Archive for February 2012

'Hadiah" daripada Petrosains KLCC


.


Pertama kali (24.2.12) ke Petrosains KLCC ni lepas lama Haziq duk ajak ke sini.. mungkin sebab slalu terdengar kawan2 g KLCC, then sbb tu dia asyik duk ajak g KLCC nak g main air.. mandi2 kat taman KLCC tu..so untuk tunaikan permintaan anak2 yang nak sangat ke KLCC ni. Alhamdulillah ade kesempatan masa sekejap utk bawa ke KLCC sebelum hantar En suami berkursus di Seremban..

Seronok kat PETROSAINS KLCC ni.. walaupun sampai da dekat kul 1pm, alhamdulillah sempat round2 semuanya & explore mcm2 benda baru.. boleh la dikategorikan BESH! =)
anak2 pun nampak seronok & teruja dengan benda2 dalam tu.. oleh sbb ni pertama kali kita datang mmg excited sangat ngan benda2 sains n etc. Pakej lengkap.. kawasan menarik, staf yang friendly n suka membantu, beri penerangan etc..

Dekat kul 4pm tamat lawatan ke Petrosains KLCC tu..( time tu sume anak2 da pancit & mula la kepenatan dah) lepas tu ade satu lagi section seblah petrosains tu nama dia STREETSMART collaboration ngan Disney Channel kot.. kawasan ni mmg nampak menarik dan banyak eductional games mengenai keselamatan jalan raya. Tempat ni pun ok gak la.. bagus & seronok utk anak2..
kliinik di Petrosains KLCC

Selepas jejalan kat ctu, betul2 time nak balik ade satu booth yang ade wat sesi demo utk gunakan speck utk demo camne pemandangan orang mabuk menggunakan speck Khas, time tu mama ngan haziq berminat nak try & time tu papa & anak2 len ade kat tempat lain.. bb tido dlm stroller.. ok, lepas pakai speck tu staf yang ade kat situ suruh berjalan & touch tiang mana2 utk bagi gambaran camna penglihatan org mabuk menggunakan speck tu ..( besar cam spek org nak g snorkling)huhu.. speck mama mmg npk kabur2 n x jelas..so mmg tak nampak sangat penglihatan time pakai speck tu..Mama x sure haziq punya speck tu lagi kabur atau camne.. 
lepas di rawat : 24 feb 2012..bile ditanya sakit tak.. haziq geleng kepala cakap tak sakit..huhuhu
 
banyak darah kat baju..

Then entah macam mana lepas berjalan & nk balik semua kat tpt demo tu (mama nampak kelibat Haziq je lalu depan mama time tu sbb mama pun tgh pakai speck tu). Tiba2 haziq terlanggar kerusi kecik kat lantai (biasa budak2 berdiri atas tu bila nk tgk benda yg didemo atas meja).. bila tersandung benda tu dia terjatuh n PAP! kepala dia kena kat bucu meja besi sebelah bawah.. !!! terguling dia kat bawah meja.. mama cpt2 ambil dia & tanya dia ok x.. pastu mama pegang kepala dia.. Ya Allah! masa tu darah banyak sangat keluar & mmg tangan mama ngan haziq basah kena darah.. ( kulit kepala terkopek sampai nampak daging dalam tu..) ... baju haziq pun kena darah banyak..darah mengalir kat tepi telinga..

Time tu.. ya Allah... mmg xtau nak ckp perasaan mama..risau sangat2!!! sebakk.. takut... nak menangis tengok keadaan haziq yang kesakitan...!! dia menangis.......... sambil pegang kepala yang berdarah tu.. mama dah bergenang air mata tengok darah dan keadaan haziq masa tu... 

cepat2 staf yang ada kat situ bawak ke bilik pengurusan petrosains kat seblah tu.. ada pak guard..seorang pegawai cam polis n staf2 kat situ sume cam kalut.. call sana sini.. utk bawa haziq ke klinik.. Alhamdulillah dlm KLCC tu (berhampiran petrosains ) ada klinik yang baru je dibuka.. ( swasta). Haziq di bawa ke situ..terus masuk dalam bilik DR, tak lama kemudian Dr dtg tanyaa apa yang berlaku & terus rawat haziq... mama mmg da cuak sangat & menitis air mata tengok haziq kesakitan (walaupun dia tak menangis tapi mama tau dia sakit sampai pejam2 mata ..tahan sakit masa dr tengah bersihkan luka tu) Ya Allah... kesiannya anakku.......
time ikut papa g kursus kat seremban...bagi dia hepi ..:)
 
tapi Alhamdulillah.. bila Dr cakap wpun lukanya agak dalam tapi tak sampai kena pada tempurung kepala.. jadi x perlu nak jahit.. just gamkan luka yang terbuka tu n glukan.. insyaallah dlm seminggu++ luka akan baik.. Dr n nurses pun ckp haziq strong..!! clever sbb x nangis... kuat! langsung xde suara dia.. just nampak dia tahan sakit... tangan dan kaki dia sejuk...kesiannya dia ya Allah..:(( .. Lega sikit sbb Dr ckp luka tak serius sangat....
25.2.12.. temankan papa g kursus kat seremban..xtau nk wat pe..huhu

ade seorang staf petrosains, Taib namanya yang sepanjang masa temankan & bertanya keadaan haziq masa dirawat kat klinik tu. orangnya peramah. & mama da bagi cadangan & push! supaya speck tu tak perlulah nak diberikan pd budak2 yang kecil supaya kejadian sama tak berulang, takpun kalau nak diberikan pun biarlah speck tu di ikat di meja supaya kanak2 yang try speck tu tak pergi jauh & x terhantuk / terjatuh seperti mana yang berlaku pd Haziq arini..wpun ada staf yang jaga kat situ masa kejadian berlaku.. kita tak tau.. malang tu kan tak berbau.jadi, pd pandangan mama, kurangkanlah risiko kemalangan kan? kesian sgt pd kanak2 tu bila jadi camni!! (kalau nak saman petrosains KLCC ni atas kecuaian agak2 boleh x..?? huuhuu)
hari ke 3 : 26 feb 2012

luka yang telah di Glu..panjang gak luka dia ni..


Ya Allah.. 
syukur sangat sbb Haziq tak apa2.. mama rasa sebak & menangis dengan apa yang berlaku arini..semoga tak berlaku lagi pada masa lain pd dia & anak2 yang lain ..
Moga dijauhkan benda2 yang menakutkan & mengerikan mcm ni..
 nauzubillah...!!


ICONDAP Grant Pitch


.

 Alhamdulillah..
da selesai pitching utk dapatkan geran ..semalam (23 2 12)
ni merupakan stage kedua utk dapat geran ni..

http://www.mscmalaysia.my/article/ICON/programmes

Stage 1: Application...
Mula2 haritu kena anta application ..
kemudian project yang terpilih akan di panggil as a short list utk hadir ke pitching yang diadakan di MSC, Cyberjaya.. actually ni adalah permohonan geran saya yang pertama..
niat mula2 memang saja2 je try anta permohonan ni.. tak salah kan kalau mencuba..

alhamdulillah!! tak sangka boleh tersenarai dalam short list utk pitching!.. kawan sekelas ada apply juga tp dia x dapat lak..sy sorang je yang dpt utk SKIT 9 ni..mula2 anta permohonan tu..just isi borang..masukkan maklumat2 mengenai projek yang kita nk buat..cost summary, team, ICONdap ni banyak kepada part teknikal & limit cost projek takleh lebih 200k! ade dlm 2x kena betulkan isi2 & ada part yang kena hanta by post juga..agak mencabar juga la proses2 nk kene buat..siap nk kene burn dlm CD, etc dengan anak4 lagi kan...tapi semua ni telah berjaya dilalui dengan baik.. alhamdulillah.. 
2nd Stage : Pitching!.
Selepas project di letak dalam senarai pendek.pihak MSC , Mdec telah call untuk datang ke pitch kat MSC cyberjaya ni.. ( ni la part yang paling mencabar! bagi sy sebab nak kene present idea projek ni kat orang2 besar kat MSC, Mdec tu.. nervous n gabra, seram sejuk...sume mmg takleh nk cakap laa..huhuhu).tapi berbekalkan preparation, doa & semangat..sy kuatkan hati & yakin diri utk sahut cabaran ni & alhamdulillah sy mampu buat!!!.. tak sangka sy mampu & rasa mcm lega & seronok sangat sebab dah lepas pitching (presentation ni)..
Peneman yang setia..=)

Final Stage : Result?..
Now sy tengah menunggu kelulusan drp meeting yg diorang akan buat..kalau permohonan ni approved insyaallah sy akan dapat geran ICONDAP ni.. semoga permohonan ini akan diluluskan setelah jauh saya 'berjalan'.. :) mohon juga kepada rakan2 mendoakan kejayaan sy ni ya!! =)
tetapi..
andai kata permohonan tidak diluluskan.. pasti sy sedih sbb saya sangat mengharap.. tapi sy redha dengan apa sahaja keputusan yang bakal diterima nanti.. ( lepas 5hb 3 baru result utk permohonan geran ICONDAP akan keluar)..Saya yakin insyaallah sy akan dapat.. hehe
apepun.. dapat atau tidak yang penting sekarang hanya DOA & TAWAKKAL kpd Allah.. 
semoga Allah berikan yang terbaik untuk saya menjadi seorang ENTREPRENUER & USAHAWAN yang berjaya! semua ni adalah pengalaman bg saya..
Terima kasih buat yang terSAYANG atas bantuan 
& juga saudara, rakan taulan yang banyak memberikan semangat, 
Doa & ingatan tulus ikhlas yang berpanjangan. :)

SKIT : Final Semester ! insyaAllah..=)


.


 
Bermulanya semester baru utk kursus SKIT ni..
patutnye kelas dah start 22hb..
pastu dah duk berkejar ke kelas..sampai kelas dpt emel kelas ditunda n start minggu depan..
macam ape jer ler beritahu kelas cancel btl2 last minit..huhuhuhu
sib bek dpt student penyabar cam gue ni..he he heee

subjek utk sem ni ada 3.
 MCB ,MCU and UHP.
kelas stakat ni Rabu & Khamis shj.
n pastinya mesti nanti mesti ade kursus LPU,
lawatan dagang KL n JB, 
& jugak kursus2 yang lain!!

insyaallah, akan bermulanye sem yang penuh mencabar..
mmg diakui insyaallah sy da bersedia di dalam sem yang akan mencabar ni..
harapan sy akan senantiasa bersemangat & kuat menempuhi sem ni semoga Allah akan memudahkan segala urusan serta melimpahkan rezekiNya yang melimpah ruah kepada kami & keluarga..juga utk semua kawan2 diluar sana.. =) 
..amin!!

8


.

  Hepi besday ke 8 Muhammad Haziq Syafi.!!!

Alhamdulillah..
Semakin hari semakin bertambah usia anak sulung ku yang genap 8 tahun pd 13.2.12,
pencapaian akademik pun makin meningkat.. kesian juga tengok si haziq nak kena catch up dengan study.. dlu tadika sempat sebulan je.. mmm.. kawan2 da pandai baca dia baru nk merangkak2 ..tapi lepas setahun berlalu haziq semakin bijak.. bukan je nk kena study bm, bi.. maths.. science.. tp nak kena belajar bab aqidah. Feqah, jawi..ahlak.. arab.. dll.. hmmm..!! kalau mama kat tempat haziq tak dapat nk bayangkan camne.. bila tengok soalan exam haziq mama rasa.. terdetik dlm hati ni.." aku darjah 4 pun tak reti lagi nk membaca ni.. ni kan pulak haziq bru darjah 1..!! ?? " releks laa.....huhuhuhu...

 saya darjah 2 mama ..!

  besday boy mintak makan kat pizza.. katenye da lame kite x makan pizza..:P

 birthday haziq tp yang len tumpang skaki nk adiah gak..papa pun feninn!!he he heee..

Takpe haziq.. bagi mama, haziq kena usaha mana yang mampu.. prinsip mama.. sebanyak mana A dlm subjek tu tak jadi apepun kalau bab2 ahlak, amalan.. solat tak boleh nak jaga.. pelajaran memang penting  tapi biarlah seiring dengan amalan. Mama takkan pressure kat haziq sangat sebab mama faham dengan keadaan haziq masuk sekolah awal2 dlu.. mama pun rasa bersalah sebab kurang amik perhatian pada haziq masa di jerman dulu.. ( hanya ikut sistem pendidikan kat sana je...) dah pendekatan pendidikan kat jerman dan kat malaysia ni memang sangat beza.. 

 
dengan barang idaman ..(setahun sekali je ek...hehe) =)
 
kereta hebat katenye..." nanti haziq da besar belikan papa kereta camni ye..'kata papanye..hihihi'

Sistem pendidikan di Malaysia mmg sangat menekankan kpd sistem GRED! Pelajar tu terbaik kalau semua subjek dpt A? ..ok ke camtu ek..?? hmm mungkin sbb tu ramai pelajar belajar bukan utk jadikan amalan tp lebih kepada sebab nak dpt A.. ye tak?.. sudahnya kebanyakkannye ramai anak2 sekarang ni nak dapatkan ilmu tu hanya untuk exam..utk dapatkan A! dan  bukan utk dipraktikkan dlm hidup..mungkin ini antara sebab walaupun pelajar itu pandai dlm akademik tak bermakna dia juga mempunyai ahlak yang terbaik & boleh mengamalkan segala ilmu yg ada dlm dirinya.. (pandangan & pemerhatian sendiri je..sila betulkan kalau sy salah..:)..) hmm.. alangkah indahnya kalau segala ilmu yang ada di amalkan sepenuhnya.. tapi sy yakin pemimpin & masyarakat semakin sedar akan hal ini & insyaallah ia pasti akan berubah satu hari nanti.. (pepandai je aku ni..hihihihi)

ngan si thomel..!

 papa ngan bb yg takmo diam.sume nk dicapainye...!! :)

Muhammad Haziq Syafi...
terus kuatkan semangat! iAllah mama dan papa akan sentiasa bantu haziq supaya tak tertinggal jauh drp kawan2 haziq yang lain. Mama dan papa tau haziq seorang anak yang bijak sebab sekejap je haziq dah boleh sesuaikan diri dengan sekolah.. dengan kawan2.. Alhamdulillah..setakat ni, mudah nak kejutkan haziq utk sekolah walaupun terpaksa bangun seawal 6 pagi tiap hari utk bersiap ke skolah.. solat pun haziq mudah nak buat.. Alhamdulillah.. ! mama tau haziq memang anak yang soleh..! =)

dua2 bolattt..!!
Mudah-mudahan haziq akan terus berjaya, sihat sejahtera selalu.. dengar,taat dan ikut suruhan Allah senantiasa. Menjadi anak yang soleh! 
Cemerlang dunia dan akhirat..AMIN!!

p/s : lokasi kejadian JUSCO Tebrau n home sweet home @13.2.2012 =)

Desaru


.

MasyaAllah..cantik! :)
Semenjak lebuhraya Senai Desaru siap (2011), kali ni kali kedua ke sini,
kalau lalu highway ni tak sampai sejam da sampai.. kalau before ni kena lalu jalan dalam yang memakan masa 1 jam 30 mins .. highway ni mmg memudahkan, tp dekat hampir penghujung highway lps tol (pasir gudang)  highway ni da jadi satu lorong.. n xde penghadang jalan kt tengah2.. (maksudnye blh patah balik le ..hee)..jalanraya b4 tu 2 lorong..jadinye jalan tu agak kecik gak lah.. kalau ade excident mungkin akan jem teruk la sebab ada 1 line je.. cam pelik ea knp highway ade 1 lorong je ..? (x cukup bajet kot ea.??.heee..). Hmm.. tol drp Senai-Desaru dlm RM 11.50 sehala...kalau 2 hala kali dua lah (agak mahal kot bg org sengkek cam aku ni..:P..)
lari...
 

saje je nak g jalan2 ke desaru
sebab sebelum tu kepalaku mmg tengah weng.. berat & tepu semacam je...
tak tahula sebab banyak fikir sangat ke aper..sebabb kepala mmg stress sangat2.
lepas sampai tu seronok sangat2.. bila tengok lautan lepas...rase tenang & ringan je kepala ni..


  gelammmm!!
huhuhuu...

 aaaa.
 hihihi 

Alhamdulillah...
rasa seronok sangat2.. tp sebab pergi masa tu sampai dah jam 5.. so sekejap je dpt main2 dengan air.. time ni lak air tengah surut.. kalau air pasang ombak memang besar sebab lautan tengah bergelora skan ni.. musim tak elok ...mungkin nanti bulan 3 keatas lautan mungkin da tenang balik..
 peace!..x jadi...hihihi
 4
rasa hilang sekejap masalah.. dapat main pasir.. cari anak ikan dan anak ketam kat celah2 batu.. hmm  memang best!!! pemandangan masa tu mmg ... subhannallah..!! cantik sangat!!!
=)

Insyaallah.. 
dalam seminggu lagi mungkin kelas akan start..
akan bermulalah lagi hari2 yang mencabar!!
Semoga Allah kuatkan semangat kami & permudahkan urusan kami..
permurahkan rezeki kami...dan menjauhkan keluarga kami daripada perkara yang tidak baik..amin!!!



Hepi 7 months


.


10.2.2012
Alhamdulillah..
bb faiz dah 7 bulan :)

sedap nyee....!!


lps inject utk 6 bulan aritu..(6 bulan 15 hari)
berat : 8.4kg berat sebelum tu 7.9kg =)

Desaru - 5 feb 2012

bb inject n check up mama faiz


.

Stulang laut 5 jan 2012


2 jan 2012 .. 
Bb faiz inject 6 months utk yang 3rd dos..patutnye check 19 dec tp time tu balik kg lak.. n bb faiz cam kurang sihat.. (batuk n selsema..)
Alhamdulillah sume ok.. berat drp 7.8kg naik kpd 8.4kg..tp npk graf makin menurun..sepatutnya berat naik 1kg setiap bulan.. yang lain2 nampak ok..alhamdulillah sihat semuanya..

Sabtu 4 jan 2012..cian faiz..kali kedua..careless!!
harap2 xde apa2...mama risau sgt.. tp benda da jadi..tawakal pd Allah..
 si comel yg takmo diam lam keter..duk bawah sat eh..:P


sejuk hati tengok bb faiz.. sayang!!

Masa inject bb mama ambil kesempatan utk check sedikit benjolan pada bahu sebelah belakang dekat ngan lengan mama.. mama x tau apa bendanya..tp start ade sejak masa akhir2 pregnant bb faiz.. time tu mama ingatkan pembawaan bb dan akan hilang bila bb lahir..tp sampai sekarang ia masih ade.. Dr ckp kene jumpa pakar ortopedik..? utk check..sbb takut makin membesar & menekan pd tisu di sekitarnya..sb tu lengan cam lenguh je selalu..takut ade simpton lain nanti.. sebenarnya risau gak..tp sebab fikir kan banyak benda lain nk kene selesaikan rasenya nanti2 kot baru check.. moga2 cepat baik....& xde apa2 yang serius...amin...!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails