Izzah aka cik piyah


.

erm...
Nampaknya Izzah masih dalam proses menyesuaikan diri ke sekolah..
Seminggu induksi hampir setiap hari menangis..bila balik daripada sekolah elok je..
semalam masa mama ambil balik sekolah cikgu cakap Izzah satu hari tak nak masuk kelas.. ada dalam bilik guru.. terkejut mama.. terus ke bilik guru.. tengok-tengok dia tengah tido..
kecian la pulak.. tengok dia camtu..tp ada guru-guru tolong tengok kat situ..

Mama tak tahu nak buat camna.. masa tadika pun awal2 memang setiap hari menangis masa nak ke tadika..lama skit baru ok.. ni mungkin sama cam dlu.. mujur tak macam mama masa kecik-kecil lagi hebat.. meronta2 dalam kereta bila nenek tarik mama nak masuk sekolah.. nenek tetap tak berjaya tarik mama..terpaksa nenek bawa balik rumah .. apa lagi ..sampai je rumah kena sebat la ngan nenek.. mujur izzah tak sampai tahap mama lagi..ikut gen ayah sikit-sikit kot..hihiihii..

takpe.. mama masih lagi mampu bersabar dan tetap bersabar.. setiap kali dalam kereta mama akan bagi nasihat.. bila balik sekolah mama berikan semangat.. bila nak tido mama tetap support supaya setiap hari izzah seronok nak ke sekolah.. ntah kenapa bila sampai je sekolah selalu je mula la nak buat drama.. keluar air mata.. menangis teresak2 ..da tak malu dah kawan dia duk tengok dia menangis..  sabar lah.. insyaAllah mama akan tetap bantu Izzah semampunya.. mungkin juga sebab dia malu dan belum lagi ada kawan.. nak tegur kawan yang duk sebelah pun punyalah berat mulut nak bercakap.. mudah-mudahan Izzah dapat sesuaikan diri cepat.. risau mama kalau Izzah tertinggal dalam pelajaran..kalau tak mau nak belajar.. dah duduk dalam bilik guru.. tak buat apalah kan..

mama da jumpa cikgu kelas..cikgu subjek.. banyak kali..minta nasihat.. nak buat camne.. sambil tu cuba cari idea camna nak bagi dia semangat.. InsyaAllah bagi dia masa untuk sesuaikan diri.. mungkin mama risau sebab tengok anak orang lain ok je xde masalah... tp ada juga budak lain yang menangis.. ada juga yang kejar mak ayah dia sampai luar pagar sekolah sebab takmo masuk kelas.. ada yang datang hari pertama je.. lps tu da dua hari tak datang sekolah.. Alhamdulillah Izzah ok lagi.. (nak sedapkan hati sendiri..huhuhu) cuma dia diam je dalam kelas.. bila balik rumah tetap buat kerja sekolah kalau ada.. mama akan selalu monitor supaya Izzah tak ketinggalan..insyaAllah..


InsyaAllah.. Izzah Safiyyah boleh!!
Izzah Hebat!
Izzah Berani..!
Izzah Cantik....!
Mama, Papa & Semua sayang Izzah Safiyyah.. =)

p/s: Izzah ada cakap malam2.. ada cicak gigit dalam laci izzah kat sekolah.. pagi2 bila mama buat sport check takde pape pun.. mama pesan baca doa banyak-banyak..Izzah jangan takut ye!.hehe...





One Response to “Izzah aka cik piyah”

  1. miesha says:

    Salam ukhwah,
    semoga izzah dpt mengharungi alam persekolahan di sek rendah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails