ye cikmin.. :)

    -----------------------------

    menumpang int jer ni..sambil tu msh try nk psg internet sdiri... nt da bcg bitau ye..emel kt mn2 je yg mudah...inysa allah.. sampai je .ehehe

    ------------------------------

    ha aa..untung sbb de adik yg rajin nolong wat kije umh ngan tgok anak2.. lg cpt sembuh leh jejalan cpt...hihihi...

    selamat2 juga buat izu.. :)

    -------------------------------

    terima kasih auntie zue - salam drp izzah :p ..eheheh

  7. salam kak ayu..
    c0ngrats ade baby baru..
    ch0melnye!! =D
    nama pon chomel!

    eh, lupe lak nak intro.
    ingt saya lg x? knal kak ayu time kat gdo bingen taun lepas.. =)

    smoga kak ayu&baby sehat2 selalu.. ameen =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails