Asam Rebus Tumis


.



resipi amik kat blog cik mat ( tiffinbiru) ,saje je try masak ni sbb da lama pandang terung kat dapur tu longlai aje ..lamanye tak terusik sbb tak tahu nk masak ape yg besh.. kendian usha2 la kat blog cik mat nie cari idea nk masak aper..selalu je p sini sbb kat sni byk makanan besh2.. leh cuci mata sekali..hehe.. tq cik mat! resipi kat bawah.. ;-)



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung panjang (saiz besar)
5 ketul tulang ikan masin kurau
2 helai daun kunyit, disiat
1 kiub ikan bilis "maggi"
2 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
4 biji cili merah*
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)
4 -5 biji cili padi, dititik
Bawang goreng, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Terung dibuang kulit sedikit, dibelah dua dan dipotong serong kasar2 setiap belahan, rendam dalam air bercampur sedikit garam. Cuci tulang ikan kurau dan rendam. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan tumis hingga terbit minyak.
3. Toskan tulang ikan kurau masin dan masukkan ke dalam periuk, kacau rata dan tuang air (anggaran 700 ml atau ikut keperluan). Masukkan juga asam gelugor. Biar mendidih.
4. Tambah kiub ikan bilis, terung (toskan dulu) dan daun kunyit. Bila terung lembut, boleh matikan api. Rasa dulu jika perlu tambah garam. Kalau suka boleh letak cili padi sebelum dihidang dan tabur bawang goreng. Hidangkan panas!..

copypaste drp blog cik mat..tq!

2 Responses to “Asam Rebus Tumis”

  1. wahh asam rebus la plak!! mmg rajin la mak mertua zahin ni..untung ummi nti.hehehehe...

    nti dh ada ank 2 nk tny tips dpd cik iu la mcm mana dia urus masa siap bley masak lg..anak2 plak cik iu wat camana spy xbergayut kt bju ummi mcm zahin bler time ummi masak.:D

  2. rela dlm terpaksala la ummi zahin.. kalu x cian pula pd anak3 yg nk membesar tu.. nk beli kt cni x kena plak ngan selera org melayuuu.. Qs kat sini pun seleranya makan nasik jek.. takpe.. kat sini leh la belaja mcm2 masakan.. nt balik mesia tengoklah.. sume makanan nak makan.. pehtu nak beli je takmo masak.. jahat tak?? muahahahah... ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails