Archive for July 2008

Apam Susu


.


kes lom sejuk da nak potong..kan da tak lawa..takpe..yg penting lembut & sodap... buleh wat lagi..

ni resepi drp mat gebu kat myresipi.com..

Trier & Saarburg


.

-Saarburg Waterfall -

Trier [1], in the Rhineland-Palatinate region of Germany, is the country's oldest city, dating from Roman times. - from wiki

- Porta Nigra, Trier -

p/s : 1st time membuat lawatan sambil berpicnic bersama jiran a.k.a kak siti family..pd 13 july 2007 di Trier & Saarburg, Germany.. kira-kira sejam lebih menaiki train drp saarbrucken..beshnya dpt main2 & baring2 kat taman atas bukit yang cantik.. lawatan juga di bantu oleh pemandu pelancong di Trier ..thanx pinky.. ;)

Sejuta Harapan


.




p/s : suke plak ngan lagu nie..

Sejuta Harapan - Dai Nada

Bun


.

bun kacang merah


bun tepung gapo ntah nama dier..

p/s : solan cepu emas.. agak2..lepas sejuk..keras tak bun2 nie..???..rasanya kalu jual kat sini laku ni.. tp kalau kat mesia.. sob..sob...

Wingko


.


400 gr Tepung ketan (tepng pulut)
150 gr Mentega
3 Telur
250 gr Kelapa Parut (Kokosraspel)
1,5 Tin Santan
1 Pck Vanilizucker
2 Kuning Telur

Cara Membuat:

  1. Kelapa parut dicampur rata dengan santan. Dibiarkan terendam beberapa waktu.
  2. Mentega dicairkan, kemuadian masukkan gula dan telur, dimixer hingga tercampur rata.
  3. Masukkan tepung ketan bergantian dengang adonan nomor 1. Tambahkan vanili dan garam
  4. Olesi kertas roti dengan margarin, kemudian masukkan ke dalam loyang kotak berukuran 26 cm. Masukkan adonan yang sudah tercampur rata ke dalam loyang
  5. Panggang selama 45 menit dengan suhu 180°C
  6. Setelah setengah matang, olesi kue dengan kuning telur, kemudian panggang lagi hingga matang.
  7. Selamat menikmati, lebih sedap bila hangat
p/s : resepi ni direct drp empunya resipi kat sini..kwnku drp indonesia..:) thanx to kak arrenda atas resipinya.. enak banget..

Tag - '7 ISTIMEWA DIRIKU...'


.

Saye juga insan biasa..tiada yang istimewa..

kali ni nk wat style cam kak kin slalu wat.. kite tengok juga jwpan org yang di tag sebelum ni.. takpe kan..hehehe...

okeh! mari kita start :-

7 TENTANG DIRIKU

Jawapan Kak Pah;

1. Anak ke 9 dari 12 orang adik beradik
2. Married! to my HB of course and mom to 3 anak2 yg sedang membesar (2 perempuan, seorang lelaki, age 19, 17 & 7)
3. Kehilangan ayah sewaktu berusia 9 tahun dan ibu telah meninggalkan aku kira2 10 tahun yang lalu tetapi masih tetap merindui kedua2 sampai saat nie..
4. Mudah memaafkan kesilapan/kesalahan orang lain tapi sukar melupakan apa yg orang buat kat akak (ingat jerr bukan dendam tau)..
5. Pendiam (tapi tak sombong), penyayang, laugh & cry easily, sensitive & macam2 lagi..
6. Suka membaca (novel, majalah, suratkhabar & apa2 jerr yg boleh dibaca), suka kumpul fridge magnet, suka pada kerja2 kraftangan…
7. Suka menghabiskan masa dengan suami, anak2 & keluarga..

Jawapan Kak kin;

  • Anak ke 5 drp 8 beradik.
  • Saya pun dah kawen jugak, ibu kepada 3 cahayamata.
  • Alhamdulillah masih punyai kedua orang tua...mak mertua pun ada lagi...bapak mertua tak sempat kenal :).
  • Saya rasa, saya pun seorang yg pemaaf, Kak Pah :).
  • Saya pun bole kata agak pendiam gak (ada persamaan la plak kita Kak Pah...heehhhe..) , tapi, bole jadi terlebih ramah kalau jumpa org yg serasi.
  • Tahap kesukaan membaca yg sederhana....heehhe..
  • Sama lagi la kita Kak Pah... suka spend masa ngan famili... :).

Jawapan iu:

  1. Pendiam agaknya..tapi mudah mesra
  2. Garang & Bengis (hehe) tapi lembut hati agaknya.. - unexpected!
  3. Masa kecik kuat menangis (smpai family panggil wek-wek atau ciwek bhs jawanya) da besar pun msh suka menangis..
  4. Sangat sensitif & beremosi (moody)
  5. i ni pemalu..ekekekke
  6. anak ke 3,pempuan sulung (drp 3 laki2 & 4 pempuan)
  7. berkahwin thn 2002,bercinta tahun 1999,anak 1st lahir 2004,2nd lahir thn 2006 & 3rd lahir Nov/Dec 2008 (insya allah...)
7 YANG MENAKUTKAN

Jawapan Kak Pah;

  1. Allah
  2. Hari Kiamat
  3. Ular
  4. Perceraian
  5. Pertengkaran, perselisihan
  6. Membenci & dibenci
  7. PHD (Perasaan Hasad Dengki)
Jawapan Kak kin;
  • Mmm...jawapan kita samala Kak Pah!

Jawapan iu :
  1. Ingin takut dgn sebenar2 takut kpd Allah swt
  2. Perasaan cemburu melampau
  3. Pergaduhan & perselisihan faham
  4. Takut kena marah & memarah
  5. ditinggal sendiri..
  6. riak & sombong (sifat mazmumah dlm diri)
  7. Lupa diri

7 LAGU AKU SUKA

Jawapan Kak Pah;

1. When A Man Loves A Woman – Marvin Gay
2. You’re My Everything – Martin Nievera
3. Doa Ku Harapan Ku – Kris Dayanti
4. Heaven – Bryan Adam
5. Love Hurt – Nazareth
6. Stand By Me – Ben E King
7. Goodbye – Air Supply


Jawapan Kak kin;

{tidak mengikuti sgt perkembangan lagu2..tau sikit2 jer...lebih suka lagu budak2 dan nasyid2 lama :). }

  • My mum is amazing
  • I look, I see
  • Flowers are red
  • Keluarga bahagia
  • Twinkle little star (ni sbb anak3 suka sgt)
  • Akhlak bunga diri
  • Kasih kekasih (lagu feberet zaman anak dara...hehhehh)
Jawapan iu :
  1. Esmaullah - Sami yusuf
  2. Impian Kasih - inteam
  3. As Long as you love me - bsb
  4. truely madly deeply - savage garden
  5. lemon tree
  6. Teman sejati
  7. Keluarga bahagia


7 PERKARA AKU SUKER SEBUT

Jawapan Kak Pah;

1. Ya Allah...
2. Hurmmmm
3. Yea…
4. Ampun…
5. Jangan…..
6. Tak sure sangat
7. Ok Boleh..

Jawapanku;

  • Ya Allah...
  • Ha....tengok tuh!
  • Hey comel!
  • Kenapa nih!
  • Tengok la dulu..
  • Okeh!
  • Bereh!
Jawapan iu :
  1. Haziq..Faris....Watpe tu...?????
  2. Ya Rabbi..
  3. Taklehhhh...
  4. Eeee...bucukknyaaaa budak nieeeeee....
  5. Cian mama tak..?..cayaaaang...
  6. Sukatilah.. (ayat bengang)
  7. Lantaklah.. (ayat takde perasaan..huhuhu)

7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI

Jawapan Kak Pah;

1. My Family (Suami, anak2, adik beradik, ipar duai, anak2 & cucu2 sedara)
2. My Love..
3. My Life
4. My Feeling
5. My Health
6. My Friends.
7. Pengalaman pahit manis, susah senang yang aku kutip sepanjang jalan dan simpang siur dalam kehidupan seorang AKU

Jawapanku;

  • Islam agamaku
  • Iman dalam diri
  • Suami dan anak3
  • Mak, ayah dan adik beradik, serta sedara mara
  • Ilmu dalam diri yg tak seberapa nih..
  • Kerjayaku
  • Harta benda yg tak seberapa..

jawapan iu :

  1. Iman
  2. Family
  3. Kesihatan
  4. Masa lapang
  5. Kawan-kawan
  6. Pengalaman
  7. Makanan (hehe)

7 PERKARA PERTAMA BERLAKU DALAM HIDUP

Jawapan Kak Pah;

1. 1st time pi Umrah 2004
2. 1st time pi cuti kat Europe 2005
3. At the age of 26 1st time jadi ibu (to my eldest daughter)
4. 1st time jadi nenek sedara (nenek glamour tau!) at the age of 36 (muda kan)
5. 1st time kerja tahun 1980 (kerja kilang masa tunggu result SPM)
6. 1st time dapat jadi best employee tu masa tahun 1994
7. 1st time pi dating 1987 (mak kata gatainya anak dara aku nih!)


Jawapanku;

  • Pertama kali naik bas sendiri ke sekolah masa darjah 1, 1984
  • Pertama kali dapat no 1 dalam kelas masa darjah 2, 1985
  • Pertama kali berjauhan dari keluarga, masuk asrama masa form 1, 1990
  • Aku ni agak 'penakut' orangnya, pertama kali menonjolkan diri di khalayak ramai bila masuk pertandingan kuiz dan forum masa form 4, 1993
  • Pertama kali bergelar ibu pada September 2002
  • Hari pertama bergelar kuli gomen, Disember 2002
  • Kali pertama keluar dari Malaysia, November 2006
Jawapan iu :
  1. 1st time keje masa form 1 - part time pg..sekolah petang ( kejap ajer)
  2. 1st time masuk asrama time masuk uni thun 1999 ( homesick giler - bru seminggu duk hostel dah balik kg)
  3. 1st time bawak kreta sowang2 drp klang,selangor ke skudai,jb (utm) tahun 2001 - time bhenti kat hentian kunci plak tertingggal dlm kereta..terkunci drp luar..sob..sob..
  4. berumahtangga tahun 2002
  5. 1st time jd mama pd feb 2004
  6. 1st time melencong ke luar negara (europe) dec 2006
  7. 1st time pandai buat kek tahun 2007


7 ORANG LAIN YANG AKAN DITAG..

  1. Kak dib
  2. Mimi Amilia
  3. Kak Sid
  4. Zueyie
  5. Ruhil/Ummyad
  6. Kak Jue (Cikgujue)
  7. Hana Shakirah

sila la jawap tag2 ni ye sesiapa yg ditag diatas.. hehehehe

Madrid, Valencia & Barcelona - Last episode


.

Madrid .

Drp Cordoba kami terus menuju ke Madrid kira-kira 4 jam perjalanan untuk menginap di hotel Ibis (39 p/n) blh la tahan bilik dier..bilik ibis di mana-mana pun sama je stail dia..besar la juga bg kami berempat..dgn bilik air kat dlmnya..sib baik dia tak cas budak2..jimat duit..ehehee.. sampai tu..mandi2 ..ZZzzzzz..tak larat dah makcik pokcik sume2...

awal paginya jam 9 pagi kami start jalan2 di kota madrid..kira2 20 minit perjalanan drp hotel..bole la tahan madrid ni..antara tempat yang di lawati adalah palace,(parking undergroun berbayar) temple org roman, & kawasan-kawasan sekitarnya..& sempat makan kebab di sini.. beza skit drp kebab di jerman..terasa ayamnya..kalau di jerman.. kebab tu mmg da di tambah perencah..masin..blh la tahan.. kedai kebab halal ni namanya al andalus, diyakini halal & terletak berhampiran plaza de torres (bull fighting area & ada juga show2 len spt pertunjukan aksi bermotosikal)..kat Madrid ni tak lama.. dlm jam 2 ptg kami bertolak ke Valencia..



Sampai di Valencia keadaan di sini biasa saje.. macam takde sangat benda menarik ( ke kurang wat serveyy??..entahlah) tapi cukuplah sekadar untuk melepaskan lelah selepas 3 jam bos memandu drp Madrid..di Valencia kami telah menuju ke city centre, terdapat fountain yg besar di tengah2 bandar..(deutchs bank/barclay-kalau nk kuar duit tanpa di cas lbh) sempat ke plaza de torres..tpt bull fighting..yg beshnye kat sni ramai foregin yg jual cd cetak rompak kat tgh2 tpt jalan org ramai (ala-ala mcm kat pasar malam la pulak)..plak tu jual betul2 depan cinema..pelik kan.. tp tula kenyataan..hehe..hm.. Lepas ni nak kena memandu 3 jam lagi untuk ke barcelona.. adehhh... ( hari last nie... semangat2...) esoknya awal2 pagi da nk kena ke airport sebab flight jam 830 pagi di airport reus ( barcelona) ..nak kena bangun kul bp ni..huhuhuhu..

sampai di Barcelona jam menunjukkan jam 1230 mlm.. tak sempat nk melawat bandar barcelona yang glamer tu.. badan mmg da x larat sangat..tengok anak3 pun da terlentang habis.. kesiannn.. sebab hotel travelodge (35 - family room) terletak di tengah bandar barcelona.. terpaksalah juga dtg ke sini.. dtg ke sini hanya untuk menghabiskan duit minyak & duit tol yg agak mahal jugak (toll - dlm 30 euro p balik) ..jalanraya ketika malam ni agak sesak la pulak..sbb ada program di tengah kota bercelona tu.. tak taula program apenyer..tak larat da nk ambil tahu.. makan tauhu boleh la..muahahaha... drp bandar barcelona ke airport reus dlm 1 jam 4 minit dgn laluan bertoll.. manakala kalau tak lalu toll dlm 2 jam..emm.. tak larat la nk jalan lelama.. ada satu lagi airport barcelona (Girona) juga mengambil masa sejam lbh juga..tapi tak tahulah laluan dia camne.. sbb dia ke arah utara..reus ni arah selatan barcelona..

secara ringkasnya tiba di barcelona mmg kurang berbaloi (sbb tak sempat nak jln2 kemana)..dtg sini utk menginap shj..tp Allah maha tahu atas segala apa yang berlaku..ada hikmah di sebalik semua kejadian.. jd janganlah menyesal sekiranya perancangan yang kita buat tak seperti yang dirancang..(kita merancang & Allah tentukan) bukankah perancangan drp Allah tu adalah yang terbaik... tawakal & redha.. kunci ketenangan dlm setiap insan. ;c)..

Alhamdulillah.. pagi2 tu kami dpt bangun jam 4 pagi untuk bertolak ke airport reus & sempat sampai di airport pd masa yg di rancangkan.. pastikan minyak full dlm pejalanan ke airport sebb agak jauh juga kalau nk ke stesen minyak..sekitar airport reus tiada stesen minyak..maybe kena jalan lagi 1km utk keluar drp kawasan airport & cari tpt isi minyak.. segala makluman & $$$ yg di nyatakan adalah untuk rujukan dimasa hadapan....he he... teman-teman yg ingin menjelajah ke spain ...di harap segala info dpt membantu.. juga sekiranya ada pertanyaan..sila la jgn malu-malu untuk bertanya..insya allah..akan di bantu mana yg tahu & mampu..:) sekian..

p/s : Pengalaman merasai kelainan suasana di bumi andalucia sangatlah berharga & amat berbeza drp pengalaman2 berjalan di tempat lain. Dengan ini tamatlah perjalanan yang singkat (selama 4 hari suku..) tetapi sangat menyeronokkan di bumi bekas islam ie Spain & Portugal..

catatan perjalanan : 3 july 2008 - 7 july 20008

Pulut Panggang


.


versi gajah nye...1st time wat dlm idup ini..sbb teringin sgt la pulak nak makan.. tak reti nk gulung..sekali gulung pappp!!.. atuk gajah punya size..hentam ajelah.. yg penting sedap..
inti plak guna stok serunding daging yang mertua bekalkan kelmarin... plak tu ada stok beras pulut yg kawan bg..tak tau nk watpe..so teraylah benda ni.. besh la jugak..

kodek2..resepi..jumpa resepi mudah.. kat MR
  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • garam secukup masin
  • serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
  • beberapa helai daun pandan (ambo takdelah pulak)
  • daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)
cara wat klik sini..

p/s : Mood tak menentu ni..elok makan banyak2..lepas tu tido..ha..membina badan tu namanya...tp rasanya lebih elok agaknye drp duk melayan perasaan "gile".. hahaha... abaikan...

Satay - express


.


resipi : (beli rempah instant kat kedai..ikut arahan..siap..;p)

oleh sebab nk cepat makan..guna je la yg di beli kt kedai asia..ayam & dgg,juga sambal kcg tu.. tapi rasanya tak kena dgn selera ambo.. masak pun guna oven..ermm.. nasi impit plak masuk dlm plastik kecik & stapler.. rebusla sampai masak..

p/s : Mayb kali terakhir beli instant2 nie..


Andalucia - Cordoba - part III


.

Cordoba Info.. from wiki

Situated in the center of Andalusian Autonomous Region, Cordoba is a great cultural referring in Europe. This ancient city, which has been declared World Heritage Site, is a mixture of the diverse cultures that settled in it throughout history.

Very few places in the world can boast of having been the capital of a Roman province (Hispania Ulterior), the capital of an Arab State (Al-Andalus, a highly civilized state in Southern Europe) and a Caliphate. Such splendour is palpable in the intellectual wealth of this centre of wisdom and knowledge, that has seen the birth of figures like Seneca, Averroes and Maimonides.


The historic quarter of Cordoba is a beautiful network of small streets, alleys, squares and whitewashed courtyards arranged around the Mosque-Cathedral, which reflects the importance of the city during medieval times. ....

Jalan lagi....

selepas puas berjalan di alhambra, Granada..kami meneruskan perjalanan ke Cordoba.. perjalanan melalui highway ke sini agak lenggang..seolah2 takde orang lalu sini..maybe sebab hari sabtu..ke sume cuti..atau terlalu panas sampai orang tak berani nak keluar rumah..entahlah... tp suhu time ni 36 celcius..memang panas...(sesuai untuk tido di rumah/berendam dlm pool aje..) hehe.. sampai di Cordoba dlm jam 430 ptg, kami terus ke Mezquita, bekas masjid ketiga terbesar & mempunyai gereja di dalamnya.. ketika ini seni-seni islam dlm tu mmg masih jelas..mihrab juga masih terpelihara di situ.. cuma terdapat di beberapa sudut,ada patung2..& sudut2 spt dlm gereja.. suasana yang gelap agak menyuramkan suasana bekas masjid ini.. tapi perasaannya bila mengimbau kembali zaman silam.. bagaimana orang-orang islam yang membina tamadun yang tinggi & hebat ini boleh hancur & lebur..yg tinggal hanya cebisan sejarah.. sayu nye rasa hati..


lagi info :

The Mezquita dates back to the 10th century when Córdoba reached its zenith under a new emir, Abd ar-Rahman 111 who was one of the great rulers of Islamic history. At this time Córdoba was the largest, most prosperous cities of Europe, outshining Byzantium and Baghdad in science, culture and the arts. The development of the Great Mosque paralleled these new heights of splendour.

http://www.andalucia.com/cities/cordoba/mosque.htm
selepas tu kami telah ke Torre de Calahora , Museum ni mengenakan bayaran masuk sebanyak 4 euro p/adult, terdapat byk kisah2 orang islam seperti ibnurusd, pakar islamic zaman dahulu..yang hanya tinggal nama..nama yang hanya ada dalam sejarah..

info :

The Mihrab

This traditionally had two functions in Islamic worship, first it indicated the direction of Mecca (therefore prayer) and it also amplified the words of the Imam, the prayer leader..



tempat yang di lawati.. :-
  • Mezquita - The third biggest Mosque in the world, with a Cathedral built inside. More than 20,000 people could pray inside. A huge 'colunm's forest', an impressing atmosphere. Andalucia.com - Mezquita A must see.(8 Euro, free entrance! from 8:30AM to 10AM).

  • Medina Azahara - Carretera de Palma del Rio. Ruins of the capital of the Western Caliphate, built beginning in 940. Huge archeological interest, a beautiful and very special walk. Approximately 5km west of town. (Free entrance for EU-citizens, very cheap for non-EU. The tourism office currently runs a bus at 11AM for 5 Euro.)
  • Alcazar de los Reyes Cristianos - Close to the Mezquita. Castle-fortress of the Christian Monarchs with beautiful gardens and historical heritage.
  • Torre de la Calahora - At the opposite end of the Roman Bridge. Historical city Museum.

info..

http://www.cordoba24.info/english/html/sehen.html, http://www.andalucia.com/cities/cordoba/mosque.htm, http://wikitravel.org/en/Cordoba_%28city%29


slideshow granada plak :





Andalucia - La Alhambra, Granada - Part II


.

Selepas 7 jam berada di dlm kereta, kira-kira jam 1230 mlm kami sampai di Hostal Dona Lupe ( book kat Hostalworld.com) yg terletak 0.5m shj drp kaunter tiket La Alhambara..saje nak mencari tpt menginap yang paling hampir dgn Alhambra sebab di sinilah satu-satunya tempat yang ingin di tuju di Granada.Hostal ni merupakan hostal termurah time ni hanya 16 euro p/p..sume 32 euro utk smlm.. & terdapat parking berbayar di tpt berhampiran. (1.35 p/hour).. hostal ni dilengkapi dgn bathroom,bilik ok..tapi agak berbahang..panas tp bila buka tingkap ok je.. saba je la nk murah katakan..

jam 8 pagi kami da bertolak ke alhambra,tp dah ramai org beratur utk membeli tiket..alhamdulillah..kami da book awal tiket so blh ke kaunter tiket yg tak ramai ketika tu..tp bagi org yang baru nak beli tiket dinasihatkan keluar awal seawal jam 630 pagi sebab kaunter mmg akan sesak.. (betul jangkaan tu)..ada 3 cara utk beli tiket ni..satu beli terus kat kaunter(tp kena beratur menunggu- tak sesuai utk yg ada anak..bujang ok kot), kedua book kat internet (cam kami wat) & ketiga beli guna kad kredit melalui mesen yang di sediakan di situ.. (x tau la cara ni cane).. harga tiket masuk biasa 13 euro & student dpt diskaun,hanya perlu byr 10 euro..kanak2 free..(ada had umur).. info nak book tiket kat serviCaixa.com.



Terdapat 3 bahagian dalam Alhambra ni..ie Al cazaba, Palace generalife & Nasrid Palaces. Nasrid Palace adalah yang paling grand & hanya boleh dimasuki pada masa yang telah di catatkan di dalam tiket yang telah dibeli.. blh lihat masa tu time book tiket di internet ..time kami masuk adalah jam 930 pagi.. b4 tu kami jalan2 dulu di kawasan sekitar ie di Palaces de Generalife. Tempat ni mmg lawa.. pokok2 oren yang ranum memang byk kat sini.. tp tak tahulah leh makan ke tidak oren tu..npk macam x menarik sgt buahnya..pokoknya ranum..

selesai berjalan kat taman ni.. kami bergegas ke Nasrid palace utk mengejar masa yg tercatat dalam tiket.. sampai je depan tpt tu ada satu lagi pos kawalan yg kena di lalui.. punyalah ramai org beratur..aiii sik nk kena beratur ajerr..sesapa yg nk masuk tp bukan dlm masa yg ditetapkan kat tiket tu memang janganlah harap2 nk ngelat masuk..sebab mmg tak dapat punya.. mak guard kat situ mmg cek satu2 tiket org yg beratur tu sumer.. takpelah..takla lama sgt beratur pun wpun ramai org sebab..da memang ada had2 jumlah pengunjung yg dibenarkan masuk..




Pengalaman meninjau seluruh kawasan Nasrid Palace ni memang tak dapat nak di ungkapkan dengan kata-kata..( tak pandai nk meluahkan dgn ayat yang sesuai) tp..memang menyeronokkan..melihat seni2 islam..yg pernah bertapak di sini masih jelas kelihatan..pemandangan atas bukit yang sgt cantik (alhambra terletak atas bukit).. ukiran-ukiran seni islam di dinding..tiang bangunan..tingkap..di hiasi dgn fountain yg menawan..kolam yang cantik..pokok2 oren..dgn kicauan burung berterbangan amat menenangkan hati & perasaan..anda mungkin akan bertemu dgn kucin2 yg comel di dalam ni..mereka mmg peramah..peramah sbb kelaparan..nak makan..hehe ..



utk lebih jelas sewalah alat bantuan pendengaran untuk mengetahui info lanjut mengenai point ke point dlm palace tersebut (6 euro-seluruh alhambra). dlm jam 1230 tgh kami selesai melawat semua kawasan di setiap penjuru palace ni.. memang berbaloi mai sini..tak heran la mrk menerima beribu2 pengunjung setiap hari..


Last skali kami ke bahagian yg ketiga dalam La Alhambra ie Alcazaba.. tempat ni tak seluas 2 bahagian yang lain.. tapi lawa jugalah pemandangan kat sini..di temani dgn cuaca yang panas..tp berangin..boleh la tahan..kena bawa bekalan air minum byk2..alhamdulillah..wpun penat semalaman berjalan..kanak2 ni masih bertahan & seronok utk berjalan.. risau juga kalau mengamuk diorg nie..skit2 tu biasalah.. budak2 kan..tp alles ok..!!

tips : bawa payung / topi yek)..

" The Alhambra was a palace, a citadel, fortress, and the home of the Nasrid sultans, high government officials, servants of the court and elite soldiers (from the 13th to the 14th century)." cik wiki

di Granada kami sempat juga melawat al bayzin yang terletak berdekatan dgn kawasan alhambra...

El Albayzin. ie Winding streets and houses dating back to the sixteenth century.

Sierra Nevada ..gunung yang sangat cantik.. beberapa km drp alhambra.. juga menarik untuk di lawati..

Rendang Daging


.

resipi drp Melati @ myresipi

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

kek pisang sempoi...

resipi kat sini

Lisbon, Portugal


.

Selepas menghabiskan masa kira- kira 5 jam di seville.. kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Lisbon, portugal..Lisbon juga dikenali sebagai lisboa terletak kira-kira 5 jam drp city centre sevilla.. (lama giler..) tapi sebab hajat di hati yg kuat ..& adanya kisah tinggalan orang-orang islam di lisbon kami pun menggagahkan diri untuk sampai ke sini... Alhamdulillah.. selepas memandu (eh bos yg memandu..) drp siang ke malam.. sampai juga ke bumi portugal nie.. sampai dalam jam 1230 malam..


kami telah menempah hotel di Hotel Principle Lisboa, berhampiran ngan Parque Eduardo VII ( taman yang sgt luas & cantik)..sampai tu pas cek in staf kat situ pindahkan kami kat hotel seblah.. (maybe penuh kot) ..sib baik bilik hotel yang dia bagi tu besh.. cam suite.. ada 2 bilik double room lagi.. tp oleh sebab kami baik hati..guna satu bilik aje utk semua.. sian diorg nk kemas bilik nanti.. (amacam ..? baik kan kitaorg..eheheh).. selepas breakfast kt hotel pagi tu.. (habis sume makanan kami belasah..) malam smlm sempat makan megi ajer..sbb sampai2 sume kedai da tutup..breakfast dia besh..mcm2 ada..baloi gak la duk hotel tu ( 3 bintang 55 p/n skali ngan bfast)..harga asal 150..ada diskaun book kat internet..besh lah..mmg kelasss gitu.. tp duk kejap je kt hotel tu..emm takpelah..bukan slalu.. (ayat penyedap hati..kuang3..).. parking ada berhampiran hotel..tak byr pun sbb keluar awal..


kemudian tempat pertama yang kami pergi kat lisbon ni adalah downtown (BAIXA).. mula2.. kena cari tempat letak kereta.. mmm memang susah gak nak cari..pusing2..lama baru jumpa.. nak cari tempat yang dekat dgn lokasi kejadian (menarik) katakan.. aa..kan da buang masa.. parking fee kat sini xla mahal.. cumanya hati2 bila memandu sebab jalan kat sini agak berterabur.. dengan laluan tram/moto/kereta/bus/van/dll.. sume sekali harung.. sib baik train tak masuk sekali..haru jadinya.. tu pun da haru baru.. lebih kurang jalan kat mesia gak lah.. kalau biasa memandu kat mesia taklah terkena sgt ngan kejutan budaya ni..tp kalau asal usul drp germany..mayb leh terkena trauma..( takmo da memandu kat sni agaknya) ehehehe... tp bos kite ni maintainnnn aje.. cooolll gitu... hidup mesti sabarrr..;p

ha..tips mudah nk melawat semua tempat menarik ( kes kesuntukan masa cam kami..) ie cuba try cari pamplet sightseeing bus.. biasanya dia ada sebut semua tempat yang menarik dgn info tpt tu kan.. beserta laluannya sekali.. ha..ikut je la laluan tu.. mula2 servey2 la dulu..plan2 ..baca..mana satu tpt yg nak di lalui & takmo di lalui..kendian setkan kat myguide/tom2/gps ape2 ke.. ikut je.. mudah kan.. :)

pas letakkan kereta,kami meneruskan perjalanan berjalan kaki.. kat lepas tu..teringin pulak nak naik evelator zaman dulu2 yang kaler kuning tu..nama dia Santa Justa's Elevator..direka oleh Gustav Eiffel (yg wat eifel tower tu)..guna kuasa eletrik.. haziq la tukang provoke mak ayah dia.. tak larat nk dengar dia merengek..(kalau sape2 biasa berjalan bw anak2 ni faham la kan..hehe) ,kami naikla evelator yang merah..ingatkan sama ngan kaler kuning..rupernya yg merah tu sightseeing punya evelator...sebab da naik dlm tu & redy nk bertolak baru tau kena byr mahal 17 p/p..mak aiii!!! igt kalau boleh nk turun balik..tp kesian kat budak2 sbb da excited sgt & benda tu nak jalan dah.. mmm...redha ajelaa... terbang 34 euro..uhuuu... lgpun b4 tu kami da jalan2 ngan kereta.. pehtu nak naik evelator sightseeing yang makan masa berejam..dgn masa yang terhad..mm nak wat camne.. (lenkali nk naik tu tya dlu harga..bru duduk..) krg da duduk nak turun.. da problem len plak.. kan da kena.. wa kena lu beb!!...hehe..


sebab terlebih lama kat evelator ni ..ngantuk pun ada.. hampir nk terlelap da.. sebab asyik berhenti2 jer.. jalan dia kecik sgt..bercampur ngan kenderaan lain.. jem lagi..adehhh..penin makcik..sib baik makcik tak mabuk time ni.. beberapa kali evelator ni terlanggar /bergesel ngan motor ngan kereta kat tepi jalan tu.. dah diorg parking main tibai aje.. ha.. x pasal2..da kena cium ngan benda ni.. nak salahkan sape tu...?? tentunya bukan kerajaan mesia..hahaha..


lastly..bila turun drp evelator tu..rasa lega..punggung da krem semacam.. rasa kebas smlm drp seville pun tak hilang lagi..tempat-tempat lain yang di lawati adalah Belém tower (3 euro p/p)..tak masuk ..malas..marina.. di tepi laut yang sangat cantik ( Tagus River).. ingat nk pergi tempat yang ada cable car tu ie Praça do Comércio.. kat sini ada gak aqurium yg sgt besar & cantik..tapi bos kata.."tak sempat ni.." masa da suntuk da kul 4 petang..nak ke granada kat andalusia,spain yang lbh kurang 7 jam perjalanan berkereta drp sini..sampai da lewat malam tu...bos la paling kesian kena memandu..wpun penat kena kuatkan hati gak..& kami4 ni boleh la duk membuta (dengan iziiinn)..nk stay gana.. tak larat daa (beby nk tido gak..alasan tu..ehee)...bos kata takpe..ok je..!!!! punyalah semangat nak berjalan tuu....jommm...!!!


info tpt menarik kat lisboa :

* St. Jorge's Castle. Located up the hill, with a great view over the city and the river. If you have the energy, get there by walking from downtown, going through the fantastic old neighborhood of Alfama. Entry fee 5 euros.

* Santa Justa's Elevator. Located downtown, this elevator was designed by a follower of French engineer Gustav Eiffel and connects the downtown to the Trindade, located several meters uphill.


* Praça do Comércio. This magnificent plaza, facing the river, is the beginning of Lisboa's downtown. It is also known as 'Terreiro do Paço', meaning 'Grounds of the Palace', relating to its function before the Great Earthquake of 1755.

* Belém, [5]. This monument-packed neighbourhood features the likes of Belem Tower (entry fee 3 euros)(Torre de Belém). * Downtown (Baixa). This part of the city was completely rebuilt after the 1755 earthquake by the Marquis de Pombal. The planned layout, greatly different from what you will see in the more ancient neighborhoods, is a testimony to the ideas of the Enlightenment.

* Ponte 25 de Abril. This sister bridge of the Golden Gate in San Francisco was designed by the same architect in 1966 to connect Lisbon with the Setubal peninsula across the Tagus (Tejo) River. Formerly known as the Salazar Bridge, it was renamed after the Carnation Revolution, which on April 25, 1974 ended the dictatorship.
yang lelain tu buleh tengok kat sini..http://wikitravel.org/en/Lisboa.

Award


.


ade syarat la.. :>>

"This award is to be given to blogs that have at least 3 posts per week"

ha.. ambo nak pas award ni kpd ...jeng3...

kak finie..
kak jun..
kak kin..

p/s : thanx buat ctnik..rajinnya hang bagi award kat teman2 lain yer... kawan-kawan yang di senaraikan tu sila la ambil.. kalu tak amik nak majuk ah.. pehtu pas kat org len yek..
harharhar..

Andalucia - Sevilla, Spain - part I


.




Andalucia.. destinasi kami seterusnya yang sempat di jejaki baru-baru nie.. selepas berada kira-kira 2 jam 50 minit di awangan, alhamdulillah akhirnya kami sampai di tempat pertama yang di tuju..ie bumi sevilla,andalucia.. pertama kali menjejakkan kaki di sini seolah-oleh berada di bumi malaysia.. cuaca yang panas & berangin dgn suhu 34 celcius amatlah sesuai dgn diri ini..(tak tahulah knp tapi badan terasa kuat dgn cuaca nie.. kalau di jerman sejuk kut..tak sesuai ngan badan)..

Perjalanan kali nie agak smooth & ringan skit sebab tak perlu nak bawa beg yang banyak..(check in satu beg)..selama ni x pernah check in beg so..
terpaksala membawa beberapa buah beg yg berbondong2 & anak3 menaiki flight..kalau dulu kamilah org yang last menaiki flight & yg last turun drp flight tp sekarang boleh jadi johan utk naik & turun flight..beza sungguh..he he he...

selepas mengambil kereta sewa drp hertz (172 utk 5 hari) kami meneruskan perjalanan ke seville city center yg terletak 30 minit drp airport..oleh krn da lama x memandu kat luar,so agak berterabur skit lah perjalanan nie.. pak myguide pun masih penin2 mencari jalan.. dia penin.. kami lagi la penin.. tp apepun yang berlaku..kenalah releks..( sempat makan nasi & daging rendang yang di bawa drp rumah awal pg tadi..sedapnya mmg tak terkata sbb mmg tengah lapa giler & panas terik).. sabo ajelah..tetapi yang menariknya sepanjang jalan di seville city center ni dipenuhi dgn pokok-pokok oren yang menarik..

selepas parking kereta (agak sukar mencari tpt letak kereta) dgn jalan yang agak sibuk..dgn pemandu yang mempunyai nilai kesabaran yg tidak seberapa..(asyik nak hon2 je kat orang). kena bw kereta laju skit..nt org marah..huhuhu.. & pastikan anda berada di jalan yang betul krn kalau silap jalan mungkin akan termasuk ke dalam lorong yang hanya muat2 kereta..(gerun je lalu kat situ)..kecik sangat jalan dia... alhamdulillah..tiada kejadian yg tidak di ingini..kami park kereta underground dekat dengan sebuah taman yang sgt cantik.. berhampiran Real Alcazar.

Destinasi kami di sini adalah Real Alcazar iaitu sebuah istana yang cantik & sangat besar tinggalan Moorish (org islam) suatu masa dahulu.. (7 euro utk adult,student free). didalam palace ni banyak seni2 ukiran khat yang sangat cantik & masih kukuh pada hampir kesuluruhan dinding istana..mengkagumkan!!!.. ( tak tau nak cakap camne..kalau ade peluang dtgla sendiri & lihat..)..kami mengambil kira-kira sejam lebih menjelajah ke semua bahagian dalam palace ni..di penghujung jalan keluar istana..ada sebuah taman kecil yang penuh dengan pokok oren yang ranum.. - antara panaroma di dalam Real Alcazar.. -

Berhadapan dengan real alcazar adalah La Giralda.

"La Giralda is a large and beautiful minaret tower, originally intended for the chief mosque, but now is the magnificent bell tower of the Cathedral and a symbol of Seville."by pak wikitravel.. bekas masjid yang da jadi bell tower..hmm...

secara ringkasnya banyak taman-taman yang luas & cantik di sekitar bandar seville yang menyimpan banyak
sejarah & nilai-nilai islam sejak berkurun dahulu.. tetapi pada hari ini semuanya sudah hilang & musnah.. yang tinggal hanyalah sedikit cebisan bangunan seni islam yang masih kukuh & banyak yang telah di ubah oleh orang-orang kristian..menyedihkan bukan.. wallahualam..

lain-lain destinasi yg sempat di tuju adalah universidad de seville berhampiran dgn Parque Maria Luisa. Plaza de espana, & plaza de torres (bull fighting area)..hanya sempat di lawati dr dalam kereta..kerana kesuntukan masa untuk ke destinasi seterusnya..

cik wiki menyebut.. Seville was founded by Hercules. It was known as Hispalis under the Romans, and Ishbiliya (أشبيليّة) during the Moorish occupation.. more

http://myquran. org/msword/


.


Assalamualaikum

Anda rajin baca Al-Quran.... selalu out-station, nak bawa Quran susah ... tapi bawa Notebook.... ni hah baik untuk anda.
.... tidak memerlukan CD
....saiz kecil (byte)
... siap terjemahan sekali ...pelbagai bahasa
... amat sesuai untuk buat "research paper", tazkirah, handout ceramah dan lain-lain

layari alamat website berikut: http://myquran. org/msword/

p/s : drp emel kwn2.. :)

Kek Pisang Sempoi


.

Teringin sangat makan kek pisang.. kebetulan stok makanan kat rumah da kering.. ade pisang & bahan2 wat kek je.. so gunalah ape yang ada untuk dijadikan makanan... drp Sofinar di Myresipi..

150 gr pisang emas - lecek
180 gr tepung gandum
180 gr gula
120 ml minyak masak
1 camca teh ovalete
1 sudu baking powder ( letak lebih skit sbb takde soda bikbnt)
1 sudu soda bikarbonat ( x pakai sbb takde)

- campurkan sume bahan & mixer la sampai sebati..
- masukkan dlm loyang yang di oleskan dengan butter/ marjerin
- bakar suhu 180 c selama 40-45 minute.

p/s : sempoi tapi sedap..... sebab takde pisang emas.. ada pisang tanduk je.. yang da hampir nak kering.. lembut sebab da masak sangat.. menunggu masa untuk di masukkan ke dalam tong sampah.. belasah ajelahh.. sedap aper...lembut sangat!

18 Minggu


.


Minggu ni beby dah 18 minggu..
Berat mama : 46kg naik 2.3kg..(fuh..dasat..makan..)
bln lepas 44kg b4 preggie 42kg
tekanan drh : 90/60 - normal.
jantina beby : tak dapat dikenalpasti lg..( beby menyorokkan diri..)
Alhamdulillah..sume nye ok.. sihat..

Impian Kasih - Inteam

p/s : teringat lagu ni time bujang2 dolu2.. jiwang sungguh!!!.. layann... huhuhu..

BBQ..


.

Pertengahan bulan lepas, warga saar telah mengadakan bbq semperna menyambut kedatangan 3 orang tamu daripada luar ..drp UK, ziegen germany & ..mana lagi satu yek.. sowi tak ingat.. (kesemuanya lelaki).. tamu-tamu indonesich juga telah dijemput untuk memeriahkan majlis bbq nie..cuaca time ni mendung..sesekali hujan gerimis.. dgn kedinginan angin.. begitu romantiks sekali kalau berdua shj..kehkehkeh...



biasalah kalau makan2 ni..sumenye sedap..yelah kita tak yah masak..(prepare je makanan paling mudah..hehe) & tentunya orang yang paling banyak makan adalah mak buyung...hahaha... sesekali makan byk org len masak ape salahnya.. masakan sendiri da buhsan la ..;p



lokasi kejadian ..adalah di tepi sungai saar.. ada satu park ni.. nak kata lawa..memang tak lawa..sbb da dihancurkan dek vandalisme.. tapi biasalah mana2 pun benda ni tetap ada.. biarlah..asalkan kita bahagia ( dapat makan sedap2..)..he he he..


Deutsch-Französischen Garten (DFG)


.



Taman DFG ni terletak kira-kira 30 minit perjalanan dengan menaiki bas..berada di kawasan border germany & france..kali terakhir ke tempat ni pada tahun lepas..tapi time tu boleh la kalau nak sebut taman bunga yang takde bunga.. kali ni datang dengan angin sepoi2 sejuk.. & nyaman sekali ....banyak bunga ros yang sedang berkembang mekar & sangat cantik sekali...


Dalam taman ni gak ada cable car yang sempoi ..mini train & ala2 mini europe cam kat brussels tu.. tapi tak bleh lawan la dengan brussels mini europe..( tak penah masuk lagi pun kat sni..) di sini ada tasik yang besar dengan air pancut yang berirama.. taman untuk kanak2.. mini golf.. luas la jugak...

p/s : lama da p.. (awal june) baru de masa nk uplod..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails