Cabaran Biz


.




Agaknya mungkin ada yang tertanya2 kenapa da lama tak update blog before ni.. Sebenarnya diam-diam tu berisi. Alhamdulillah sy mula mencuba perniagaan Ebay pada bulan Mac 2013, selepas mengikuti satu kursus  Ebay dropship di KL pd bulan  2 mac ritu.. Alhamdulillah selepas sebulan mencuba,  Sales yg saya perolehi time tu memang agak lumayan boleh la lepas duit dapur sebulan dua..ehehe. Bulan april saya buat banyak akaun ebay sebagai backup untuk akaun2 lain. Jual barang biasa-biasa je di ebay tp saya target bukan market Malaysia..tapi market luar negara..So dapat duit bukan RM tapi DOLLARS!! :)

Alhamdulillah hasil nya nampak dalam bulan Mei & June dimana sy telah berjaya menghasilkan jualan sebanya RM15k bagi setiap bulan. Bulan Julai hasilnya juga okla.. tapi masalah bermula pada bulan Ogos bila saya mula menjual satu barang 'panas' ni.. dan kesannya bila ramai buyer complain barang yang diterima oleh mereka bukan barang ori, Supplier berjanji berulang kali barang di hantar tu 100% authentic!!. Dia Berjaya meyakinkan sy untuk membeli banyak stok daripada dia. Tapi bila ramai sangat buyer complain akhirnya saya dpt tahu jugak barang tu memang tak ori. Confirm!

 

Sakitnya hati dan lemahnya semangat & jatuh hampir terguling apabila mengira kos kerugian akibat buyer yang minta refund duit.. dalam 2000USD jugak nak kena menanggung balik.. bulan Ogos adalah bulan yg paling mencabar dalam hidup bila terpaksa menghadapi semua ni utk setelkan semua masalah buyer satu persatu. Supplier plak bukan main liat nak menanggung, bila da pulang barang kat dia mcm2 alasan dia bagi.. berjanji itu ini nak pulang duit tapi tak juga pulang2kan duit.. air mata ni rasa da kering kot bila menghadapi semua ni.. wpun semangat da down gile2 tp dengan sedikit kekuatan yg masih ada tetap juga kuatkan hati utk hadapi semua ni.. syukur krn Allah pemudahkan daripada banyak2 kes yg nak kena tanggung tinggal satu kes je lagi nak kena selesaikan.. dan keadaan kembali tenang selepas tu.. hehe, dalam ebay satu benda lain.. utk menerima duit di ebay buyer akan sent payment ke paypal.. kes paypal ni lain plak.. da x ingat berapa byk acc paypal yg kena limited/permenant limited. kalau duit byk dlm tu memang sayang sebab paypal akan simpan duit tu dan hanya boleh dikeluarkan selepas 6 bulan daripada tarikh kejadian..! argghh sayangnya duit tuu tak leh nk rolling modal..!!huhuhu.


Alhamdulillah.. start hujung bulan ogos lepas dan shingga kini saya cuba mulakan semula bisness dalam ebay sebab benda ni yg saya rasa serasi dengan keadaan sekarang.  Ada jugakla ambil peluang utk cuba biz trading dan lain2.. masih peringkat baru.. masalahnya mungkin modal.. nak cuba tapi modal kurang.. mgkin ada cara lain yg boleh dibuat.. insyaallah cuba je mana2 yg boleh.. byk sangat benda yg masih x tahu n kena belajar.. kuatkan niat utk buat biz sbb utk membantu orang lain, membantu suami dan keluarga, mak ayah.. agama.. nak jadi orang yg berguna kpd agama dan masyarakat..!! oh Allah.. bantula hambaMu ini.. T.T

Alhamdulillah sehingga kini Allah masih berikan kekuatan utk terus berjuang dalam perniagaan walaupun cabarannya hanya Allah yg tahu. Dibandingkan dengan cabaran orang lain yg lebih teruk menangung kerugian.. teruk dengan peperangan.. apala sangat cabaran sdiri yg di hadapi .. bila pk mcm tu sedikit sebanyak dapat memulihkan semangat, menguatkan hati dan perasaan untuk menjadi yg lebih baik.. kalau tidak sampai bila2 masih pun berada di takuk lama..


Semoga Allah tetapkan hati, pemurahkan rezeki & memudahkan semua urusan kami sekeluarga, rakan2 yg lain juga semua insan yg ada di muka bumi ni.. AMIN..

5 Responses to “Cabaran Biz”

  1. azwa_J says:

    Salam Puan,

    Jika berminat memiliki farmasi eCosway sila hubungi Saidatul 012-3515280 email saidatulaz@gmail.com

  2. Neny says:

    Oh, gitu ke kisahnya...

    Tu la kan, ebay kat mesia susah nak berkembang mcm kat jerman/uk sbb ramai org x jujur. Kalau ebay jerman dulu jarang kita kena tipu dgn benda yg x ori.

    Tabahkan hati ye iu, Allah nak duga tu..niat dah cukup murni, insyaallah akan berjaya satu hari nanti.

  3. iu rf says:

    kak neny.. : iAllah.. cuma perlukan masa nk terima byk benda yg berlaku..hrp2 akn dtg lebih baik..

  4. assalamualaikum..

    kak iu..kitepon nak blajar ebay ni macam mana? akak kursus kat mana ya? nak belajar jugak..Currently buat Biz SHaklee. Modal saya rm65 je register Ahli..Ingat nak Masuk Ebay untuk prospek lebih besar..InsyaAllah..Anything Akak whatsapps saya ya..Che'Pah 0142982830.. Thanks akak For info..Sangat2 informative..Jazakumullahukhairan Jaza'

  5. salam wid.. mmg meniaga ni banyak cabaran kan. kami yang corelle harituh, penah barang tak sampai ke orang yang uruskan tu. missing dalam perjalanan, nasib baik corelle US pulang duit.. huhu.. kami kena order semula tp kesannya kami kena 2 kali shipping ke msia sbb lambat sangat nak tunggu re order tu sampai.. btw all the best ek.. moga murah rezeki sentiasa :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails