Selamat Berpuasa Pada Hari Arafah


.

Hari Arafah (9 Zulhijjah ) iaitu ESOK (25 OKTOBER 2012 - KHAMIS) adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya (dari api neraka) sebagaimana pada hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga apabila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, "ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya." (Riwayat Muslim)
matannya : ( يكفر السنة الماضية والباقية) -  UZAR

Photo: Jom puasa sunat 9 Zulhijjah esok. 25.10.12 ( khamis ). Jangan lepaskan peluang..! Yok~ (-: 


Padang Arafah.

Daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf.

Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.

Mereka telah dipisahka
n di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah.

Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu.

Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.


copas wikipedia.org

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails