La Tahzan - Jangan bersedih wahai hati..!


.



Speechless..
Sejujurnya rasa macam nak ke Gaza
Sebak sangat hati bila melihat perang di Palestin, Syria dan di semua negara orang Islam,
Umat Islam seluruh dunia amat ramai,
negara arab pun banyak yang kaya tapi kenapa masih banyak berdiam diri bila sebuah negara Islam lain di tindas dengan keji dan kejam sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya..
Allah.. lemahnya hati ini apabila memikirkan saudara-saudara di sana.

Terfikir apa yang mampu aku lakukan untuk membantu saudaraku di sana,
sebak dan jatuh air mata apabila melihat anak-anak kecil yang belumuran darah, menangis kesakitan, juga wanita yang dizalimi, orang tua yang hampir mati kebuluran kerana kurangnya makanan dan bekalan ubatan.

Semoga Tahun 2014 ini menjadi permulaan yang baik untuk diri ini mara ke depan,
membantu agama, menjadi isteri solehah, ibu mithali, anak yang solehah dan menjadi Muslimah yang sejati
Oh Allah izinkan lah diri ini... membantu agamaMu melalui apa cara sekalipun,
dalam jihad business mungkin...?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails