Ukuran Iman Yang Sempurna


.


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"

Seseorang yang hendak berzina,tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya;dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya."
Riwayat Bukhari dan Muslim

Pengajaran hadis:

i) Orang yang tergamak melakukan perbuatan yang ditegah agama
enandakan ketidaksempurnaan iman di jiwanya.

ii) Kebahagiaan hidup adalah bergantung pada pertalian keturunan
yang baik, keselamatan akal dan fikiran serta harta benda kerana
keturunan yang terpelihara akan menjamin kesejahteraan keluarga
dan masyarakat, akal yang sihat membolehkan seseorang itu
membezakan antara yang baik dan buruk, hak dan batil serta
keselamatan harta benda itu pula membolehkan segala
perancangan dilakukan dengan lancar dan sempurna.

ii) Oleh itu Islam melarang keras daripada melakukan perbuatan
zina yang boleh mencemarkan keturunan manusia, minum
arak atau menagih dadah yang boleh merosakkan akal
fikiran serta perbuatan mencuri yang menyebabkan kesusahan
orang lain dan sebagainya.

iv) Sesungguhnya kekuatan iman itu dinilai pada sejauh
mana seseorang itu dapat membendung hasutan nafsunya
serta menjauhi bisikan-bisikan jahat yang menggodanya.
oleh itu amat penting bagi setiap mukmin sentiasa
menjaga pergaulannya agar tidak terpengaruh dengan
gejala yang tidak sihat yang berlaku di sekitarnya.


p/s : drp emel kwn2.. dulu kat mesia slalu dgr hadis ni drp radio ikim.fm.. "dengarlah Radio IKIM.fm pilihan UTAMA !!.." (sebut ala2 budak kecik cute dlm radio tu yek.) hehe :)


2 Responses to “Ukuran Iman Yang Sempurna”

  1. Mummy HS says:

    salam, hana hantar email kat lady_iu tp kena reject la. kat arif dapat.

    setakat ni 80% jd gi kut. sbb habis xm, esok subuh2 tuh suami keja dah. ckap gitu2 la. so,nak pesan pape tuh cakap awal. kalau nak suh belikan pape kan. kitaorg maybe nak shopping2 sikit barang lpas2 ni.

    harap2nya dpt jumpa ayu nnt. jauh tak rumah ayu dr fra tuh?take care

  2. salam.. :)

    emel hana sy ade bc kt emel huby.. dier dlm proses mereply nt..:)

    agaknye slh tulis emel addres kot, lady_iu@yahoo.co.uk bkn yahoo.com..

    fra ke sini klu naik train plg awal dlm 2 jam lbh..tp sbb hujung mgu train x byk jln mayb dlm 4 jam.. kalau naik kereta pulak dlm sejam lebih jer..

    k nt emel lagi..brg2 nk bw stakat ni xde lagi..tp mayb nk kirim kicap bilal/kipas udang sebotol dua kot... tp nt lah konpomkan balik kalau jd.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails