5 @ 13 feb 09


.


12 Feb 04, first baby..

lima tahun lepas ketika detik ini mama iu tengah menghadiri kelas petang di fsksm utm, kelas baru je selesai & tiba-tiba baru mama terperasan 'basah' masa baru nak balik ke rumah.. nak conformkan tanya ngan kawan yang kat situ.. lia namanya dia
pun cakap nampak basah kat belakang..nasib baik time tu mama pakai baju gelap..so tak nampak la sangat & kelas tu plak kelas yang terakhir pada hari itu.. lepas tu hati dah tak keruan.. lepas magrib beritahu kat huby & oleh kerana ini pegalaman mengandung yang pertama so kami decide nak ke hospital yg dah di book awal walaupun time tu baru 37++ dan takde rasa sakit dan tiada darah yang keluar. takut2 juga kalau ada apa2 yang berlaku nanti..

perjalanan drp rumah ke hospital penawar, pasir
gudang mengambil masa kira-kira sejam. alhamdulillah tak jem jalan time tu.. yang kelakarnya time dlm perjalanan ke hospital tu mama dah risau sangat tapi masih boleh tenang lagi ..siap beritahu kat papa "..kalau ada apa2 berlaku kat mama jagalah anak kita ni baik-baik "..( sambil genggam erat jari tangan papa..) ..eceh..macam tak jumpa lagi plak lepastu.. time tu huby cakap.. "ish.. jangan la cakap bukan-bukan.. insya allah semua akan selamat.." tenang sambil terus drive.. macam dalam drama pula.. he he he..


- Haziq ( gamba besar), Izzah dan faris -

dipendekkan cerita sampai je di hospital lebih kurang dalam jam 10 malam.. mama di tempatkan dalam sebuah bilik 2 katil.. sib baik time tu takde orang kat katil sebelah. boleh la papa temankan mama sepanjang malam kat situ..dan malam tu doktor minta izin nak induce sebab nak buka laluan bagi baby keluar.. time ni tak sakit lagi.. tapi sebab air ketuban da pecah kenalah induce sebab takut beby lemas.. so malam tu masih tido macam biasa..beberapa jam sekali nurse yang ada buat ecg.. kemudian jam 6 pagi perut dah rasa tak selesa sangat.. asyik nak ke tandas saje...last2 tak tahan suruh huby tanya kat nurse kat luar tu dan akhirnya lepas berkali-kali keluar masuk ke tandas mama disuruh ke bilik bersalin..penat dah!.. time ni pun still rasa nak ke toilet gak.. yelah 1st time.. mana tau tu tanda nak bersalin.. & time da baring kat katil nak bersalin tu pun mama sempat minta izin kat doktor nak g ke toilet.. time tu doktor tak bagi dah.. suh duk situ aje!! huhuhu..

alhamdulillah jam 9.15 minit pagi..bertemankan huby & dengan semangat yang diberikan oleh doktor serta nurse selepas berhempas pulas meneran & bertarung nyawa antara hidup dan mati selama hampir 2 jam..lahirla seorang putera sulung yang sangat comel..beby keluar dan nagis sekejap..lepas tu senyap dan tido atas dada mama.. syukur.. lepas tu nurse ngan doktor buat operasi menjahit sambil pokpekpokpek.. berborak sambil antara diorang.. time ni mmg mama da letih sangat2..tak sakit masa jahit tu sebab mayb da di bius..tak reti plak nak tanya berapa jahitan ke ape2.. relakan aje!!.. tapi bersyukur sebab semuanya dah selamat..

time baru dapat haziq..mama masih ada satu sem lagi perjuangan nak menghabiskan study di utm, tapi
alhamdulillah sebab subjek pun dah tak banyak dan tinggal nak habiskan projek sarjana muda (psm) & time ni selalu bawa haziq ke fakulti utk jumpa dengan
penyelia berbincang.. kadang-kadang mama tinggalkan kejap kat kawan-kawan kat lab, kadang-kadang bawa sekali jumpa ngan lecturer bila ada discussion time bila haziq tidolah..penyelia mama masa tu Pn Aryati binti Bakri (sangat baik dan peramah orangnnya tetapi jenis yang tegas..). then time viva mama tinggalkan haziq dengan saudara sebirasku di kempas.. sebab time tu papa ada lab kena jaga.. alhamdulillah time viva semuanya berjalan dengan baik.. yahuu... !! semasa konvo mama dapat bon>us
sebab orang lain hanya dapat degree tapi mama dapat degree + beby sekali... alhamdulillah.. bahagianya rasa.. ;)

- time konvo dgn family & kakak2 ipar-

>haziq semasa kecil sehingga hari ini..seorang yang mudah di jaga.. tak kuat menangis.. bijak ..rajin dan jenis yang pandai berdikari sendiri.. kaki tido.. semasa beby bila tak dikejutkan dia tak bangun..alhamdulillah tak susah menjaganya..
sampaikan nak susu pun kena dikejutkan.. dan takut nak< letak buai sebab kalau letak ni lagilah syok dia tido.. kuat gak menyusu badan sehingga berlapis-lapis badan dia tu.. sampailah umur setahun haziq terpaksa di masukkan ke dalam nursery sebab time ni mama baru dapat kerja sebagai ra di ppips utm.. time ni lah bermula era kejatuhan berat badan haziq..sian dia.. terpaksa di tinggalkan seharian.. dan bila petang-petang mesti da terpacak kat depan pintu nursery tu bersama-sama kanak2 yang lain menunggu mak ayah diorang datang jemput.. hari pertama kat situ haziq langsung taknak makan dan minum.. petang2 mama tengok da layu sangat-sangat.. ciannya haziq!!! alhamdulillah hari esok dan seterusnya dah ok sikit.. sepanjang hari di tempat kerja mama teringat je kat haziq..

selamat hari lahir ke 5 buat Muhammad Haziq Syafi..!!! mama dan papa doakan selalu semoga haziq sentiasa sihat, riang dan gembira.. menjadi anak yang soleh serta beriman.. selalu berjaya & diredhai oleh Allah swt.. amin..

8 Responses to “5 @ 13 feb 09”

  1. Zuri@ni says:

    Eeiii...bestnya pengalaman mama iu :D masa konvo dah ada baby, Zue masa konvo baru ada tunang, hahaha

  2. Puan Gee says:

    Happy b'day Haziq...
    nanti dah besar jaa mama bebaik yer...

    amboi iu... konvo siap bawak baby lagi... ms akak konvo jangankan baby, boypren pun takde ;)

    meh dtg rmh ambik award ...

  3. Mummy HS says:

    Happy Birhday Haziq..
    dekat2 je dgn besday Faris ye..
    lpas ni mama haziq buat kek apa?ke dah sambut sekali hari tuh?

    Moga Haziq menjadi anak yg soleh, jaga mama dan papa dan .. berjaya dunia akhirat.

    penuh cabaran ye dpt baby masa tgh belajar.. mama Hana dulu pun dpt Hana masa tgh belajar.. tgh pantang masa tu nak xm.. x pe, rezeki anak2.. nanti dah balik Msia- iu ada plan kerja balik? ke jd cikgu anak2?

  4. Alhamdulillah..dpt bby n grad ngan jayanye! Rezeki n pressie plg best buat mama ye haziq. auntie nk wish hepi besdei gak kt haziq! hensemla haziq ni!! hehehe..smg haziq mjd ank yg soleh, bjaya di dunia dan di akhirat. amin..

  5. sarah says:

    eh masa ni konvo ke??

    hmm aku masa konvo, konvo sama my husband.. tapi masa tuuuuuuu kawan pun idak hahahhaha! setakat kenal gitu2 jer :)

    weyh wid ko memang klakar :p

    sarah

  6. hehe.. zue.. romatisnye.. tunang tu dulu ..kini dan selamanya kan..?? ehehe ...;p

    --------------------

    kak gee.. dah jodoh dan rezeki sampai awal.. :) kak gee pun skang dah bertambah rezeki.. cute miut lagi puteri yang dua tu.. insya allah pasni mana tau dpt putera pula..

    tq kak gee bg award..mesti kena amik nieee.. :)

    ------------------------

    tq hana..
    eh samalah..ritu bersalin pun time exam.. ade bbpe paper kena tangguh amik.. ape leh wat.. tp alhamdulillah lepas.. :)

    entahla.. mayb keje mayb x.. mayb sediri..tak sure plak.. takpe.. kalau jadi chef nanti kite kabo kat hana.. mustiiiii.. tuuuu ..kihkihkih..

    -------------------------
    tq izu...
    semoga izu berjaya gak bersalinkan bb secara normal nanti..

    sabarrr... heheheh ;)

    ----------------------------

    yele sarah..
    time konvo tuuu..

    alah ko ni..
    entah2 dulu kenyit2 mata gak kat abe nu..hahahaha.. gurau je.. aku tawwww ko baekkk.. ;p

    dah jodoh... sape yang tahuuuu..alhamdulillahhh...
    heheee

  7. hmmm...dah besar dah anak teruna nih... hepi besday haziq!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails