Archive for September 2011

Weeks 2 . Sem 3. SKIT 9


.

17.9.2011

agak confuse ngan study..
alhamdulillah.. 2 sem da berlalu, tinggal hanya lagi 2 sem untuk capai target..
masalah skan macam x jelas ngan tajuk projek.. mcm nk tukar tajuk.. macam nk stay ngan tajuk lepas.. bila dengar nasihat Dr zaidi, risau plak rasa.. kalau x sempat nk habiskan study ni.. fikir betul2.. supaya masa yg lepas x terbuang begitu saja..
pengorbanan suami.. masa yg lepas.. bila fikir balik...
fikirkan pengorbanan anak-anak.. tinggal di kg..
bantuan adik yg jaga anak2 di rumah & kg sepanjang 2 sem lepas..



Sarjana Keusahawanan IT
(MASTER SKIT), UTM


aduhai.. boleh ke ni.... cam nk nangis je..:(

* down...dalam kelas.huhuhu..rindu lak ngan anak2..

ke terlalu fikir sangat...??

FOKUSS!!

Gambar-gambar terbaru 17.9.2011, Air Papan Resort, Mersing

Nursery & new sem!!


.

Hari pertama anta anak2 ke hadanah UTM, (nursery) .. terasa sangat sebak & sayu, lepas lama menangguh2 utk masukkan anak2 ke nursery.. akhirnya termasuk juga.. 1st time meninggalkan bb, cik piyah, faris dan haziq.. aduhai.. meruntun jiwa bila tengok si izzah meraung2 takmo duk situ… sebak rasa hati..bila tengok bb ngan bb2 yang lain dalam nursery tu.. Ya Allah… saat tu cam takmo je letak.. rasa nak ambil balik… tp bila pk dalam kereta.. sampai bila …. Lambat laun diorang akan terpaksa juga berjauhan dengan mak ayah dia nanti..terpaksa gagahkan juga hati ni…semuanya dibuat sebagai latihan dan persediaan.. hanya nak letakkan anak2 di nursery dengan masa yg minima..kelas 2x seminggu.. terpaksalah mama merelakan dalam keterpaksaan… ;(( sangat2 sedihhhh…!! Andai diberi pilihan untuk tak menghantar anak2 nursery pasti mama x akan anta.. tp sebab da takde pilihan lain..terpaksalah...

hari pertama pam susu : 4oz je.. ( 1st time..huhuhu)

bukan nursery tu tak baik atau tak bagus..tp sebab mama kurang bersedia untuk berpisah dengan anak2, lagi2 dengan bb yg masih kecil.. ( 2 bulan..).. dah berhari2 mama cuba cari nursery, taska.. tempat terbaik untuk anak2 mama ni.. tp mama rasa hadanah UTM tpt paling sesuai sbb pertama dekat dengan mama.. ( kelas mama & papa dalam UTM). Pengasuh berpengalaman , klinik pun dekat.. dan mama kenal dengan semua pengasuh di situ.. mungkin yg kurang bagusnya sebab terlalu ramai bb di situ.. (25 orang bb shj – purata sorang pengasuh 5 bb ) dan lebih 30 orang kanak2 berumur 2 tahun keatas..da npk cam sardin agaknya.. huhuhu.. maid mama cari juga tp susah nk jumpa....sbb perlukan penelitian yg tinggi, bukan boleh main ambil je mana2 dengan masa yang agak terhad ni..

Suami selalu berikan kekuatan dan kata2 semangat, memujuk hati yang duka lara...hehe.. insyaallah.. x lama.. tinggal setahun je lagi utk mama habiskan study ni..amin2... terpaksa rela demi menjadikan keadaan yang lebih baik untuk keluarga di masa depan, juga untuk membantu orang2 lain nanti.. insyaallah..!!! harap-harap Allah akan terus berikan kekuatan , semangat yg tinggi juga kejayaan dan menunjukkan jalan terbaik untuk sy dan kita semua mencapai kejayaan...amin....

caiyoookkk!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails