Pasport


.

Yeah siap! agak runcing dagu di situ..hihihi

Alhamdulillah, renew pasport baru-baru ni sebab nak berjalan ke seberang.. Yang terbaiknya lusa nak keluar, mlm tadi baru perasan pasport dah tak lepas 6 bulan.. 4 bulan lagi expired. So gabra juga lah sebab takut tak sempat nak siapkan pasport sehari. Da beli tiket bagai.. Kalau pasport tak valid tak boleh keluar negara la kan.

So, google punya google jumpa juga thread untuk renew pasport. Boleh renew online hanya bayar dan masukkan gambar saiz pasport online. Tapi sayangnya tak boleh nak buat online sebab website tu disablekan function renew online tu.. Adeh..

Cari-cari online, gugel lagi tempat renew paspot dekat area johor bahru ni, skudai..time ni dekat 1 pagi kot.. Jumpa beberapa tempat , kat setia tropika, kulaijaya & pekan rabu dekat dengan angsana, skudai.. Lepas cek alamat dalam 20mins je daripada rumah ni. Ingat nak ke setia tropika sebab tempat ni lebih besar tapi sebab dulu-dulu pernah ke sini tapi ramai sangat orang beratur, lepas tu kita tak ready lagi gambar sume rasa cam susah je sebab nak ambil gambar tu kena g level lain.. Nak ambil nombor lagi.. 
 
 Pekan Rabu, Tampoi - jauh tu beratur sampai ke hujung wpun sampai dalam 740am.

So decide ke pekan rabu sebab kat situ mudah nak ambil gamba sekali.. Ade kat sebelah kaunter je kalau nak ambil gambar, sambil beratur sambil tunggu lah orang kedai gamba tu siapkan gambar kita, sebelum tu ambil gambar kat kedai dia siap-siap. Rm 12 untuk 4 keping gambar pasport. Background gambar pasport tu kena warna putih. Kalau dulu warna biru.
 
salah satu kedai foto express, yang ni kualiti gmbar mcm kurang skit tp ok lah kalau nk cepat & letak pasport tu..xde masalah, rm 12 untuk 4 keping.. mula2 pergi kedai first mcm lama sangat dia print takut tak sempat siap sebab beratur dah nak sampai ambil num giliran, so decide ambil gamba kat dua kedai. kedai kedua ni tak sampai 10 mins siap. tp sy guna gamba drp kedai first sebab dah siap & lebih bagus kualitinya..

menanti....

ok, lepas ambil nombor kt tingkat bawah, kena tunjuk ic , paspot lama dan 2 keping gambar, x perlu isi borang untuk renew. jap je terus naik tingkat 3, tunggu pun tak lama sangat dalam 15-20 mins, sebab num giliran gerak agak laju. so tak bosan sangat lah.


 mula-mula ke kaunter pertama, cap jari semua..settle, then tunggu giliran untuk buat bayaran dlm masa 10-15mins... pasport siap dalam masa sejam selepas bayaran. jadi proses dia tak lama sangat kalau datang pagi.. 740am-900am selesai.. jam 10am, dia suruh datang untuk ambil pasport yang dah siap.
 
Alhamdulillah siap juga pasport walaupun di buat last minute, buat hari khamis agak ramai juga orang, sebab hari jumaat cuti di Johor, so kalau buat hari isnin, selasa atau rabu mungkin beratur tak panjang sangat lah kot..sebab ada tanya untie depan katanya dulu2 hari biasa datang tempat ni tak la ramai sangat. oklah.. buat 2 tahun je.. rm100.. ingat nak buat 5 tahun rm300, tapi takpelah 100 tu kan lagi jimat..hihihi..lega dah selesai ..:)

p/s: merempit sorang2 ke sini boleh tahan juga..kalau bawa budak2 agak mencabar jugak tu sebab kena naik tingkat 3 takde lift..alhamdulillah ada adik jaga faiz sekejap kat rumah..lepas tu nak kena hantar adik ke larkin, ambil pasport, ada temujanji dengan client jam 12..fuh.. memang mencabar! hehe

3 Responses to “Pasport”

  1. Mama Mia says:

    nak ke amna tuuu dik non? bestnya.., semua ikut ker?

  2. ok la kan dah cepat.. takpe jb maju hehehe

  3. iu rf says:

    seberang je kak non. :))

    siti... hahaaha.. torbaikk!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails