Archive for January 2014

Dinousor City, Shah Alam


.

bawa anak-anak jalan ke sini.. best jugak ... punyalah cari tempat masuk dia .. rupanya kat bahagian luar muzium je :))
 dalam muzium Shah Alam
 silap tempat terpegi ke sini..huhuhu
 comey2
 jumpa lagi kite.. =D, before ni pernah jumpa masa umur kurang setahun..ehehehe
 pe tuuuuuuu
 telur dinousor..
 sadis...

eh eh...

 like moter like doter..haha
 muzium keretapi kat sebelah ..
 =D
 semua :))

oklah tempat ni.. sesuai untuk bawa family dan anak-anak.

Adik.


.

Bawa adik dan anak-anak jalan-jalan ke angsana. jalan-jalan ke JB masa cuti krismas aritu.. adik ada 4 orang.. 3 perempuan dan yang bongsu lelaki nak masuk form 4.. yang ni adik num 2.. bekas student UUM,
geramnye tengok budak ni
 full house
 lagi dua..
 sabo jewww..huhuhu
 sebelum tu ke KSL city mall... kemudian ke Stulang Laut.
 sayang adik.. Semoga Allah lindungi selalu..

Izzah Safiyyah 5th Birthday!


.


Izzah Safiyyah 23 hb :)
Alhmdulillah.. semakin membesar .. comel dan sihat :)

Izzah request dapur masak-masak, lama dia request tapi papa kata nanti masa birthday ye..
jauh tu ke GM Klang beli hadiah ni untuk cari yang besar dan sesuai dengan harga.. 

Alhamdulillah jumpa yang Izzah suka. So lepas ni dah tak boleh minta dapur masak-masak ni ye Izzah..
masih susu botol.. rasa makin berisi dan tembam.. kita tak perasan sangat tapi bila balik kampung jumpa nenek2, ngan atuk2.. ramai yang cakap dah berisi.. yelah kak..dah mama kat rumah sepanjang masa.. dulu kurus sebab mama sambung study so kadang kena letak anak-anak ke nursery..
 
cak!
mama tengok Izzah ni agak rendah berbanding kawan-kawan kelas yang lain, tapi ada gak orang lain yang lebih rendah..ehehehhe
 tegar versi Malaya ..hahaha
 berat la mama...
 tumpang sekaki..hihihi
 peace no war!
 jangan pandang hanya pada rupa.. guna tepung kek instant :))

 layankan aje.. =D

 :)
papa yang buat kek ni.. hihihi
Semoga membesar menjadi anak yang solehah .. Allah lindungi selalu :)


La Tahzan - Jangan bersedih wahai hati..!


.



Speechless..
Sejujurnya rasa macam nak ke Gaza
Sebak sangat hati bila melihat perang di Palestin, Syria dan di semua negara orang Islam,
Umat Islam seluruh dunia amat ramai,
negara arab pun banyak yang kaya tapi kenapa masih banyak berdiam diri bila sebuah negara Islam lain di tindas dengan keji dan kejam sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya..
Allah.. lemahnya hati ini apabila memikirkan saudara-saudara di sana.

Terfikir apa yang mampu aku lakukan untuk membantu saudaraku di sana,
sebak dan jatuh air mata apabila melihat anak-anak kecil yang belumuran darah, menangis kesakitan, juga wanita yang dizalimi, orang tua yang hampir mati kebuluran kerana kurangnya makanan dan bekalan ubatan.

Semoga Tahun 2014 ini menjadi permulaan yang baik untuk diri ini mara ke depan,
membantu agama, menjadi isteri solehah, ibu mithali, anak yang solehah dan menjadi Muslimah yang sejati
Oh Allah izinkan lah diri ini... membantu agamaMu melalui apa cara sekalipun,
dalam jihad business mungkin...?


1 Januari 2014


.

 
Alhamdulillah, bermula sesi persekolahan anak-anak. Kali ni masih sekolah di Sek Ren Islam Hidayah walaupun yuran telah di naikkan sedikit. RM 20 je naiknya.. Bas sekolah pun naik RM 20 juga daripada asal RM100 kepada RM120 seorang. Walaupun kadang rasa perit dengan yuran-yuran ni tapi demi pembelajaran dan persekitaran yg terbaik untuk anak-anak gagahkan juga semuanya. yang penting dah cuba berikan pendidikan yg terbaik untuk anak-anak.


Ok, Haziq Syafi da masuk tahun 4. Kali ni Masuk kelas 4 Ali bin Abi Thalib, tahun 3 Kelas AN Nawawi, Tahun 2 dan 1 Kelas Muslim. 

Faris masih di kelas 2 Abu Daud.

Nampaknya semua semangat nak ke sekolah dan dapat jumpa dengan kawan-kawan seperti tahun lepas.
Harapan mama dan papa agar Haziq dan faris dapat bersungguh-sungguh belajar dan Haziq terutamanya dapat perbaiki lagi pelajaran dan hafazan dalam Al quran. dia perlukan lebih perhatian dalam perkara ni.

Mama seronok bila lihat masing-masing masuk kelas dan semangat nak mulakan sesi baru. Mama doakan yang terbaik buat anak-anak semua :)

 gaya ala2 YB..hihihi

 p/s : Izzah masuk tadika 6 tahun, tak ke tadika sebab sibuk skit arini.. Insya Allah Izzah start esok.. hehe :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails