cuai


.


hanya kerana terlelap beberapa saat.. bb faiz terjatuh daripada katil...

Ya Allah...! 

time tu berdebar & mengeletar badanku..
terus hilang segala lelah mengantuk ..
kejadian baru je berlaku tadi dalam kul 430 ptg,
lepas balik drp presentation sejak pagi & ade sedikit perbincangan dengan penyelaras selepasnya..
jam 3 bertolak balik kerumah.. sebelum tu ambil bb & izzah di nursery hadanah,
Faris lak dengan papa duduk di office sejak balik tadika jam 1030 pagi tadi,
si abang balik sekolah jam 330ptg td terus ke rumah..

daripada UTM sampai rumah dalam jam 330..kemas2 rumah sket..
wat keje..kemudian baru sempat berbaring utk tidokan bb..bb tido..
lepas tu bb bangun, & ubah posisi bb..
ntah camne tiba2 boleh terlelap..

tiba2.. dengar bb nangis dgn kuat..!
Ya Allah....
tengok2 bb faiz da kat bawah katil...
cuainya aku!!!
nak menangis & rasa bersalahnya..

terlelap sbb badan keletihan.. semalaman buat persediaan utk presentation pagi td.. dkt jam 1 pagi baru tido... & bangun semula jam 400 pagi..utk sambung kerja..sampaila petang td..
tapi kecuaian ni x sepatutnya berlaku.. Maafkan mama faiz..!! ;((

semoga bb faiz kuat & takde apa2.. takde nampak luka apa2 kat luar badan dia..
cuma ade sedikit benjol kat bahagian atas leher sebelah belakang..
risaunya hati..katil tu agak tinggila juga bertambah risau rasa...
semoga xde apa effect pd bb... 

Ya Allah.. lindungi keluarga kami daripada perkara yang tidak diingini...
Amin...amin..amin.. ya Allah..!!

2 Responses to “cuai”

  1. KakAsma says:

    iu,
    jangan risau..kalau cepat tuam ngan air panas kejap ok..urut sikit badan dia..InsyaALLAH tak apa apa..jangan risau sangat

  2. iu rf says:

    ye kak asma.. thanks..huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails