Ketam Masak Lemak


.



Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )

4 ekor ketam besar, dibersihkan
6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
3 batang lada merah*
3 biji buah keras* -x letak
1 inci kunyit hidup* - sebuk kunyit je
1/2 cm belacan*
1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
1 asam keping - lupe nk letak..hihi
1 helai daun kunyit
1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada) - xde
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka) - xde


Cara-cara

Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.
Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula. Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit
Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.

jupe lagi ketam kat kedai asia..10 euro sekilo.. apelagi.. hentam ngan resipi kat atas ni...

p/s :
resipi copy paste drp myresipi drp cik mat gebu.. halal copy ye che mat!!
mekasih.. lecker!!


8 Responses to “Ketam Masak Lemak”

  1. ish..rasanya dah beberapa kali iu masak ketam.. tak juga kitaorg ni beli ketam..hihi

  2. Ajzie says:

    Iu
    ada ketam eik di situ? Beli supermarket ker di kedai Asia?
    Wahh mcm seronok aje..

  3. iu @ wid says:

    mood x sampai lg tu.. takpe.. slow2.. duk mesia x susah nk beli aje..he he he

    kedai asia tu kak azi..frozennyer..

    mmg sonot..

  4. terliur dah ni tengok ketam kat blog ni...kalau leh buh masuk pinggan, dah hilang dah gambar kat blog ni...hehheeee...

  5. aleasofea says:

    uish sana pun ada ketam ke? mcm kat mesia jgk ek? kiranya makan bukan susah pun kat sanakan wid?

    linda pun suka makan ketam ni..jap agi nak g cari la..

  6. Adus..sedapnye masak lemak ketam neh.. teringat mase makan kat pulau pangkor sekali.. sangat sedap.... kat jerman ade ketam ek? bestnye...

  7. wa..ketam lagi! ayu, ada org oda seafood kat umah ayu next week! hahahhha...

  8. iu @ wid says:

    ecah,

    hehe.. jemput mai sini.. kalau kat blog ni boleh hulur kesana.. nk jugak ku hulur...takpa.. leh masak sdiri.. hebat masak kan..he he he

    linda,

    x susah cri makanan kt cni.. ada kedai ayam halal.. boleh la.. cuma kalau seafodd ni special kes sket lah sbbtak slalu leh mkn.. sbb arge dier berganda2 dgn ayam tu..hehe

    ijan,

    tu ketam frozen..
    kedai asia maliii..
    yg fresh mmg xde jual..

    kak kin,

    bole2.. tp kak kin kena bwk fresh seafod.. cef redy nak masakkkkk!!!! ekekekeke..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails