Archive for March 2008

Melawat Kak jo family di Ballinasloe


.

Ballinasloe (Irish: Béal Átha na Slua, meaning Mouth of the Ford of the Hosts) is a town in the eastern extremity of County Galway in Ireland.

The town developed as a crossing point on the River Suck, a tributary of the Shannon. The Irish placename — meaning the mouth of the ford of the crowds — reflects this purpose. The latter part of the name suggests the town has been a meeting place since ancient times. A new public marina has been developed on the river in recent years that allows traffic from the Shannon navigation to access the town.

more..




bertolak lebih kurang jam 4 petang daripada Cliff of Moher, kami meneruskan perjalanan ke Mayo, hajat di hati ingin melihat castel yang lawa kat sana tapi selepas 2 jam berjalan daripada Cliff of Moher,tak sampai - sampai juga di tempat yang dituju.. tom-tom da pening ler.. so dia tak reti nak tunjuk jalan.. lagipun hari dah nak gelap.. tom - tom kata.. "udahlah tu.. mehlah kita p ke rumah kak jo.. "heheheee... Kak jo merupakan kawan blog iu di Ballinasloe,ireland.. kenal ngan kak jo pun melalui blog nya yang sentiasa mekar & mewangi dengan haruman makanan yang silih berganti hari demi hari.. kan kak jo kan.. kan... nak jumpa ngan pakar memasak ni..!!!

sampai di rumah kak jo dekat jam 9 mlm.. dah lewat tu.. sib baik dah putus asa time cari jalan ke castle di Mayo tu.. kalau tak ntah jam berapa nak sampai dirumah kak jo ni.. sian pd tuan rumah yang setia menanti.. tenkiu kak jo.. ;).. sampai di rumah kak jo,kami telah di jemput untuk makan malam...special tu.. ikan kukus tu..ade sayur2an.. ayam goreng ala-ala kfc.. b4 g jalan ke uk tu memang teringin nak makan ayam2 goreng cam kfc ..nando ..etc tu.. sebab kak tempat asal tu manalah ader.. alhamdulillah.. dapat merasa juga di rumah kak jo.. kek lapis pun adaaaa... macam-macam adaaa!!! mekasih ye kak jo & family.. ;),


anak-anak kak jo pun ramah mesra .. kak athia & adik akeif.. kendian malam tu kami bermalam di rumah kak jo.. rumah kak jo besar & sangat cantik.. ala-ala duduk hotel jugak lah ni.. tapi lagi besh kat sini drp duduk di Hotel.. kak jo pun mesra, peramah & amat pemalu cam saye.. kehkehkeh.. yeke??.. memain je.. kak jo jgn amik hati yer.. ;p, sebenarnya sebelum datang ke Uk kitorg da berjanji nak tengok siapa paling pemalu.. agak-agak sape ye?? cube teka.. kalau menang dapat adiah!!! ngehngehngeh...



pagi tu.. kak jo ngan abe kak jo, masak mee goreng utk kami sarapan.. & tapaukan bekalan untuk pperjalanan balik ke Limerick.. alahai.. kejap nya masa berada di ireland ni.. terasa ingin lama lagi je nk stay bersama kawan - kawan baru ni.. tapi perjalanan harus diteruskan.. banyak lagi destinasi nak singgah ni.. jumpa sekejap pun dah bersyukur sangat .. lebih baik daripada tak berjumpa langsung.. ehehe.. alhamdulillah.. diri rasa bersyukur kerana di kurniakan kawan-kawan yang sangat baik seperti kak jo... kak kin.. & wa .. serta family mereka di bumi Ireland.. (sob..sob... sedey la plak..)...
ada rezeki pasti kita akan berjumpa lagi kan.. insya allah..!!!


Cliffs of Moher, Ireland


.

The Cliffs Of Moher are amongst the most impressive places to see in Ireland, and are widely considered to be Ireland's top tourist attraction, drawing almost one million visitors in 2006.

The site has been developed by Clare County Council and Shannon Heritage to allow visitors to experience the spectacular natural impression of the Cliffs, without the distraction of overly-imposing man-made amenities or features.


Jalanraya menuju ke Cliffs of Moher agak mencabar sedikit.. walaupun jalanraya kecil,tetapi para manusia memandu dengan agak laju juga..kalau masuk F1 maybe boleh menang kut.. paling teruk pun boleh dapat nombor satu dari belakang..hehehe.. tetapi yang menyeronokkan semasa perjalanan ke sini adalah pemandangan yang sangat indah.. subhannallah.. cantiknya pemandangan laut semasa hampir tiba ke destinasi, lebih kurang sejam lebih dr Limerick.. perjalanan agak kelam kabut sedikit kerana faris takmo duduk diam.. menangis taknak duduk di carseat, orang kata biarkan & pekakkan telinga.. lelama dia akan biasa.. akhirnya faris tertidur dalam tangisan.. sob..sob.. sedih jugak tengok..tp nak wat camne.. kalau jumpa pak Garda (polisi), lagi la naya.. 1st time menaiki kereta di UK, so tak biasalah.. takpe.. pengalaman.. ;),

di Cliff kami terjumpa dengan satu family Malaysian yang datang daripada Lougborough,England.. Kak Rozie & suaminya bersama seorang anak lelaki yang aktif berjalan, naik turun tangga..sungguh sabar mak ayahnya melayan kanak2 itu..;) .. suasana yang agak sejuk & cuaca yang tak menentu,angin yang agak kuat, hujan renyai-renyai tetapi cerah menyebabkan kami agak tergesa - gesa nak ke tempat lain.. so sempat bercerita sekejap aje lah.. seronok jumpa dengan kak rozie & family.. semoga berjumpa lagi di lain masa.. hehe



Limerick with kak kin family


.


Limerick
(pronounced /ˈlɪmrɪk/; Luimneach in Irish)[1] is a city and the county seat of County Limerick in the province of Munster, in the midwest of the Republic of Ireland. The city lies on the River Shannon, with three main crossing points near the city centre and has a 2006 population of 91,000 inhabitants within the Limerick urban area. more




berdebar - debar berjumpa dengan wa di dublin baru hilang.. hati berdebar balik bila nak berjumpa dengan kak kin di Limerick, pertama kali berjumpa juga selepas hampir sebulan mengikat tali persahabatan di alam maya melalui frendster & blog masak memasak.. he he hee... setelah 3 jam lebih perjalanan dengan menaiki bus dari dublin ke Limercik alhamdulillah kami sampai di bus station limerick lebih kurang jam 1000 malam.. perjalanan tak memenatkan kerana sepanjang berada dalam bus kami zzzz.... sian tuan rumah pula menerima tetamu dikala hari hampir lewat malam.. (kak kin kata takpaaa... ;p), suami kak kin, encik Razali Muda ( nama penuh ni..hehe) datang menjemput kami di bus station.. dalam setengah jam perjalanan alhamdulillah, akhirnya sampai la juga ke rumah kak kin..


1st time jumpa kak kin..diri ini terasa macam malu-malu kucin, tapi rasanya kak kin lagi la malu2 kut.. ngehngehngeh.. ye kan kak kin.. ?? hehehe.. kak kin terus ajak makan malam.. kami makan mee goreng kak kin.. emm sedap... ;) kalau tak caya datang la umah kak kin.. hehe.. lepas borak2 terasa sekejap sgt da tengah malam.. malam tu kami bermimpi di rumah kak kin.. duk umah kat kin macam hotel 5 bintang.. besh la kak kin nie..ehehe..


pagi2 tu.. kak kin masak lagi.. sian kak kin kena masak byk2 kali.. sedap plak tu.. murah rezeki kak kin & family,tomyam tu... wahh.. dengan kari ayam.. fuhh.. besshhh.... thanx kak kin!!!!.. pas makan ngantuk la plak.. kes terlebih makan ler nie.. hehehee... sementara kekanak bermain di taman.. kak kin wat kan special karipap pusing ke lipat eh?? lupeee..hee..dgn inti ikan, cutenye kak kin nie..;p.. fuyoo jalan-jalan bawa karipap tuuu..syioknyerrr.. nak tau kemana???... tunggguuuuuuuuuuuuuu.....

p/s : kak kin & family, terima kasih ye.. tak terucap dengan kata-kata, tapi pengalaman di sana memang menyeronokkan & akan di semat di dalam hati selamanya....

Visit My Friend in Dublin City


.

Alhamdulillah.. setelah lebih kurang sebulan merancang,akhirnya sampai juga ke Kota Dublin untuk bertemu dengan Nadwah, teman alam maya & akhirnya bertemu secara nyata.. Bertolak dr London Stanted Airpot ke Dublin Airport dalam sejam perjalanan. Wa & suami, Najib telah menjemput kami di airport. sungguh terharu rasanya sebab baru 1st time jumpa dah susah payah mengambil di aiport..segan juga, keluar je daripada balai ketibaan ternampak wa melambai-lambaikan tangan.. sungguh manis orangnya & slim walaupun dah mempunyai 2 orang cahayamata perempuan.. Izzah & Iffah.. namanya.. leh wat calon menantu ni.. heheheee..
( jangan marah ye wa.. ;p)..

Selepas tu Wa & suami menjemput lunch di rumahnya yang terletak di tengah-tengah Dublin city, wa masak nasi kerabu,dengan ayam goreng & telur masin.. waaahhh...sedapnya macam kat kedai.. sebab rasanya lebih setahun dah tak makan telur masin.. dah la memang selama ni duk cari telur masin.. ngidam nk makan ( bukan pregnant eh..;p) ... bila dapat tu...emmm... habis licin pinggan kami.. siap tambah berkali - kali..(malu2 kucin..hihi)...

selepas kami di jamu dengan makanan, wa & suami membawa kami untuk berjalan di bandar dublin,dengan menaiki kereta kami diturunkan di tengah bandar dublin di O'Connell Street untuk berjalan-jalan makan angin.. berbekalkan map yang diberikan oleh wa & premm canggih yang di pinjamkan oleh family wa.. kami pun merewang lah.. :).. oleh kerana tempat yang menarik tu berhampiran antara satu sama lain & terletak di laluan yang sama, mudahlah nak berjalan.. sekali harung aje.. manusia di dublin ni time ni.. menang packed la.. ramai sangat... tapi besh tengok telatah orang kat sini..

walaupun pertemuan yang sangat singkat (11pg-6ptg), kami ..(sy exp), sangat bersyukur sebab mengenali teman saya ni yang sangat baik hati..walaupun pertama kali bertemu secara live, tapi rasa cam lama da kenal.. wa mudah mesra & suka membantu..banyak plan2 yang wa cadangkan semasa dalam proses ke Dublin..thanx wa!!! sekali lagi ucapan ribuan terima kasih tahap infiniti kerana layanan & bantuan yang telah diberikan...Mohon maaf atas salah & silap sekiranya ada. Semoga ukhuwuah berterusan & berkekalan selamanya.. amin.. ;)

dari wikitravel..


Dublin [1] (Irish: Baile Átha Cliath, "Town of the Hurdled Ford") is the thriving capital city of the Republic of Ireland. It is noteworthy in terms of its vibrancy, its nightlife and its tourist attractions, and is the most popular entry point for international visitors to Ireland. As a city it is disproportionately large for the size of the country (2006 pop. Greater Dublin Region 1.6m); well over a quarter of the Republic's population lives in the metropolitan area. The center is, however, relatively small and can be navigated by foot, with most of the population living in sprawling suburbs.

lagi mengenai dublin.. sini




Kota London dalam kenangan..


.


Sambil Berjalan, Marilah sama-sama kita belajar sedikit sejarah mengenai London..

dipetik daripada wikipedia :

London (pronunciation ; IPA /ˈlʌndən/) is the largest urban area and capital of England and the United Kingdom. At its core, the ancient City of London, to which the name historically belongs, still retains its limited mediaeval boundaries; but since at least the 19th century the name "London" has also referred to the whole metropolis which has developed around it.[7] Today the bulk of this conurbation forms the London region of England[8] and the Greater London administrative area,[9] with its own elected mayor and assembly.[10]

more



Tempat - tempat menarik di Kota London.. antaranya The Palace of Westminster..

The Palace of Westminster, also known as the Houses of Parliament or Westminster Palace, in London is where the two Houses of the Parliament of the United Kingdom (the House of Lords and the House of Commons) meet to conduct their business. The palace lies on the north bank of the River Thames in the London borough of the City of Westminster, close by other government buildings in Whitehall. The palace is one of the largest parliament buildings in the world. more..

London Eye.

The London Eye, also known as the Millennium Wheel, is the tallest (135 metres (443 ft)) Ferris wheel in Europe, and has become the most popular paid tourist attraction in the UK, visited by over 3 million people a year.[1]
At the time it was erected it was the tallest Ferris wheel in the world, until surpassed by the The Star of Nanchang (160m) in May 2006, and then the Singapore Flyer (165m) which opened on February 11, 2008. However it is still described as "The world's tallest cantilevered observation wheel" (because the entire structure is supported by an A-frame on one side only) by its operators[2]. more..


Tower Bridge.

Tower Bridge is a combined bascule and suspension bridge in London, England over the River Thames. It is close to the Tower of London, which gives it its name. It has become an iconic symbol of London. Tower Bridge is one of several London bridges owned and maintained by the City Bridge Trust, a charitable trust overseen by the City of London Corporation. more..



London - 17 March 2008


.

Perjalanan ke London stanted airport mengambil masa kira2 sejam drp frankfurt hann aiport. dalam kegelapan malam seawal 130 pagi kami telah keluar rumah untuk menaiki bus daripada hautbanhof saarbrucken untuk ke frankfurt airport yang mengambil masa kira2 3 jam untuk sampai kesana. alhamdulillah.. kami selamat sampai di airport pada masa yang telah dirancang.

* odw to London

Malangnya takdir telah menetapkan,kami diberitahu flight ke london pada pagi tu delay selama 12 jam.. 12 jam???? ya... 12 jam...? aduhhh... lama nya nak tunggu.. jadual flight yang asalnya jam 630 pg tetapi sebab delay terpaksalah menunggu sehingga jam 6 petang. disebabkan tak larat nak menunggu selama itu..cik abe telah mengambil keputusan untuk stay & berehat di Hotel yg berada di depan aiport. kalau nak ikutkan sebenarnya sayang nak spend duit duk hotel,tetapi disebabkan tak sampai hati dengan anak2 & isteri yang da nak pengsan takpelah spend skit duit tu..lagipun jauh lagi perjalanan..

alhamdulillah,sampai di London kira2 jam 730 malam kami terus mencari jalan ke tempat hotel travelodge di king cross yang terletak tidak jauh drp central London. oleh kerana ini merupakan pertama kali menjejakkan kaki di bumi london maka agak peningla juga nak mencari jalan.. tapi taklah susah sangat pun sebab sistem transport dia antara yang tercanggih didunia so pelancong baru yang bertandang seperti kami ni taklah susah sangat nak mencari jalan. tiba di hotel kira2 jam 9 malam.

* Travelodge King Cross & Convent Garden

seawal 8 pg kami check out hotel utk meletakkan beg di hotel kedua di convent garden travelodge. tempat ini lebih dekat daripada hotel di king cross..selepas meletakkan beg jam 11 pagi,tibalah saat yang selama ini dinantikan.. it's jalan-jalan time.. yahoo.. walaupun planning da agak tunggang langgang sebab flight yang delay,kami tetap meneruskan perjalanan.. ada sehari je kat london, takpe..kita p jelah tempat yang sempat kita pergi.. redha dengan qada' & qadar yang Allah swt da tentukan.. ecehh..yang penting kita sampai & happy..jauh perjalanan luas pengetahuan.. ye tak?? ;p..* Big Ben & Houses of Parliment

Tempat pertama yang kami lawati adalah The Tower of Big Ben & Houses Of Parliment atau nama lainnya Palace of Westminster, sebenarnya kedua - dua tempat ni tak jauh antara satu sama lain, cepat2 snap gambar sebab masa yang semakin suntuk.. selepas itu kami ke London Eye, selepas membeli tiket yang berharga 15pound p/p kami beratur untuk menaiki London Eye. orang ramai masa ni..tapi beratur taklah lama sangat.. bagus sistem dia..;), puas hati sebab dapat naik London Eye.. permandangan dia.. subhannallah.. memang lawa..

* London Eye

kemudian kami berjalan menaiki menaiki bot di sungai london untuk ke Tower of London yang berharga 7 pound lebih p/p (return ticket). kami melalui beberapa buah jambatan antaranya Tower Bridge, London Bridge , Millennium Bridge dan jambatan2 lain yang da lupa namanya.. seronok naik bot nie..* Naik Boat keliling sungai nak ke Tower of London

Lastly kami sempat singgah sebentar di Buckingham Palace. Oleh kerana sampai dah petang takdelah show yang dapat dilihat.* Bungkingham Palace, hari dah nak senja..

* Makan malam di rumah kak siti di London, Greenwich

malamnya kami ade makan-makan yang special di rumah kakak kepada kakak biras sy di London..

p/s : Terima kasih kepada kak siti & family kerana jemput datang ke rumah,sebab tersilap comunication jadi dapat datang sekejap je..kalau tak,leh duduk bermalam lama sikit disini.. thanx sebab pinjamkan tom2..

Hiburkan hati


.

Tips Untuk Hilangkan Stress

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas.
Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai
satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara
yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayannya.

harap sama-sama dpt amalkan.....ye

p/s : dipetik drp emel sahabat, sementara mengumpul & mengedit gambar2 berjalan di UK.. harap bersabar..he he hee...

Nasi Ayam Madu


.

p/s : buat nie time b4 jejalan minggu lepas,bolehlah kalau nak jamu tetamu..;)


Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • Untuk rebus
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • Untuk perap
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >1 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih
  • >sedikit kicap cair
  • Untuk nasi
  • - 5cwn beras
  • - 3 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • - air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.
  • Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air
  • Untuk sup
  • @lebihan air rebusan ayam
  • @1 biji bawang besar kisar
  • @rempah sup
  • @garam
  • @daun sup yg dihiris.

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. 
resipi drp JUNJS11 @myresipi.com

car boot sale a.k.a flomarkt


.

kalau di UK atau ditempat -tempat lain dinamakan car boot sale..tetapi kalau di germany kita panggil flomarkt..fungsinya tetap sama.. menjual barang2 2nd dengan harga yang lebih murah..tapi mungkin tak sehebat & semurah car boot sale di UK.. kut..


p/s : dulu rajin ke flomarkt sampai ade orang bg tittle ratu flomarkt..kehkehkeh


Attention.


.


* Pengumuman PENTING . .heheee *


untuk makluman kawan - kawan, blog ini tidak dapat di kemaskini buat seketika( mungkin selama 10 hari) .. sehingga tarikh yang diberitahu kelak atas sebab tuan rumah ingin makan angin.. makan asap.. dan makan makanan yang sedap2..ehehehe...sebarang mesej (jika ada.) letakkan lah di msj box, atau bahagian komen entry... ataupun emel..
segala kesulitan mohon lah bersabar.. jangan rindu - rinduan yer.. ;c) ..
doakan kami selamat pergi,selamat sampai, selamat kembali dan selamat2 semuanya..
amin..



Program "Malaysian Abend" petang tadi..lebih kurang 50 org tetamu hadir ke program ini..menu - menu nya adalah satay,laksa johor,kuih bingka,agar-agar,teh tarik & dessert ..wow... beshkan..lelagi kalu duk obersea..musti susah nk dpt benda nie..ehehe ;)


Ikan Sweet Sour


.

semasa merewang cari barang di kedai arab di town semalam,terjumpa dengan ikan talapia merah ni.. besarnya hampir 1 kg, harga 3 euro.., teringin pula makan..
jadi kami pun belilah seekor.. faris & haziq punyalah excited tengok ikan besaq ni..
penin la pulak fikir nak masak ape..pas duk belek2 myrespi jumpalah 2 resepi yang sesuai ..
kena wat pilihan nih nak stim ke atau nak goreng..sebab dedua nampak sedap & lazat ..
last2 amik jek resepi kat bawah ni.. mudah sgt..

Bahan-bahan ( 2-3 org )
  • 2 keping ikan merah(aper2 pon bole)
  • serbuk kunyit
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dimayang)
  • 1 biji cili merah(mayang)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak
  • 1/2 cawan air
  • mixed vegetables (bole jugak gune)

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan. Sapu serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng.(Boleh juga diganti dgn tepung jagung dan garam. sapu garam pada ikan kemudian tabur tepung rata atas ikan)
  2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. kacau kejap dan masukkan air.masukkan cili besar. masukkan garam dan gula. tunggu kuah menjadi pekat barulah masukkan ikan.. siap!
  3. jika gune mixed vegetables, masukkan ia sebelum masuk ikan.
p/s : Thanx minami di MR, tak menyesal cuba..anak2 pun suka sebab tak pedas..

Mengubah seseorang


.

Beberapa panduan untuk mengubah seseorang:

  • Contoh teladan dan tindakan seorang lebih berkesan daripada syarahan seribu orang dalam merubah seseorang.

  • Perbaikilah diri kita dulu dan ajaklah dia untuk memperbaiki dirinya bersama-sama.

  • Kejayaan akan dicapai apabila kita dapat memahami, mengikuti dan mencontohi minda, emosi dan tindakan mereka yang sudah berjaya mengubah orang lain.

  • Kejayaan hanya dicapai dengan cara mencontohi seluruh dimensi hidup orang yang sudah berjaya.

  • Umat hari ini tidak akan dapat diperbaiki melainkan dengan cara mencontohi umat terdahulu yang berjaya memperbaiki diri mereka.

  • Apabila kita tegakkan pemahaman dan penghayatan Islam dalam diri, dengan izin Allah perkara yang sama akan tertegak dalam dirinya.

  • Tidak ada ertinya berjalan beribu batu untuk membuat perubahan, tetapi kita tidak mampu memisahkan diri daripada kongkongan hawa nafsu.

  • baca lagi di.... bharian.com.my

    Apam Mudah


    .

    ni resipi apam tepung beras fr kak dayang - tenkiuuuu... ;0)

    bhn2 - 250gram tepung beras,
    1sudu besar tepung gandum,
    1cwn gula,1 cwn air,1sudu yis -
    pukul hingga pekat air nya.. biar seketika

    apabila kembang naik - baru buh eno lemon 2 paket - kacau sebati & kukus..

    p/s : tak letak eno sebab takde eno kat sini, jadi sy gantikan dengan air sprite/soda & dimasukkan semasa pukul tepung sedikit demi sedikit & biarkan semalaman .. disini cuaca agak sejuk..lama nak tunggu dia kembang.. silap2 boleh berjanggut anak - anak sy..
    oh ye.. tutup adunan supaya cpt kembang.. letak skit sirap untuk kaler merah..

    - agaknya b4 ni wat tak jadi sebab tak tunggu dia kembang kot..hohoho...

    Buttered Prawn


    .


    Bahan-bahan ( 1 family... )

    * 400gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya
    * 5 sudu besar butter
    * 3 biji telur kuning-dipukul sedikit (jun guna 3 kuning dan 1 telur putih)
    * 4 cili api-dipotong2
    * 2 tangkai daun kari
    * 1/4 cawan susu cair
    * 2 ulas bawang putih-dicincang
    * pepper, gula n garam

    Cara-cara

    1. Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
    2. Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih. kacau.
    3. Masukkan telur, kacau selalu. (boleh juga titikkan guna hujung garfu bg mendapatkan tekstur telur yg halus mcm kat restoren tu)
    4. Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa2 sambil kacau selalu.
    5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing. Boleh dimakan dengan nasi putih.

    p/s : lemak berkrim...yummy recipes from juns di MR

    Acar tomato..?


    .

    ekceli tak tahu nama benda ni ape..sajek jek bg nama acar tomato sebab ianya diperbuat drp tomato.. sedap dimakan sebagai bahan sampingan,sama fungsi nya seperti sambal belacan tetapi rasanya tidaklah seperti sambal belacan..he he hee...

    cara buat :

    potongkan dadu 3 biji buah tomato,& juga sebiji bwg besar, hiris kecil 5 biji cili kecil/basah
    kemudian semua bahan di gaul rata,perahkan 5 biji limau atau sebiji lemon
    ke dalam campuran tadi,
    gorengkan sedikit ikan bilis yg kecil2 tu.. dan campurkan semua,
    bubuh sedikit gula dan garam - gaul rata..

    siap.. dimakan gitu jek pun sedap.. cubalah !!

    p/s : resepi drp kampung,semasa balik mesia kelmarin..
    oleh mak mertua & kakak biras di klang

    Golongan Manusia


    .

    Apabila 3 jenis golongan manusia ditanya? mereka menjawab?.

    Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??

    X : Sudah tentu? solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
    Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot mood le..
    Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah?

    Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??

    X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
    Y : Ofcoz la posa? malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
    Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

    Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??

    X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
    Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
    Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku?

    Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??

    X: Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
    Y : Antara pusat n ketiak kot? tak pasti..
    Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??

    Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??

    X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
    Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik
    Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..

    Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??

    X : Haram? batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
    Y : Ala ? stakat salam tu takpe lah
    Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat pegang tu takpe la.

    Soalan7 : Kalau anda menerima mesej berbentuk dakwah dalam email, apa yg anda buat??

    X : InsyaAllah saya akan forward kat teman2. sekurang2nya ade gak usaha dlm berdakwah.
    Y : Bace pun tak.. forward ape hal..
    Z : Delete terus!!

    Paru Sambal Kering


    .

    recipes from moralle@myresipi.com

    Bahan-bahan ( 1 kilo paru, untuk 4 hingga 6 orang (it depends) )

    * 1 kilo paru (di rebus dahulu selama 30min at least)
    * Lada kering (dalam 20 tangkai or depends on individual)
    * 2 biji Bawang besar
    * 3 biji bawang putih
    * Serbuk lada putih dan Serbuk lada hitam (sukatan ikut rasa sendiri)
    * 1 sudu kicap masin

    Cara-cara

    1. Paru yg telah di rebus, di potong kecil, memanjang sedikit ataupun ikut suka rasa (asalkan tipis dan tidak terlalu tebal) - di goreng dahulu sehingga separuh garing
    2. Lada kering, bawang besar dan bawang putih (di blender)
    3. Tumis lada yg sudah di blender sehingga sedikit garing
    4. Masukkan paru yg telah digoreng, di gaul rata,
    5. Masukkan serbuk lada putih dan serbuk lada hitam dan juga kicap,
    6. Setelah di gaul sebati masukkan perasa dan sedikit garam,
    7. Boleh juga di masukkan sedikit gula sebagai perasa,
    8. Di gaul semuanye hingga sebati

    p/s : Memang besh!!!!... wallaaaa....i letak lada benggala skit.. nyummmyy..

    How Addicted to Blogging Are You?


    .

    81%How Addicted to Blogging Are You?


    ish..ish..berani nak cuba??? ... he he heee ;p


    Ikan Masak Kari


    .

    * ikan ape ye nie..entahlah..hehehe..

    bahan - bahan

    6 biji bwg merah ( 3 biji hiris selebihnya di tumbuk)
    1 paket serbuk kari Udang,Ketam & Ikan Kering (Nama paket kari)
    50 ml sudu myak masak
    200 ml santan pekat
    600 gr udang,ketam atau ikan kering
    garam secukup rasa.

    cara masak
    campurkan serbuk kari bersama bwg tumbuh utk dijadikan pes,
    panaskan minyak & bawang yang dihiris ditumis hingga kuning,
    masukkan santan dan kemudian ikan kering,ketam atau udang hingga mendidih
    garamkan secukup rasa
    sedia untuk dihidangkan

    p/s : resipi ini drp packet Kari Udang,Ketam & Ikan Masin ADABI.

    Koleksi tak jadi..kwang kwang kwang..


    .

    apa yang anda lihat bukanlah lempeng ye kengkawan.. ini adalah kek span yang tak nampak spannya.. & hangus terus.. tengok lelama cam kelaka jek..
    marilah kita gelak reramai.. wakaka...


    * haziq ngan faris tengah gelakkan mama.. wat apam tapi bukannya jadi apam.. jd benda lain..tak tau apa nama.. tapi my huby kata sedap.. ish3x.. no komen... keempunan nak makan apamm huwaaa......

    Beef Curry


    .

    * recipes from Kari ayam/daging adabi packet,

    Bahan- bahan
    1 bungkus serbuk kari daging ADABI
    3/4 biji kelapa
    11 biji bwg merah
    5 biji bwg putih
    600 gr daging
    1 inchi halia
    1/2 inci kulit kayu manis
    5 ulas bunga lawang
    2 kuntum bunga cengkih
    minyak masak
    asam jawa
    garam secukup rasa

    Cara Masak
    6 biji bwg merah ditumbuk bersama halia dan bwg putih ( blend aje)
    perahkan asam jawa kedlmnya & masukkan serbuk kari then digaul dgn daging
    5 biji bwg merah dihiris halus dan ditumis bersama campuran tadi. Campurkan 3 cawan air.masak sehingga daging empuk (1/2jam) dan masukkan santan.
    campurkan dgn kulit kayu manis,bunga lawang & bunga cengkih biarkan 5 minit
    campurkan garam secukup rasa.
    siap..

    Tekanan Perasaan membahayakan


    .

    TEKANAN PERASAAN: Kombinasi gambar menunjukkan anggota Bomba dan Penyelamat cuba memujuk doktor di balkoni tingkat lima HSB,Alor Star dan akhirnya berjaya menyelamatkan doktor berkenaan ketika leka berbual di telefon.
    - sumber berita hairan..11 march 2008

    doktor..? bagaimana merawat doktor yang sakit..?

    bak kata iu.."usah biarkan hidup anda diselubungi Tekanan.." har har har..

    bagi mengelakkan tekanan, jom jejalan dgn faris...

    nak pergi ke taman tepi sungai.. cuaca kat sini still sejuk..
    selalu panas tapi sejuk... sebenarnya si faris tu tak memunting pun..sekali jumpa puting takmo lepas langsung..ish ish ishh....

    * weekend lepas.. sabtu duk sibuk dgr pru,ahadnya kami jejalan..
    makan angin kat taman....hehehe

    Roti Kismis


    .


    Recipes from mauripan packet..

    bahan- bahan.

    tepung gandum 700gr
    yis mauripan sepeket. 11gr
    garam 1 camcateh
    gula 100gr
    telur sebiji 50gr
    susu 35cc
    air 400 cc
    kismis 100gr
    buah - buah campuran 30 gr
    mentega 70gr

    cara buat :

    - Campurkan tepung dgn yis mauripan dan gaul rata.tambahkan air, adun lebih kurang 5 minit.Masukkan gula garam,mentega,telur dan susu. Adun lagi 10-15 minit. Tunggu 20 minit.
    - Masukkan kismis & buah-buahan campuran dalaman adonan,tunggu 15- 23 minit.
    - timbang 60 gr bentuk bulatan,tunggu 10-15 minit.dirol nipis dan bentuk ikut suka hati.letakkan di loyang yang disapukan mentega/susu cair
    - tunggu sehingga cukup besar lalu bakar dlm oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

    sekian, terima kasih..;c)

    Pengalaman PRU12


    .

    * PRU Parlimen Malaysia 2008 - sumber utusan online

    Pengalaman tidak mengundi buat kali pertama selepas cukup umur (betul ke ayat nie?) ehe... merupakan saat yang amat menyedihkan.. uhuk huk huk. ;c(.. namun dari jauh, diri ini berdoa semoga kemenangan berpihak kepada yang benar - benar berjuang demi kebenaran..

    semasa hari mengundi di Malaysia tu, walaupun tak dapat mengundi..
    kami (aku ngan abeku..) tidak melepaskan peluang menanti dgn tekun & bersemangat ...dup dap..dup dap..debaq2.. keputusan pru12 daripada sumber utama di internet ie live streaming tv3,rtm 1 ,utusan online, tranugkite.net,harakahdaily.net,bernama.com,malaysiakini.com dll lagi website yang memang panas ketika itu.. tidak diduga seperti yang semua maklum,pihak BA kali ini mencipta sejarah baru dengan mencapai banyak kemenangan yang tidak disangka2..di 5 buah negeri ie KL,Kelantan,Kedah,Perak, termasuk lah kemenangan besar di selangor (negeriku terchintaaa..)


    apapun yang berlaku,semua ini adalah qada & Qadar drp Allah Swt...
    kemenangan yang dicapai tentunya bukan perkara yang mudah & usaha yang gigih pastinya telah di berikan oleh semua pihak yang terlibat dlm pilihanraya ini.. sesungguhnya diri ini amat mengkagumi kejayaan sahabat2 membantu jentera pilihanraya sehingga mencapai kemenangan (bak kata kawanku) hatta membantu sebagai penyedia air sekalipun ia tetap mendapat ganjaran drp Allah swt..

    akhir sekali.. syukur ke hadrat ilahi & TAHNIAH lebih 100x diucapkan..he he heee..

    semoga islam akan terus bersinar di muka bumi ini khususnya di tanahairku yang tersayang.. Ameen


    * Keputusan di kg halamanku.. ;c) - sumber website SPR

    p/s : Selamat menunaikan Manifesto yang telah di janjikan sebelum ini
    & Good Luck Selangor!!!



    Ayam Daging Kunyit


    .

    Lazat... ;c)


    nie cara buat,

    perap ayam& daging dgn garam & kunyit sekejap,

    goreng sehingga hampir masak. -ketepikan..

    tumis bwg besar sebiji & bg putih yg dah hiris hingga naik bau,masukkan cili & sedikit belacan jika suka. masukkan garam & gula secukup rasa.kemudian masukkan ayam & daging yang telah digoreng separa masak tadi dan kacau hingga rata. makanlah dengan nasi putih atau nasi goreng semasa panas-panas.

    i letak lada benggala & lobak sebagai tambahan..simple kan?..

    Selamat Mengundi !!


    .


    VOTE FOR TELUS ,VOTE FOR AMAN, VOTE FOR AMANAH


    Amanah, Bersih dan Adil

    Anda..Bagaimana?..

    Hepi Besday ke 28 to Abg.


    .


    7th March 2008

    with special cake i made..


    Good Luck.. May Allah Bless u..
    Insya Allah we will live happily together forever...
    Dunia and Akhirat..
    Ameen..

    p/s : Maybe I am not the best, but i' ll try to be the best for you.. heheee ;c)

    Kuih Tiram


    .

    copy from Myresipi.com
    terima kasih daun keladi.. ;c)

    Bahan-bahan

    * 500gm tepung
    * 1 biji telur
    * 2 sudu margerin
    * sedikit garam
    * 160ml air
    * **6 sudu tepung jagung**
    * **6 sudu minyak**

    Cara-cara

    1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
    2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
    3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
    4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
    5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
    6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

    Nota Tanda Persahabatan


    .

    from combi .. walaupun baru kenal di alam maya nie.. dah dapat nota nie...
    thanx combi..!!

    Aku yang aku..


    .


    Ayu adalah ayu...
    tak mungkin boleh bertukar menjadi Aisyah, Fatimah ataupun Sami Vellu.. ;(



    Tumis telur


    .


    nak kongsi resipi tumis telur nie,masakan family sejak turun temurun..boleh tahan la kalau nak cuba.. ehe..

    :: bahan - bahan ::

    4 biji telur
    cili padi 6 biji (nak pedas lg..tambah lah lagi)
    sebiji bwg besar (kalau guna bwg merah dlm 5 biji)
    3 biji bwg putih
    belacan 3 inch
    ikan bilis kira2 2 sudu
    perasa (jika suka)
    gula & garam secukup rasa.
    1 1/2 cawan air.

    :: Cara Masak ::

    tumis bwg2,cili yg telah dihiris ke dlm minyak yg panasa seperti biasa,
    masukkan belacan,ikan bilis, perasa (jika suka), gula dan garam, tunggu kejap..
    masukkan air,tunggu mendidih..kemudian masukkan telur..agak2 hingga telur da masak.. hidangkan panas2 dgn nasi putih.. .

    Kena tag..alahai.. ;)


    .

    I've been tagged by kak ummuwafi di bangi. menarik juga tag nie... Let see how it is done.


    Rules:
    1. Pick up the nearest book (of at least 123 pages)
    2. Open the book to page 123
    3. Find the 5th Sentence.
    4. Post the next 3 sentences
    5. Tag 5 people

    selepas puas mencari buku terdekat & yang menepati syarat tag, akhirnya jumpa quran kat dalam laci..hehee..nampak sgt tak pernah baca buku..huhuhu.. ( selalu surf internet dlm bilik tidur je..).. semua operasi bersama anak2 berlaku kat sini.. kecuali makan..

    ok, i bacalah quran pages 123 and the 5th sentences

    " Wanita - wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkan mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka."

    ic.. mengenai isteri yang nusyuz.. menarik..

    and then the next 3 sentences..

    Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. dan jika kamu khuwatirkan ada persengketaan antara keduanya, maka kirimlah seorang hakam drp keluarga laki - laki dan seorang hakam drp keluarga perempuan.

    * Hakam ialah juru pendamai.

    so.. then.. i would like to tag 5 person... hehehe..

    1. Kak kin
    2. Mamasya
    3. Kak Azma
    4. Ummi
    5. Kak Dayang


    Alkisah....nya..


    .

    di suatu pagi yang aman lagi damai.... (ayat puitis skit..ehehehe)

    preettt...preett.. pintu bawah rumahku berbunyi... "alamak..!! siapa pulak yang datang ni..
    (debar2 jantungku... sambil mengintai2 di tingkap melihat ke bawah rumah)
    excely,cermin rumah special skit..boleh pantul image orang yang dtg kat bawah melalui tingkap bangunan depan rumah nie... so mudah skit nak skodeng siapa yang datang rumah..


    preeettt..preeettttt...!!! aduiii..kali nie lagi lama bunyinya... ish ish... sape pulak ni...nampak td cam ada seorang laki2 bawa beg.. ( aahh..biar je..ntah sape2 ntah.. dah cuak sangat nie!!..relekss...relekss...) kendian intai balik ke bawah rumah..

    fuhhh..alhamdulillah.. dah takde lelaki tu..(dlm hati..lega..selamat...selamat....).. sambung la keje seperti biasa..


    tiba - tiba..

    ting tong...ting tong...ting tong.....!!!

    - ishhhhh... camne dia boleh naik nie.. !!! tak buka pun pintu kat bawah..(mula gabra balik..)tekan loceng banyak kali pulak tu..nampak cam urgent jek... aku siap2 sambil ngintip lubang kt pintu..pintu umah nie ala2 pintu hotel gitu..leh teropong sape kat luar...hehee

    erm.. rupanya...laki2 tadi la.. serba salah nak buka pintu tak..last2 buka jelah..kendian...


    aku : buka pintu.." hallo..

    laki2 itu : " hallo..%&(*&^%%$^^&&%*%%*....*&^%$*$%#@%&**... (cakap bahse jerman le ni..ntah ..aku pun x faham..ehehe..)

    aku : insuldigung (maaf)..ich keine deutcsh..( saya tidak tahu berbahasa jerman...sambil senyum)..nie lah satu2 ayat yg paling glamer kalau tak tau ckp jerman..ehehehe..
    can you speak in english?.. (aku soal balik..)

    laki2 itu : oohh...nein..( oh tidak..sambil geleng2 kan kepala dia..) - dia x tahu ckp english pulak..alahai..

    aku : can you come back later..? ,kendian aku gtau dlm english yg tonggang langgang..nak suruh dia dtg balik bile abg ade nanti..

    laki2 itu : bila tu?.. dia soal aku..

    aku : on..sontag..? (dalam hati.. "eh cam silap..sontag tu ahad..sambil palingkan muka ke belakang jap..kira2..freitag - jumaat,ape sabtu bahse jemen aa..lupe..samstag..haa..baru ingat..samstang!!!) huwaa..malu aku.....

    laki2 itu : oh nein..dia ckp bhse jemen yg aku faham skit2..dia de keje lain hari sabtu..tak boleh dtg..oo..

    aku : emm...sambil senyap x tahu nak cakap ape..ehehe

    kendian...

    laki2 itu : bagi isyarat tangan..sambil sebut handy?.. sambil tunjuk isyarat telefon..kendian bagi file dia mengenai freenet( kira cam syarikat telefon.. laa... org nak promote telefon rupenye...ingat siapa tadi..hukhukhuk..). nak suruh register baru...

    aku : sambil geleng2 kepala.. aku ckp aku da de 2 telefon..so no need telefon more..thanx..

    laki2 itu : oh ya? ..alles klar..(sib baik faham..ehehe..) sambil berlalu pergi..

    p/s : susah juga tak tahu berbahasa di negara org nie ya..sebenarnya tak belajar lg sbb belum ade ksempatan,dan selalu terperap jek duduk dirumah,(rasa cam xde kepentingan nk belajar jerman - leh ke rasa gitu..?..ehe) n then bile org dtg..mulala nak gabra..cuak x tentu psl..tak berani nak buka pintu..

    b4 nie..sbb kdg2 sape2 dtg yang x tahu dr mn..takut gak.. dulu penah slalu mubaligh kristian dtg..ntah dr Uk katanye.. kerap juga,,kdg2 seminggu dua kali dtg..2 org.. takut jugak.. bukan takut ape..kite nie bukan kuat mana pun..dah la duduk sorang2..kelompok melayu kat sini plak kecil aje...tapi skang dah xpenah dtg sbb tau,bila diorg dtg x penah nak buka pintu..keskeskes..


    lagi plak..yg paling takut org lesen Tv dtg..hehe...kawan2 yg lama duk sini pun pesan,jgn buka pintu kalau yg tak dikenali dtg,bg isyarat loceng 3x la kalu kwn2 yg dtg..ehee..sebab takut sape2 ntah nt..then kat sini kalau de TV kena byr lesen TV..dah setahun duk sini ..x penah lagi bayar..ehehe..org jerman pun x suka nk bayar lesen tv nie..ni kan plak kite..watpe nk bayar.. bukan la keutamaan pun...hohohoho...

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails