Archive for January 2008

esmaullah..sami yusuf..


.

Dr Fadzilah Kamsah kata
" Mengapa bersedih sekiranya kita boleh gembira...." tapi kenapa susah sangat kita nak gembira..? uwaaaa..... ;9(
abaikan...abaikan....
erm...toksah layan perasaan yg entah ape-ape..


Memoir of Abu Dhabi, UAE.. 11 Jan 08


.


Semasa perjalanan balik daripada Malaysia ke Jerman pd 11 Januari 2008 lepas kami transit di Abu Dhabi. Kami sampai di Abu Dhabi jam 12 mlm .. Sementara menunggu penerbangan seterusnya jam 2 petang (transit 12jam). Malam tu kami menumpang tidur di rumah kawan yng baru kami kenali di atas flight..(panjang ceritanya..) tapi Alhamdulillah, allah permudahkan urusan kami di situ.. thanx buat reduan (kembar matt di jerman..kawan yg kami kenali) dan juga kpd isteri reduan..ie ema kerana sudi menumpangkan tempat kami berteduh..dan ema yg memasak makanan yang sedap .. sungguh istimewa lunch kami aritu.. ;) semoga allah membalas jasa & budi kalian berdua.. jemputlah dtg ke rumah kami di jerman bila jejalan ke Europe nanti.. & Selamat pengantin baru juga!!..


Pagi tu kami sempat bersiar2 kat sekitar Bandar abu dhabi..suasana di sana ketika itu agak sunyi kerana kami sampai pd hari jumaat.( jumaat & sabtu merupakan cuti umum di sini). So x banyak kedai buka.. Tempat tu betul terletak kat tengah2 bandar abu dhabi., tempat yang dekat yang telah kami lawati ie Abu Dhabi Mall ( tapi tutup masa ni..huhu) ..lepas tu sekitar tempat2 berdekatan.. boleh tahan juga tempat ni.. bersih .. cantik.. dan udaranya nyaman sekali.. cuaca agak sejuk.. angin sepoi2 bahasa.. (ayat skema arini..hehehe)..
kebetulan masa dtg ke tpt ni mlm semalam yang perjalannya kira2 dlm 30 minit perjalanan kereta drp airport abu dhabi.. kita ternampak cam ade laut kat kawasan situ.. tp x sure pulak katne.. so aritu kami pon carilah tempat tu kat kawasan berdekatan dgn berjalan kaki..x jauh.. takut nak p jejauh nanti sesat la pulak...
Alhamdulillah.. jumpa tempat tu.. lawa gak... maybe tpt lain ada lagi yang lebih lawa.. sebab masa yg terhad.. x sempat lah nk p.. xperla..asalkan dpt singgah di Bandar abu dhabi da kira seronok juga coz dpt melihat suasana kawasan baru..

Oh yee... teksi pd tengah mlm ke Bandar abu dhabi 65 dirham.. tapi siang2 masa nk ke airport balik kena bayar dlm 35 dirham.. duit dirham lebih kurang cam duit RM..
jemputlah kengkawan yg nk ke abu dhabi..lawa gak tempat nie..

Bangi & Airport..


.


* Airport.. 10 hb januari 08

saat paling menyedihkan kerana terpaksa meninggalkan kampung halaman buat kali kedua.. meninggalkan mak ayah ..adik beradik dan sanak saudara,ahli keluarga,saudara terdekat.. kak ipar..kakak2 biras.. kawan2..anak2 buah yang comel... insya allah kitakan ketemu lagi pada tahun 2009 sekiranya panjang umur...

sebenarnya masa tu taknak menangis ..tapi..entah camne.. tak mampu gak nk kawal perasaan... lagi2 bila tengok mak ngan abah.. menitis juga airmata... huahuahua.... sedeyyy wooo... ;) takpe... dua tahun x lama... insya allah... rasanya masa terlalu pantas berlalu ketika berada di malaysia...

thanx buat mak ayah, mak ayah mertua..abang dan kakak ipar.. abg ipar dan kakak2 biras.. kak akma juga..jg adik beradik... thanx sudi menghantar kami ..;) semoga jumpa lagi!!!

p/s : to kak adibah & family.. terima kasih di atas bantuan, nasihat & tunjuk ajar... serta makan2 bbq yang besh mlm tu... & sudi ajak kami bermalam kat sana.. cepatlah datang ke jerman... he he hee.. ;)

Jb dan Muar..


.

* dirumah kakak biras saye di Kempas JB, dan di rumah mak ayah Hamka di Muar.. terima kasih buat mak ayah kak adibah yang tidak jemu2 melayan kami sekeluarga & juga kepada mak ayah hamka yang belanja makan masak asam pedas di tanjung dan minum petang di rumah..

Teka teki Iman Ghazali


.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka-Teki ) :

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 = "Orang tua "
Murid 2 = "Guru
Murid 3 = "Teman "
Murid 4 = "Kaum kerabat"
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 = "Negeri Cina "
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Matahari "
Murid 4 = "Bintang-bintang "
Iman Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = "Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = "Gunung "
Murid 2 = "Matahari "
Murid 3 = "Bumi "
Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = "Apa yang paling berat didunia ?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah "
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 = "Kapas"
Murid 2 = "Angin "
Murid 3 = "Debu "
Murid 4 = "Daun-daun"
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?"
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang "
Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Memoir in Langkawi 27 dec-29 dec


.


kasih sayang


.

Kasih sayang itu titi..

Kasih sayang penhubung hati..

Kasih sayang itu tali..

Kasih sayang pengikat diri...

" Kasih Manusia sering bermusim..

Sayang Manusia Tiada Abadi..

Kasih tuhan Tiada bertepi..

Sayang tuhan JANJINYA PASTI.."

25 sebab suami 'mental'!!!


.

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ... kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..."
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ....then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari . ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami . ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.." DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

* tq to smart..;p

tahniah...


.

19 Nov 2007..
Tahniah buat adikku niza za..;0)
selamat meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu...
semoga berjaya...!!!..

langkawi ..part III (last episode...)


.

* dayang bunting n eagle feeding..

Pas kat tasik dayang bunting sejam... kami p kt tmpt eagle feeding.. aktiviti dier tgk burung helang tu dtg makan ikan2 kecil yang di campak oleh tukang bawa boat kami... menarik juga... sbb tenang je time kat situ.. sunyi... lastly.. kami p ke pantai beras basah... kat situ kami mandi2.. airnya bersih sgt.. tapi.. hati2 ngan monyet kat situ.. liar dan nakal... x pasal2 nt kalu x hati2.. sume barang kita di ambilnya... barang kat tangan pon dia berani ambil tau... ganas punya monyet....huhuhu...
* Pantai Beras basah..

Hari last kat langkawi.. Alhamdulillah sakit tekak beransur baik.. barulah rasa nikmat nk bersuka ria kt langkawi.. kalu x b4 tu cam x bermaya aje hidup ni.. nak balikkkk!!!... tp alang2 da berjalan2 jauh... kenalah enjoy dan hepi.. kalu x.. buat ape..perhabis duit ajee....huhuu.. dtg sbb nk releks....;0)

tp masa di rasakan sgt cepat berlalu.. pagi2.. kami plan ke wildpark.. oklah tempat ni.. banyak burung2..haziq ngan faris suka sgtlah... ade burung2 macam2.. kanggaru.. burung untaaa... ikan2.. rabbit.. kendian.. kami jelajah pulau langkawi ngan kereta aje.. p ke pantai pasir hitam...xde ape kt sini... lawa je.. * Pantai Pasir Hitam..

last sekali kami ke pantai tanjung rhu.. subhannallah... lawanya tempat ni.. panas terik menyebabkan muka kami jd merah padam... panasnya... Cuma Nampak mat /minah salleh dan salehah ni emmm... biasalah.. berjemur saje.. da kat tempat diorg sejuk... diorang maila ke tempat panas ni... kami pun amiklah masa b4 balik klang mandi2 kat sini.. pantai dia lebih lawa dr pantai chendang... sbb jauh kat utara langkawi...
pas penat mandi.. p makan2 kat restoren dkt2 situ...emm memang nikmat makan time lapar... abis ikan siakap tiga rasa,tomyam campur.. nasi ayam.. masak paprik kami belasah... ni sume menu kegemaran kami nih. Nyum2... * Pantai tanjung rhu..

Gitulah pernerokaan kami ke langkawi.. serius.. besh tempat ni.. berbaloi kalu p... teringin nk p lagi.. mayb... ;0).. n then mlm tu... balik ke klang naik bus gak.. rm 38p/p tiket dier.. tiket feri rm 17 sehala... rasanyalah.. hehehe...

langkawi..part II


.


Kat langkawi kami sewa kancil.. sehari rm 60... duk 3 ari 2 mlm.. okla.. besh gak... tempat yang kami p 1st day tu... underwater world.... rm25p/p bebrapa meter dr hotel tpt kami tinggal... seronok p cni..tmpt kami tinggal kat pantai chendang... ok gakla pantai dier... pas p aquarium tu.. kami cari jalan nk ke tempat langkwi cable car rm15p/p .. nila tpt paling penting kt sini... rugi kalu x p...dkt dgn telaga tujuh... x p telaga tujuh tu.. smpai kat anak kaki bukit dier ajer.. lebih tu x larat da.. tu pun duk dlm keter aje... ehehee... mlm2 x kemana2 pon.. setakat shopping n awindow shpiing situ2 aje..pastu penat zzzzZZZZzzzzzz....
Hari kedua kat langkawi...


Coooobbbaaaaaaaaaaaaaaaannnn....... sakit tekak sgt2... actually b4 tu da rasa sakit ..tp x la sampai kemuncak... ari kedua ni memang da x tahan sgt2.. tpaksa cari klinik.. bdan pond a x tahan sbb sakit tekak tu myebabkan kita x dpt nk telan makannan pon... azabnya ketika menelan tu camm... emm x tahu la nk ckp... sabar sgt je la time tu.. rasa nk balik klang pon ada... menitis air mata ini.. huhuhuhu... p klinik... doctor tu cek pelik skit la.. cam gatai je dier.. hohoho... sib baik aku tgh sakit.. kalu x.. emmm ..nk kenalahhh... dia kata ada tonsil kat tekak... ape itu tonsil????....huhuh...
* Wildpark @ Bird Paradise..

Pas p klinik tu.. kami teruskan gak penjelajahan ... jelajah satu langkawi.. ambik hopping trip... rm90p/p.. ( saje je tulis harga setiap benda..nt senang nk rujuk balik kalu nk p lagi..ehehe).. hopping ke 3 island.. 1st pulau dayang bunting... 2nd eagle feeding.. n last g pulau beras basah... paling best pulau beras basah sbb leh mandi... yehhaaaa... seroonoknyaa...
*Tasik dayang Bunting..

Pulau dayang bunting tu.. dgr dr org cite.. kisah dahula kala.. emm x igtla..skit2.. ada orang dahalu2 ni.. susah nk dpt anak.. n then p mandi kat tasik ni.. x lama lepas tu dpt lah anak...emm... leh caya ker...? tp pngajaran dr kisah dia.. sape nk dapat anak.. mandi kat tasik ni.. pastu nt dapatlah anak.. hohoho.. ambooiii!! Senang nya nk dpt anak.. ehehe... takleh nk caya.. syirik namanya.. yang menentukan tu allah swt.. dan yang penting usaha... ;0) lagi... air tasik dia tawar ....

langkawi ..part I


.

* jeti kuah
Langkawi trip... 27 dec - 29 dec 2007

Alhamdulillah... ade kesempatan juga nk p pulau langkawi ni for da 1st time.. for me.. n 2nd for my hubby pas beberapa tahun x p ke sini...
Seronok juga... bg yang suka keindahan alam.. lautan.. gunung ganang... hutan hijau.. dan ketenangan... rasanya ni la tempat yang terbaik utk berehat... sepanjang kat mesia selama hampir sebulan lebih.. nila satu2nya tempat yang sempat kmi p utk enjoy.. ehehehe...
Kami dtg ke langkawi dr jeti kuala perlis .. naik bus drp klang amik masa dlm kira2...8 jam.. perjalanan malam x byk sgt msalah sbb memasing sedap tido... Cuma risau2 gak kalu pemandu bus tu ngantuk.. tp tawakal ajelah.. Alhamdulillah sume selamat... tiket bas sehala rm43p/p... memula ingat nk naik airasia..tp booking last minit sume da mahal.. x mampulah pulak... huhuhuhu..

Sampai kul 6pagi... terpaksa la tunggu kul 8 pg utk kaunter bus buka.. utk tmpah tiket balik... feri plak stat jam 7 pg.. oklah.. sementara berehat... yang paling excited tu haziq lah.. sbb dpt naik bus.. naik feri... sampai2 ke langkawi.. Alhamdulillah cuaca baik.. cerah dan menarik... kami tempah hotel time smpi dr klang td pd ejen kt bus stand.. rm165 semalam...leh tahan jugak.. bilik besar.. sume ok... Cuma yang x tahan tu tingkat 4 ..lagi!!!!... xde lift..huhuhu... xperla bukan slalu..;p

langkawi underwaterworld..

useful link


.

http://www.alwancomics.com/

Berakhirnya time berlibur...


.


Kami akan berangkat pulang ke Jerman pada..


10 Januari 2008

daripada KLIA - Abu Dhabi - Frankfurt ( Etihad Airways)

terbang jam 8 mlm.. >< ( waktu mesia)


Doakan kesejahteraan perjalanan kami yer kengkawan.....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails