Daging Masak Merah Thai


.


Bahan-bahan ( 4 orang )

1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)- tak letak sbb xde..

Cara-cara

Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

resipi sy copypaste drp myresipi.. drp jeezy x silap..:)
sedap sgt..teringat dulu masa di ktho selalu order daging masak merah ni..
walaupun rupe tak sama.. tapi rasanya..emm yum3.. sedap!!!.. mesti buat lagi pasni..
tak pedas.. anak3 pun suka..
mekasih kpd empunya resipi krn share resipi nie.. !

4 Responses to “Daging Masak Merah Thai”

  1. ui sedap2..tp xpe2 arini mak kte masak mi bandung muar, ada daging n other seafood bagai..so xterliur sgt la mcm tgk aiskim n kek faris aritu..hehehe...smpi skrg xjmp aiskim n kek mcm faris punye tu kt cni. huhu..

  2. alamak.. mak buyung da mengidam..cane nk wat nie.. hish3..

    erm.. x taula ade kat mn kedai askim kat mesia tu.. mayb leh tengok kat klccc tu kot..dkt ngan surau..n dkt ngan mcd kalu x silap.. mcm pnh nampak kdai askim kat situ.. tp mahal kot.. n x sure.. pernah lalu dulu time balik mesia g pc fair.. mn tau izu singgh situ ke.. leh la mampirr..he

  3. jannahani says:

    sedapnya,katne nak beli sos ikan tu ek? tgh browse cari resepi tadi jumpa page ni. menarik btul masakan ni

  4. iu @ wid says:

    boleh carik kat kedai asia..biasa ader jual..

    jannahani duk kat maner yer.. ?? :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails