Sukan srih 2015


.

Alhamdulillah berakhir sudah sukan Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH), JB baru - baru ni.. cuaca memang agak panas dah beberapa minggu tak hujan. pihak sekolah pun berusaha nak pendekkan masa program ni sebab taknak terlalu lama di padang. Hampir jam 1 ptg baru sukan habis .. itupun tiada upacara penyampaian hadiah untuk murid-murid yang join aktivti sukan hari ni.. hanya ada upacara penyampaian hadiah bagi pemenang rumah acara keseluruhan & pemenang rumah bagi perbarisan.. acara hari ni hadiahnya diberikan pada hari sekolah nanti..
Izzah safiyyah pecah rekod kali ni sebab join sukan.. sebelum ni di tadika mampu tahan sampai sejam dua je sebelum acara bermula lepas tu dia dah menangis langsung takmo join sukan walaupun dah berlatih seminggu sebelum tu..puas pujuk tetap tak berkesan.. huhu.. kali ni menangis juga mula-mula sampai tu.. takut katanye... tapi lepas pujuk-pujuk baru nampak ok.. lama juga la nk memujuknye..uhuhu..

berpanasan di padang..
 
:)
TAHNIAH IZZAH!

mama bangga Izzah dapat bertahan sampai habis acara..
menang atau kalah tak penting yang penting usaha tu..hehehe
kesian juga tengok dia dan kawan2 berpanas menunggu turn untuk dia main..cikgu pun ada untuk jaga.. dan beri makanan , air bila murid haus.. mama pun sempat hulur beberapa kali air untuk Izzah takut dia tak tahan sebab panas sangat.. alhamdulillah ok juga lah..
kali ni papa pun da book tarikh ni nak tengok anak-anak bersukan.. tahun lepas tak dapat nak join sebab kena mengajar di KL kalau tak silap.. syukur kali ni dapat tengok anak-anak.. 1st time program di buat kat Stadium Educity di Nusajaya (dekat dengan Legoland Johor) dalam 30 mins daripada rumah..
:)
Haziq kali ni main bola sepak..menang tempat ketiga.. & join perbarisan rumah kuning.. alhamdulillah rumah kuning jadi johan perbarisan.. dapat hadiah 2 pingat kali ni.. da lama dia mengidam nak dapat hadiah tapi belum pernah dapat sebelum ni.. kali ni dapat 2 skali.. seronok bukan main.. hepi tengok dia seronok.. 
kunun - kunun naik pentas.. amik berkat.eheh
pinjam piala pusingan johan perbarisan - rumah kuning!.
 
Faris masuk acara gelung terbang dan jadi johan juga.. Izzah masuk acara bowling padang, tengok lucu sangat.. comel.. berjaya juga jatuhkan 3 botol..kurang kuat dia baling..kalau kuat lg mungkin boleh jatuh semua..ehehe
ok.. Tahniah anak-anak semua!
yeay
 tunggu giliran..
-7 march 2015, Educity Stadium, JB - 
 

One Response to “Sukan srih 2015”

  1. Dewi Aja says:
    This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails